Saturday, October 31, 2015

Tips menjimatkan penggunaan minyak kereta.


Tips menjimatkan penggunaan minyak kereta. Kenaikan harga petrol sememangnya membebankan banyak pihak. Namun, sebagai pengguna kita terpaksa akur, setinggi mana sekalipun kenaikan harganya, ia tetap diperlukan untuk kelangsungan atau sekurang-kurangnya kesempurnaan hidup. 

Selain merungut dan mengeluh, di samping mengharap agar keajaiban berlaku(agar harga petrol menurun), kita masih ada mempunyai beberapa cara atau kaedah untuk menjimatkan penggunaan petrol. 

Di sini, saya ingin berkongsi tips untuk menjimatkan penggunaan minyak kereta. Rencana asalnya disiarkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 20. April. 2012. Untuk manfaat bersama, saya paparkan kembali sebahagian daripada tips tersebut di sini. 

Tips Menjimatkan Penggunaan Minyak Kereta. 

1. Memandu dengan kelajuan yang sesuai.

Sebenarnya sikap dan cara pemanduan banyak mempengaruhi pengunaan petrol. Jadi sebagai langkah pertama, janganlah memandu secara gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke Plaza Tol atau membelok di selekoh tajam, jangan seskali menukar gear(misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak. 

2. Kurangkan bebanan kereta. 

Apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai kadar penggunaan minyak juga akan melebihi tahap yang biasa. Jadi jangan bawa barang yang tidak perlu, dan jangan sesekali jadikan kereta sebagai stor. Perhatian dalam but kereta anda, mungkin ada barang-barang yang tidak sepatutnya berada di dalam but dan tidak perlu di bawa ke sana ke mari. 

Ingat, penambahan beat sebanyak 50 kilogram akan meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus. 

3. Tayar diisi dengan tekanan angin yang betul.

Tekanan angin mesti betul, jika tidak ia akan mengakibatkan pertambahan pengunaan minyak. Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin, ini kerana ia akan menyebabkan dipandu lebih berat dan ini menyebabkan penggunaan lebih minyak. 

Tekanan tayar yang kurang akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus. Jadi, periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Ingat… Tekanan tayar yang kurang akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus… 

4. Melakukan penyelengaraan dan servis berkala. 

Penalaan enjin yang tidak sesuai akan meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih daripada 50 peratus. 

Jadi, pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala. 

5. Kurangkan kelajuan.

Memandu perlahan atau secara sederhana mampu menjimatkan pengunaan minyak. Memandu meleibhi 90KM sejam(km/j) akan meningkatkan penggunaan minyak. 

 Secara perbandingan, pada kelajuan 100KM/j, penggunaan minyak akan bertambah kepada 10 peratus, 105KM/j(15 %) dan 110KM/j(25%). 

6. Menggunakan gear dengan bijak.

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Penggunaan gear yang rendah untuk kelajuan yang tinggi akan menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Pemanduan yang laju pada kadar gear yang rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya. 

7. Menggunakan brek dengan bijak. 

Jika anda sudah kenal pasti di manakah ingin berhenti, misalnya di stesen minyak, maka perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek secara mengejut. 

8. Rancang perjalanan. 

Rancang perjalanan terlebih dahulu sebelum ke sesuatu destinasi. Ini dapat mengelakkan dari kesesakan lalulintas dan secara tak langsung akan dapat menjimatkan minyak. 

9. Meminimumkan perjalanan jarak dekat.

Kurangkan penggunaan kereta untuk perjalanan jarak dekat. Ini kerana perjalanan jarak dekat mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Sebagai langkah penjimatan, eloklah menggunakan motorsikal untuk ke surau atau kedai yang berhampiran.

P/S: Lagi bagus jika berbasikal atau berjalan kaki, sebab ia baik untuk kesihatan. 

10. Gunakan saiz tayar dan sport rim yang sesuai. 

Ini kerana saiz tayar dan sport rim yang tidak sesuai akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10 peratus. 

11. Isi petrol pada waktu yang sesuai.

Waktu yang sesuai untuk mengisi petrol adalah pada waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini minyak petrol kurang termeluwap ke udara. Elakkan juga mengisi minyak hingga terlalu penuh atau sehingga tertumpah. 

Sememangnya kita masih mampu berjimat dalam penggunaan petrol, seandainya kita memahami kaedahnya. Selain itu, sebelum kita merancang untuk membeli sebarang alat bantuan untuk mengurangkan penggunaan minyak, eloklsh diamalkan terlebih dahulu tip-tip yang dinyatakan di atas dan lihatlah perubahannya. Moga ia bermanfaat untuk kita semua.

Wednesday, October 28, 2015

KES PENDERAAN KANAK-KANAK SEMAKIN MEMBIMBANGKAN.


Berdasarkan rekod Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebagaimana yang disiarkan menerusi akhbar Harian Metro bertarikh 21 Oktober 2015, sepanjag tahun 2014 terdapat sebanyak 4,295 kes keganasan terhadap kanak-kanak, terutamanya kes penderaan.

Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya, iaitu 4,119 kes pada(2013) 3,831 kes pada(2012), 3,428 kes pada(2011) dan 3,257 kes pada (2010). 

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga, dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, daripada 4,295 kes tahun lalu, sebanyak 995 kes penderaan dilakukan oleh bapa, manakala sebanyak 1,228 dilakukan oleh ibu kanak-kanak berkenaan. 

Sebanyak 186 kes pula membabitkan penderaan oleh penjaga kanak-kanak, sama ada di pusat penjagaan di rumah, tempat kerja, atau pusat jagaan komuniti. 

Info Tambahan:

Anak adalah anugerah Allah kepada setiap suami-isteri. Ia seharusnya disyukuri, sebab agak ramai pasangan yang telah lama berkahwin tetapi tidak dianugerahkan zuriat. Kehadiran anak-anak sebagai tetamu dunia adalah lambang penyatuan dan perpaduan antara dua insan. 

Bersatu dan berpadu atas dasar cinta, kasih dan sayang. Bersatu sebagai suami dan isteri, dan berpadu dalam ikatan perkahwinan. Jadi, hasil penyatuan dan perpaduan itu perlu disyukuri, dihargai dan dibelai dengan penuh kasih dan sayang. 

Mendera dan menggunakan kegansan terhadap anak-anak amatlah bercanggah dengan tuntutan agama dan bersalahan dengan naluri kemanusiaan. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan:  Faktor Penderaan Terhadap Kanak-Kanak

Tips sembuhkan ulser dengan cepat dan berkesan.


Ulser ataupun luka di dalam mulut. Ia terjadi kerana beberapa sebab, antaranya ialah tergigit, terkena benda tajam, air terlampau panas. Ulser sememangnya membuatkan kita tidak senang, terutamanya untuk bercakap dan makan. Kebiasaannya ramai yang memilih bonjela untuk merawat ulser, namun di sini saya kongsikan beberapa kaedah lain untuk merawat dan menyembuhnya. 

Tips atau cara-cara menghilangkan ulser ini asalnya dipaparkan di dalam akhbar Harian Metro yang bertarikh 12. Febuari.2014. Saya paparkan kembali di sini untuk manfaat bersama. 

Cara-cara menyembuhkan Ulser dengan cepat dan berkesan. 

1. Menggunakan air garam. 

Ini adalah cara tradisional dan menjadi pilihan ramai sejak dahulu lagi. Berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di dalam mulut, kebiasaannya akan menyembuhkan ulser. Selain itu, ia juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut. 

2. Air dan Banking Soda

Campuran air dan banking soda boleh diletakkan di bahagian ulser. Anda akan rasa pedih, namun secara perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka terbabit. Bahan campuran ini adalah cara cepat untuk menyembuhkan ulser di mulut 

3. Elakkan makanan masam

Makanan masam boleh menyebabkan iritsi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Seboleh-bolehnya elakkan makanan masam seperti buah limau, oren, mangga muda, lemon dan seumpamanya 

4. Air Kelapa. 

Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan agar menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser, ia juga bagus untuk kesihatan 

5. Vitamin B.

Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 lebih mudah untuk menghidap ulser. Jika anda kekurangan zat besi dan B12, maka ulser yang muncul mungkin akan lebih parah. Suplemen vitamin B12, suplemen B9 serta makanan yang mengandungi banyak zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser. Antaranya ialah bayam, jagung, apricot, yogurt dan telur. 

6. Vitamin C. 

Bagi mempercepatkan proses penyembuhan, selain pengambilan suplemen vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan yang hampir sama. Memperbanyakkan pengambilan vitamin C akan dapat membantu proses penyembuhan ulser. 

Moga-moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama, terutamanya oleh orang-orang yang mengalami ulser.

Tuesday, October 27, 2015

Kes rogol gadis bawah umur semakin membimbangkan.



Statistik kesalahan kes rogol di seluruh negara menunjukkan seramai 16,287 remaja dan wanita menjadi mangsa rogol sejak tahun 2009 hingga 2013. Menurut Pengarah Bahagian Siasatan Seksual,Wanita,Kanak-Kanak(D11) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Asisten Komisioner Ong Chin Lan, daripada jumlah tersebut, 80 peratus mangsa rogol tersebut dirogol oleh orang yang dikenalinya. 


Beberapa tahun yang lepas, negara dikejutkan dengan hukuman yang bersifat mesra perogol yang dikenakan ke atas Noor Afizal Azizan (Atlit Tenpin Boling Negara) yang terlibat merogol seorang gadis bawah umur. Beliau terlepas dari hukuman penjara , dan dikenakan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik. 



Melalui bon jaminan berkelakuan baik atas kesalahan merogol bawah umur, seorang lagi pesalah rogol telah dibebaskan dari hukuman penjara. Chuah Guan Jiu, 22 seorang juru elektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas tetapi pesalah ini juga turut dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik. Tentang kes ini, lihat sahaja di ,SINI

Kedua-dua kes ini menimbulkan kemarahan dan ketidkpuashatian banyak pihak, terutamanya yang mengikuti perkembangan tersebut. 

Oleh sebab itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah akan dipinda bagi memastikan perogol gadis bawah umur menerima hukuman yang setimpal termasuklah hukuman penjara. Selama ini hukuman berdasarkan budi bicara hakim untuk mengeluarkan bon berkelakuan baik, dan ia telah mengundang kemarahan dan bantahan orang ramai.


Cuma, saya difahamkan(melalui pembacaan), kes rogol yang melibatkan Noor Afizal Azizan dan Chuah Guan Jiu adalah kes rogol secara rela, iaitu mereka melakukan hubungan seks dengan gadis tersebut secara rela, namun ditakrifkan sebagai rogol kerana gadis-gadis tersebut masih lagi di bawah umur. Saya mohon pembetulan jika, saya tersilap fakta atau tersalah faham tentang kes tersebut. 

Apapun alasan, baik rogol secara rela ataupun rogol menggunakan kekasaran dan paksaan, ia tetap melibatkan gadis bawah umur yang masih belum matang. Bayangkanlah gadis seawal usia 12 tahun, tentu sahaja amat tidak matang dari segi pemikiran dan tindakan. Mereka mudah diperdaya oleh pemangsa yang jauh lebih berusia. Jika beginilah hukumannya, tentu sahaja Malaysia tidak lagi selamat untuk dihuni oleh gadis-gadis di bawah umur. Sebab perogolnya boleh bebas dengan mudah berbekalkan alasan mempunyai masa depan yang cerah dan cukup dengan berkelakuan baik. 

Kembali kepada tajuk, 95% kes rogol babitkan gadis bawah umur. Itu tajuk berita yang disiarkan di dalam akhbar Metro Ahad betarikh 21.Oktober.2015. Walaupun ia merujuk kepada kes atau jenayah rogol yang berlaku di Melaka, namun situasi yang sama pasti sahaja melanda seluruh negara. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, analisis terhadap laporan yang diterima mendapati terdapat kes rogol yang berlaku di atas kerelaan mangsa sendiri. 

Kes ‘Rogol Rela’ menular. Itu pula tajuk berita yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 27. September. 2011. Rogol Rela adalah satu senario baru yang semakin menular dalam kalangan remaja atau gadis bawah umur. Ia bermaksud remaja/gadis bawah umur tersebut tersebut telah melakukan hubungan seks secara rela dengan pasangannya. 

Sama ada rogol rela atau rogol secara paksa atau kekerasan, ia tetap mengancam dan mengugat kedudukan gadis-gadis bawah umur. Para ibu-bapa tentu sahaja sentiasa diburu resah dan dihambat gelisah apabila memikirkan semua ini.

Kepada perogol durjana, mungkin kalian masih ada sekelumit naluri kemanusiaan. Cuba fikirkan jika anak perempuan ,adik, ibu atau sesiapa sahaja yang anda sayangi menjadi mangsa rogol. Jika kemanusiaan masih bertakhta di hati kalian walaupun sekelumit, tentu sahaja kalian mengerti semua ini.

Monday, October 26, 2015

TIPS BERKESAN MEMBANTERAS KES RAGUT.


Peragut memang kejam dan jahat. Mereka tidak pernah mengenal erti kasihan. Mereka tidak pernah mengerti erti simpati. Asalkan dapat habuan, dia sanggup lakukan apa sahaja termasuk membunuh. 

 Berikut adalah antara tips yang agak berkesan untuk membanteras kes ragut. 




Thursday, October 22, 2015

Pesanan Ustaz Don Daniyal kepada pengguna WhatsApp


Sikap pengguna WhatsApp dan lain-lain media sosial yang terlampau bernafsu ingin berkongsi apa jua maklumat yang diterima, telah mengundang keresahan masyarakat. Lagi malang, aplikasi WhatsApp turut berjaya membutakan mata dan memandulkan akal sebahagian pengguna-penggunanya, terutamanya dari kalangan orang-orang Melayu. Mereka mempercayai secara membuta tuli segala maklumat yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp, lalu secara membabi buta maklumat tersebut disebarkannya kepada kenalan yang lain, terutamanya ke Group WhatsApp. 



Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah menegur sikap membabi buta dan membuta tuli sesetengah pengguna WhatsApp. Apatah lagi, dalam perkara yang melibatkan agama, terutamanya akidah. Beliau memberi contoh mengenai mesej berantai yang mengancam atau mengugut si penerima agar menyebarkannya kepada orang lain. Jika tidak si penerima tersebut akan menerima musibah. 

Sebenarnya mesej tersebut telah lama tersebar dalam kalangan masyarakat Melayu di negara kita. Pada tahun 1980-an dan 1990-an dahulu ia dalam bentuk surat berantai, dan penerimanya disyaratkan agar membuat 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain. Walaupun kesyirikan surat berantai tersebut telah dibongkar sejak tahun 1990-an lagi, tetapi para aktivis khurafat dan musuh-musuh agama terus menyebarkannya kepada orang ramai. 

Apabila media sosial tercipta, mereka menggunakan media sosial untuk menyebarkannya. Beberapa tahun lepas agak ramai yang menyebarkannya di facebook, tapi kini ia menular ke WhatsApp. Mengenai mesej beranitai ini, Ustaz Don menasihatkan orang ramai, terutamanya pengguna WhatsApp agar menyelidik terlebih dahulu sebelum berkongsi kepada orang lain. Tentang mesej berantai yang sesat dan fatwa mengenainya bolehlah langsung ke -->  SINI 

Sebenarnya mesej berantai tidak terhad kepada mesej berantai tersebut sahaja, malah terdapat beberapa mesej berantai yang kurang popular tetapi tetap mengancam akidah.

Antaranya ialah pesaan supaya berselawat atau mengeratkan tali persaudaraan, atau apa jua amalan yang baik, tetapi diakhiri dengan ancaman dan ugutan. Contoh ugutan dan ancaman tersebut ialah,

 “tolong sebarkann pesanan ini kepada rakan- rakan anda dan tuah akan datang dalam masa 24jam dari sekarang.jika tidak, anda akan di timpa bencana."


Golongan Fasik turut memfitnah Dr Haron Din di Media Sosial.

Selain daripada mesej berantai, ramai juga pengguna WhatsApp yang berkongsi dan beuirita-berita yang tidak jelas atau diragui sumbernya. Berita tersebut sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada rakan-rakan. 

Saya tertarik dengan tulisan Dr Asyraf Wajdi Dasuki dalam ruangan Fikrah, akhbar Sinar Harian bertarikh 21 Oktober 2015. Tulisannya yang bertajuk Islam Menegah Pemikiran Prejudis perlu dibaca dan dihayati oleh segenap individu Muslim, terutamanya yang menggunakan WhatsApp dan lain-lain media sosial. 

Saya petik sebahagian darpada tulisan Dr Asyraf Wajdi tersebut. 

“Apabila kita membaca mendengar,melihat atau mendengar sesuatu berita yang tidak jelas sumbenrya, lebih-lebih lagi daripada sumber yang meragukan seperti media sosial, maka hendaklah kita selidiki terlebih dahulu berita tersebut dan tidak mudah bersangka buruk. Tambahan pula jika ia melibatkan orang-orang islam yang beriman, kerana mungkin berita tersebut dibawa oleh orang yang fasik atau berita tersebut adalah berita yang fasik, sebagaimana yang diajarkan di dalam Al-Quran kepada kita"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini-Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan” Surah al-Hujuraat, ayat 6. "

Benar dan amat benar, hari ini orang-orang yang fasik mungkin juga musuh-musuh islam sedang giat ‘menjual’ nama tokoh-tokoh agama atau ulama untuk menyebarkan fitnahnya di media sosial. Pernah beberapa ketika dahulu, golongan fasik ini menyebarkan fitnah kononnya Prof Dr Haron Din berpesan agar jangan menggunakan perkataan SALAM, kerana salam itu membawa maksud celakalah kamu. 

Orang yang mencipta fitnah tersebut telah melakukan dua dosa besar, iaitu:

  • Dosa Pertama: Si pencipta fitnah telah menjadikan islam sebagai agama yang hodoh dan bodoh. Secara tidak langsung, dia juga telah mendefinisikan islam sebagai agama yang sarat dengan kecelakaan dan kesialan. Salam sebenarnya berasal daripada Bahasa Arab , yang bermaksud selamat, sejahtera dan aman. Malah perkataan islam juga ada kaitan dengan perkataan salam, iaitu aslama – yuslimu . Jadi amatlah jahat dan sangatlah kejam apabila mendakwa Salam bermaksud celaka. Ini kerana ia juga membawa maksud agama islam itu agama yang penuh kecelakaan dan kesialan. 
  • Dosa Kedua : Telah melakukan fitnah terhadap Dr Haron Din, seolah-olah ini( salam bermakna celaka) adalah dakwaannya. Umum mengetahui Dr Haron Din adalah Mantan Professor Pengajian Islam dan amat mustahil dia tidak memahami makna Salam. Tapi, malangnya ramai juga pengguna WhatsApp yang bekerjasama menyebarkan atau memanjangkan karut marut tersebut di laman sosial termasuklah di WhatsApp. Antaranya ialah beberapa orang rakan saya di beberapa Group WhatsApp. 

Dr. Zahazan Muhammad turut menjadi mangsa firnah golongan Fasik


Baru-baru ini tersebar di laman sosial termasuklah WhatsApp kononnya starbucks telah diharamkan oleh JAKIM kerana mengandungi bahan terlarang dan haram, iaitu babi. Malah Ustaz Dr. Zahazan Muhammad didakwa turut mendakwa starbucks haram dan mengandungi unsur-unsur babi. Betapa jahatnya dan fasiknya si pencipta fitnah ini. 

Mereka telah ‘menjual’ JAKIM dan Ustaz Zahazan untuk melariskan fitnahnya. Akibatnya ramailah Bani Melayu yang mandul akal dan terliwat minda yang memanjangkan mesej karut dan fitnah itu ke Group WhatsApp. 

Apa yang pasti, tindakan sebegini telah mencalar imej dan nama baik JAKIM dan Ustaz Zahazan. Sebenanrya, ini semua tidak akan berlaku, jikalau pengguna WhatsApp melakukan sedikit penyelidikan. Ini kerana cerita kononnya sturbacks menggunakan bahan-bahan berasaskan babi telah lama tersebar, dan setiap kali tersebar berita karut tersebut, nama Ustaz Zahazan akan turut dikaitkan. 

Sebelum ini sudah berulang kali Ustaz Zahazan menafikan dirinya pernah mengeluarkan kenyataan tersebut. Namun, kerana kemandulan akal, walaupun berjuta kali lagi munculnya fitnah tersebut,pengguna WhatsApp terutamanya dari keturunan Bani Melayu akan tetap mempercayai dan menyebarkannya di laman sosial. Inilah yang berlaku orang kita mulai mandul akal dan terliwat minda. 

Saya akhiri entry saya ini dengan memetik sebahagian daripada tulisan Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed di dalam ruangan Cetusan, akhbar Sinar Harian, bertarikh 30.09.2015. Moga ia mampu mencairkan antartika kejahilan segelintir pengguna WhatsApp, terutamanya dari kalangan Bani Melayu. Moga-moga dengan ini akal yang mandul bisa disuburkan, dan minda yang terliwat bisa disucikan kembali.

Petikan tersebut ialah:

"Siapa-siapa pula ‘mamat’ yang meuar-uarkan sesuatu yang palsu dengan cara mengedit foto dan tulisan hingga menjadi seolah-olah sesuatu yang benar? 

Siapa yang menyolek atau mengandam sesuatu yang salah hingga punyai wajah kebenaran? 

Dalam pada itu, ada lagi satu golongan yang sedar hukum-hakam menyebar penipuan, tetapi melakukannya juga. Mereka adalah golongan yang memanjangkan apa sahaja yang ‘mamat-mamat’ itu sebarkan. Apa sahaja bahan yang merangsang emosi akan dipanjangkan tanpa usul periksa. Yang penting, berita yang diterima itu dapat dibaca oleh anggota keluarga dan sahabat handai. Kononnya mereka hendak memberi pengetahuan kepada orang yang hampir dengannya.” 

Tajuk Lain Yang Berkaitan: 

Tuesday, October 13, 2015

SENARAI PENERIMA ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH KEBANGSAAN.


Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari yang penting dalam sejarah islam. Di Malaysia , Awal Muharram diistiharkan sebagai cuti umum dan sambutan Maal Hijrah diadakan di seluruh negara, sama ada peringkat negeri atau kebangsaan.

Sempena dengan sambutan Maal Hijrah juga Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) memberikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan kepada tokoh-tokoh yang berkelayakan. 

Berikut adalah senarai Penerima Anugerah Maal Hijrah Kebangsaan . 
1. Syeikh Mohd Idris Abdul Rauf al-Marbawi(1408H) 
2. Professor Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim (1409H) 
3. Tan Sri SOK Ubaidullah(1410H) 
4. Profesor Tan Sri Dr Muhammad M. Abdul Rauf (1411H)
5. Tan Sri Mohd Asri Muda (1412H) 
6. Raja Tun Mohar Raja Badiozaman (1414H) 
7. Munawir Sjadzali (1415H) 
8. Tun Hamdan Shiekh Tahir (1416H) 
9. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid(1418H) 
10. Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid (1420H) 
11. Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid (1421 H) 
12. Datuk Dr Ismail Ibrahim(1422H) 
13. Tan Sri Hassan Azhari (1423H) 
14. Datuk Mursyid Diraja Syiekh Abdul Majid Mohd Nor(1424H) 
15. Dr Muhammad Uthman El Muhammady (1425H) 
16. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary(1429H) 
17. Datuk Tan Sri Harussani Zakaria(1430H) 
18. Tan Sri Dr Mohamed Yusof Mohamed Nor (1431H)
19. Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz(1432H) 
20. Profesor Emiritus Dr Abdul Shukor Husin(1433H) 
21. Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman(1434H) 
22. Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin(1435H) 
23. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman(1436H) 

Sumber: Metro Ahad ,11.Oktober.2015 

 Tajuk Lain Yang Berkaitan : Muharram bukannya bulan Nabi berhijrah

Thursday, October 8, 2015

CINTA DIALISIS, KALAU DAH JODOH.



Sesungguhnya jodoh itu adalah ketetapan dan ketentuan, dan bukannya pilihan dan pencarian. Tuhan yang menetapkan dan menentukan sejak azali lagi, manusia pula memilih dan mencari. 

Cuma, dalam banyak keadaan, pencarian dan kehendak itu menepati ketentuan dan ketetapan Ilahi. Namun, tidak kurang juga, pilihan dan pencarian yang jauh tersasar dari ketentuan dan ketetapan Maha Pencipta. 

Saya tertarik dengan kisah cinta pesakit buah pinggang, iaitu Mat Yunus Ayub, 41 tahun dan pasangannya Siti Sarah Mohd Rodzi, 34 tahun. Kisah ini saya petik daripada akhbar Harian Metro yang bertarikh 30. Julai. 2015. 

Kedua-dua mereka tidak pernah menyangka akan bertemu jodoh di pusat dialisis. Apatah lagi, dalam keadaan mereka sudah tawar hati dan berhenti berharap untuk berumahtangga gara-gara penyakit yang dialami. Inilah jodoh, yang kadang-kadang memam terbina melalui 'sentuhan' di luar duga.







Saya ingin bercerita pula tentang impian perkahwinan yang gagal dibentuk, meskipun telah lama dirancang. Sungguh di luar duga dan sungguh tidak disangka. 

Tunang Maut Empat Jam Sebelum Akad Nikah. Kisah ini pernah dipaparkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 12.Mac.2013.

Berat mata memandang, namun berat lagi bahu yang memikul. Bayangkan, empat jam sahaja lagi untuk diijab Kabul, namun maut datang menjemput. Tunangnya meninggal kerana kemalangan jalan raya.

Moga gadis tersebut sabar dan tabah menjalani kehidupan sesudah peristiwa tersebut. Moga Allah S.W.T menemukannya dengan penganti yang mampu membahagikannya dunia dan akhirat. 

JODOH! inilah hakikatnya jodoh. Walau digenggam kuat, andai ia bukan milik kita, ia akan terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia akan datang jua. Itulah namanya JODOH.

Thursday, October 1, 2015

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI


Assalamualaikum..Saya mohon sangat-sangat agar entry ini dibaca hingga ke noktah yang terakhir. Tolongan pastikan anda membaca ayat demi ayat hingga ke penghujungnya. Baca baik-baik dengan cermat dan teliti, dan jika perlu bacalah berulang kali. Jika anda hanya membaca separuh sahaja, ia akan menyebabkan berlakunya salah faham. Bukan itu sahaja, malah mesej yang ingin saya sampaikan juga tidak akan kesampaian. Jadi saya mohon, silalah baca entry ini dengan cermat hinggalah ke noktah yang terakhir.

Bantu Sebarkan Untuk Info Umat Islam....Tolong Share.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI:
-Minyak masak lam soon (cap helang & buruh)
-Ubat pearl cream arche (thailand) -Ajinomoto (thailand) 
-Ais krim harga rm1.00 ke atas
-Semua tauhu buatan orang cina 
-Sabun luv & lotion badan buatan malaysia usa thailand 
-Sabun FAB berbuku
-Lobak jeruk 
-Mee & kueteow basah buatan cina 
-Krim muka hazeline show 
-Semua jenis serbuk mee segera terutama MAGGI 
-Pucuk,kulit popia,fish cake,bebola ikan buatan orang cina 
-Daging burger import 
-Sardin,kari ayam dalam tin & yong taufu buatan orang cina 
-Kasut bola jenis gold cup 
-Berus gigi jenis reach 
-Mee kering (sanggol) 
-Semua sabun mandi yang diimport (yang berminyak selepas dibasuh) 
-Ajinomoto kecuali keluaran kilang lot 5710 jalan kuchai lama kl 
-semua jenis shampoo kecuali keluaran orang islam 
-Have pearl cream
-Ramuan kentucky fried chicken & mc donald -Beehon segera siam 
-Mee rebus tulang & kiub perasa ayam 

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL:

-Dairy milk coklat
-Coklat cadbury/ chewing gum 
-Sugus strawberry 
-Passer doily mixture 
-Trebo mint chewing gum / peppermint 
-Scothes vikmin
-Share extra atrenght 
-Black current jelly 
-Royal gulaman & decarl oranges 
-Valvis gelatin 
-Sarung kapsul ubat 
-Ais krim dalam bekas plastik 
-Gula gula fruities
 -Cake met- vilber funch 
-Coklat cake 
-Tepung kastard lady's choice 
-Semua jenis jelly dan gincu bibir 
-Keseluruhan jenis sheisedo 
-Lady's choice jelly 

 SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL 
-Barangan avon keseluruhannya 
-Pewangi ketiak terutama jenama vitalis & concord 
-Minyak rambut brylcream (hijau) 
-Racun serangga jenis spray seperti sheltox,baygon,mortin 
-Seluruh ubat batuk jenis sirap 
-Keseluruhan ball pen dakwat kering
-Tonik baby grape water,tonik waterberry compaund, minyak yuyi 
-pringles potato chips 

Kami dalam keresahan memohon maaf atas kelewatan memberitahu perkara di atas,pastikan pakaian anda tidak terkena bahan bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

TOLONG Sebarkan Info INI KEPADA SEMUA SAUDARA ISLAM KITA

Amaran oleh kerajaan malaysia berHati-Hati sebelum makan. Kod panduan lemak babi dalam makanan fat dan minuman (pig code guide)

*E100 *E110 *E120 *E140 *E141 *E153 *E210 *E213 *E214 *E216 *E234 *E252 *E270 *E280 *E325 *E326 *E327 *E334 *E335 *E336 *E337 *E422 *E430 *E431 *E432 *E433 *E434 *E435 *E436 *E440 *E470 *E471 *E472 *E473 *E474 *E475 *E476 *E477 *E478 *E140 *E481 *E482 *E483 *E491 *E492 *E493 *E494 *E495 *E542 *E570 *E572 *E631 *E635 *E904 

*babi sudah jelas haramnya. Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk di pasaran iaitu :

1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips 
3.Lychee NARCISSUS 

KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR. 

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut. Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. 

: INFO TAMBAHAN :

Demikianlah yang tersebar di facebook. Beberapa orang kenalan saya juga turut menyebarkannya di laman facebook masing-masing. Maklumat karut yang  sarat dengan fitnah asalnya merupakan sebuah entry di blog tertentu.Ia a kemudiannya dikongsi/share pula oleh beberapa orang pengguna facebook yang mandul akal dan terliwat minda, termasuklah seorang aktivis parti politik tertentu. 

Jadi segala senarai produk yang difatwakan haram itu saya ambil(copy and paste) dari blog tersebut beberapa hari yang lepas. Walau bagaimanapun apabila saya berkunjung ke blog tersebut pada hari ini(30.09.2015), di dapati entry tersebut telahpun dipadam. Mungkin, pemilik blog tersebut takut dikenakan tindakan undang-undang oleh JAKIM dan syarikat-syarikat yang disenaraikan. Atau mungkin juga blogger tersebut telah beroleh hidayah. 

Sebenarnya, sejak beberapa tahun yang lalu lagi, isu ini disebarluaskan. Sekitar tahun tahun 2013, seorang rakan yang taksub dengan laporan media sosial menyuruh saya melihat blog yang memaparkan produk-produk yang mengandungi unsur-unsur babi. Orang yang ‘berTUHANkan’ media sosial seperti rakan saya akan menerima dan mempercayai dakwaan sebegini secara membabi buta dan membuta tuli. Tidak cukup dengan itu mereka akan sebar luaskan kepada orang ramai agar memboikot produk-produk yang diFATWAKAN sebagai haram itu. 



JAKIM turut menjadi mangsa fitnah

: PEMURNIAN FAKTA DAN PESANAN IKHLAS: 


“SAYA kerap tertanya-tanya, siapa-siapakah ‘mamat’ yang menukar, mengubah atau menyeleweng apa jua berita betul hingga ia menjelma menjadi berita palsu. Siapa-siapa pula ‘mamat’ yang meuar-uarkan sesuatu yang palsu dengan cara mengedit foto dan tulisan hingga menjadi seolah-olah sesuatu yang benar? 

Siapa yang menyolek sesuatu yang betul hingga menjadi salah atau mengandam sesuatu yang salah hingga punyai wajah kebenaran?

 “ Tidak punyai rasa berdosakah bila berbohong dan menipu jutaan anggota masyarakat? 

Tidak punyai rasa takutkah kerana dari segi logiknya, ‘mamat-mamat’ ini tidak mungkin menemui semua manusia yang membaca dan percaya kepada pembohongannya untuk memohon maaf apabila rasa insaf mula menyelinap di sanubari? 

Tidak rasa ngerikah seandainya mereka yang ditemui itu tidak mahu memaafkan segala apa pembohongan yang telah anda lakukan? Inilah golongan manusia yang tidak sedar akan hukum-hakam menyebarkan fitnah.

Dalam pada itu, ada lagi satu golongan yang sedar hukum-hakam menyebar penipuan, tetapi melakukannya juga. Dua kali lima. Mereka adalah golongan yang memanjangkan apa sahaja yang ‘mamat-mamat’ itu sebarkan. Apa sahaja bahan yang merangsang emosi akan dipanjangkan tanpa usul periksa. Yang penting, berita yang diterima itu dapat dibaca oleh anggota keluarga dan sahabat handai. Kononnya mereka hendak memberi pengetahuan kepada orang yang hampir dengannya. 

Itu adalah sebahagian daripada tulisan Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed di dalam ruangan Cetusan, akhbar Sinar Harian, bertarikh 30.09.2015. Tulisannya yang bertajuk Mana satu fakta, mana satu auta ini boleh juga dibaca di laman sesawang ,Sinar Harian 

Sejujurnya saya tertarik dengan tulisan Norden Mohamed tersebut, dan saya amat yakin terdapatnya segelintir umat islam yang terliwat minda atau mandul akal yang percaya bulat-bulat dakwaan karut mengenai produk-produk di atas. Terliwat minda dan mandul akal kerana mereka tidak mampu membuat pertimbangan dan hilang kewarasan. Mereka terlalu bernafsu ingin berkongsi apa sahaja info yang diperolehi di laman sosial, terutamanya yang berbaur agama kepada rakan dan kenalannya. Sahih atau tidak, logik atau sebaliknya, tidak mereka pedulikan. 

Kepada pengguna facebook dan apa juga media sosial yang beragama islam,tolonglah fahami dan hayati Firman Allah S.W.T ini. :

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan” Surah al-Hujuraat, ayat 6.

Dalam ayat tersebut, Allah S.W.T menyuruh hambanya yang beriman agar mengamalkan prinsip tabayyun ketika menerima sesuatu maklumat. Kita diseru agar menyelidik dan memeriksa sesuatu berita yang kita terima. 

Kita sepatutnya selidik betul-betul sebelum menyebarluaskan berita tentang haramnya sesuatu produk, kerana ia memberi kesan yang besar termasuklah meresahkan masyarakat, dan menjejaskan periuk nasi orang lain. Apatah lagi,mengkaji dan menyelidik itu adalah tuntutan Allah sebagaimana yang tertera dalam ayat Al-Quran yang dipaparkan di atas. Jadi janganlah sekali-kali gatal tangan ingin menyebarkannnya/berkongsi di laman sosial. Jika tidak mampu untuk mengkaji, rujuk sahaja kepada badan atau organisasi yang lebih berautoriti, iaitu JAKIM. 



Berdasarkan pemerhatian, saya amat menyakini, antara faktor pihak tertentu memfitnah sesuatu produk sebagai haram adalah kerana bermotifkan ekonomi. Cita-cita mereka hanya satu, iaitu ingin ialah ingin menghancurkan pesaing-pesaing mereka dengan menjual TUHAN dan AGAMA. 

Bijak dan sungguh bijak. Mereka bijak meneliti situasi dan membaca realiti. Mereka sedar pemerdagangan agama jauh lebih menguntungkan berbanding pemerdagangan manusia. Lalu, mereka memainkan isu halal dan haram seperti babi dan unsur-unsur terlarang. Lalu tersebarlah di blog, WhatsApp dan Facebook, kononnya produk-produk tertentu haram dan perlu diboikot. Lalu pengguna media sosial yang mandul akal dan terliwat minda ini pun dengan penuh sopan dan santun turut ‘menjual Tuhan dan melacurkan Agama’ dengan berkongsi/share di Facebook masing-masing. Akhirnya fitnah tersebut berkembang subur di media sosial. 


                                                        ****************

“ Anda berbohong mengaku islam jika abaikan mesej ini..”

Begitulah amaran dan ugutan yang disebarkan dalam sebuah group WhatsApp yang saya sertai. Hebat sungguh mereka mempergunakan agama agar orang ramai memboikot produk yang didakwanya sebagai haram. 

Jujur, sebenarnya, orang-orang yang mencipta dan menyebarkan fitnah tersebutlah baik di facebook mahupun WhatsApp atau apa sahaja media sosial adalah golongan yang menjual Tuhan dan agama. Ini kerana mereka mengabaikan Firman Allah S.W.T 

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan” Surah al-Hujuraat, ayat 6.