Friday, January 29, 2016

Kearah memahami Fiqh Medik


Dunia perubatan semakin berkembang. Banyak penemuan baru tentang ubat-ubatan dan kaedah rawatan hasil kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh para pakar perubatan dari semasa ke semasa. 

Namun sebagai umat islam, persoalan halal dan haram serta dosa dan pahala perlu dipasak kukuh di dalam hati. Biar ia menjadi pegangan dan prinsip yang teguh dan utuh dalam hidup dan kehidupan, termasuklah dalam persoalan ubat-ubatan dan rawatan. 

Buku Fiqh Medik adalah buku mampu milik yang sedikit sebanyak mampu meleraikan kekeliruan pengguna Muslim mengenai ubat - ubatan dan rawatan, dan seterusnya memahami persoalan halal dan haram yang bersangkutan dengan dunia Perubatan. 

  • Judul Buku :Fiqh Medik. 
  • Harga :RM15.00 (FREE POSTAG)

Berminat untuk membeli buku ini, Sila WhatApps saya 019-5776730

Thursday, January 28, 2016

Tips keselamatan penumpang teksi.


Umum mengetahui terdapat beberapa kes jenayah yang melibatkan pemandu teksi. Antaranya ialah kes samun dan rogol penumpang. Jadi, sebagai pengguna, kita perlulah berhati-hati dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga. 

Sebelum melanjutkan penulisan, ingin saya tegaskan entry ini bukanlah ingin menghina mana-mana pemandu teksi. Jasa mereka amat besar dan sangat mulia. Mereka amat diperlukan oleh kita, jika tidak selalu dan sentiasa, mungkin sesekali dalam keadaan dan situasi yang tertentu. Saya secara peribadi mempunyai banyak pengalaman menaiki teksi. Berdasarkan pengalaman tersebut, saya dapati kebanyakkan mereka amat baik dan mesra, cuma kadang-kadang terdapat juga segelintir pemandu teksi yang memiliki sikap yang tidak mesra pelanggan. 

Cuma sebagai pengguna kita perlu berhati-hati kerana dalam setandan kelapa tidak semuanya baik. Begitu juga dengan pemandu teksi. Sebenarnya tidak terhad kepada pemandu teksi, situasi sebegini boleh berlaku dalam apa-apa jua kerjaya. 

Di sini saya ingin berkongsi beberapa untuk dijadukan panduan kepada penumpang teksi. Tips ini sebenarnya saya petik daripada akhbar Kosmo bertarikh 28.Oktober.2013(mengikut tulisan tersebut, tip asal ini adalah daripada laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia). Tip atau panduan tersebut ialah. 

1. Perhatikan keadaan teksi terlebih dahulu sebelum menaikinya. 

Jika bahagian dalaman teksi tidak mempunyai pemegang pintu atau butang kunci, segera batalkan niat anda untuk menaiki teksi tersebut. 2. Hafal nombor plat teksi. Sila catat dan hafal nombor plat teksi serta maklumat pemandu yang kebiasaannya dipaparkan pada papan pemuka. Ambil gambar maklumat-maklumat berkenaan dengan menggunakan telefon atau kamera. 

3. Hubungi keluarga.

Segera hubungi keluarga atau rakan dan bercakap dengan nada yang boleh didengari pemandu teksi dengan menyatakan anda berada dalam kenderaan tersebut. Maklumkan kepada mereka anggaran waktu ketibaan anda ke destinasi. Perbuatan ini dapat membuatkan pemandu teksi menyedari bahawa maklumat perjalanan telah dihantar kepada pihak ketiga. P/S: elok juga jikalau anda SMS/WhatsApp nombor plat teksi tersebut kepada keluarga anda. 

4. Elakkan menaiki teksi yang mempunyai penumpang lain. 

Ini kerana kadang-kala penumpang tersebut merupakan rakan subahat kepada pemandu teksi yang ingin melakukan jenayah tersebut. 

5. Tempah perkhidmatan dalam talian. 

Buat tempahan secara dalam talian dengan syarikat penyedia perkhidmatan teksi yang mempunyai reputasi yang baik. Ia memudahkan anda untuk membuat semakan maklumat teksi yang diberi sama ada bertepatan dengan kenderaan yang dihantar, seperti yang terdapat paa aplikasi telefon pintar MyTeksi. 

6. Ikut naluri hati

Percaya kepada naluri hati anda. Jika rsa tidak sedap dengan keadaan teksi atau penampilan pemandu, jangan naiki teksi tersebut. Tidak perlu rasa bersalah dengan tindakan itu kerana anda peru percaya pada diri sendiri lebih daripada orang lain. 

Inilah antara tips dan panduan untuk keselamatan kita apabila menggunakan teksi. Selain ikhtiar dan usaha, janganlah sesekali alpa untuk memohon perlindungan dari Allah S.W.T agar kita sentiasa dinaungi rahmat-Nya walau di mana jua kita berada.

Monday, January 18, 2016

Tips berhibur ketika memandu.


Ramai antara kita yang memandu kenderaan termasuklah untuk berulang alik ke tempat kerja dan untuk pulang ke kampung. Kadang-kadang kita terlalu pasif ketika memandu. Memandu dalam keadaan terlalu serius dan ingin mengejar masa sememangnya mengundang tekanan perasan, dan membosankan. 

Berhibur sambil memandu merupakan satu kaedah untuk menjadikan pemanduan itu lebih menyeronakkan. Sejujurnya secara peribadi saya turut mengamalkan sebahagian daripada tips ini ketika memandu ke tempat kerja. Untuk pengetahuan pembaca, hari ini, setiap hari saya berulang-alik sejauh 200KM untuk ke tempat kerja. Saya menetap di Bachok Kelantan dan bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Daerah Jeli.

Malah sebelum ini saya berkhidmat di Chemor, Ipoh Perak dan seringkali pulang ke kampung di Bachok Kelantan apabila tibanya cuti persekolahan. Seringkali saya memandu bersendirian dari Perak ke Kelantan. 

Panduan atau tips ini saya petik daripada akhbar Harian Metro bertarikh 16. Ogos.2014. Saya kongsikan di sini dengan sedikit pengubahsuaian untuk manfaat bersama. Mudah-mudahan ia mampu menjadikan pemanduan anda lebih seronak, ceria dan mengembirakan.

1. Membawa rakan bersama ketika memandu. 

Bagi perjalanan jauh memang membosankan jika memandu keseorangan. Bukan sahaja tiada teman bercakap, malah tiada hiburan yang menarik boleh dilakukan andainya tiada teman ketika memandu. 

2. Mendengar radio.

Ia merupakan salah satu teknik untuk menghilangkan tekanan ketika ke pejabat/tempat kerja pada waktu pagi. Tekanan di alami pada waktu pagi berpunca daripada beberapa sebab, terutamanya kesesakan lalu lintas. Justeru, alihkan perhatian seketika bersama DJ kegemaran anda, mudah-mudahan ia mampu mengembalikan kecerian kepada anda ketika memandu. 3. Buka tingkap kereta. Sepanjang tempoh memandu, sesekali kita perlu membuka tingkap kereta untuk menghirup udara segar. Jika kita pulang ke kampung halaman, lebih terasa kenikmatan angin yang bertiup dan pemandangan sekeliling yang menghijau. 

4. Menyanyi sambil memandu. 

Apa salahnya ketika memandu itu kita cuba nyanyikan lagi yang dimainkan oleh radio dan bayangkan kita sedang berkaraoke. Sekurang-kurangnya tidaklah rasa terlalu bosan kerana terpaksa fokus ketika memandu. 

Mudah-mudahan perkongsian ini mampu dimanfaatkan oleh pembaca. Moga-moga perjalan anda semua lebih mengembirakan dan Insya-Allah terpelihara daripada musibah.

Sunday, January 17, 2016

TIPS MENJIMATKAN BATERI LAPTOP.


Tentu sahaja agak ramai antara kita yang menggunakan laptop. Sebagai pengguna lattop, amatlah perlu untuk kita ketahui cara-cara untuk menjimatkan bateri laptop. 

Berikut adalah tips untuk menjimatkan bateri lattop yang saya petik daripada akhbar Harian Metro bertarikh 11 Jun 2016. 

  • 1. Bagi mereka yang kerap mendengar muzik dengan volume yang kuat di laptop, ini adalah antara punca mengapa bateri cepat habis. Ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak. Oleh itu cuba perlahankan volume sekadar yang patut dan tidak berlebihan. 
  •  2. Jangan lupa untuk mengubah keterangan skrin lattop. Terlalu terang akan menyebabkan pengunaan lebih banyak bateri. Jadi ubahlah keterangan skrin kepada normal sahaja. 
  •  3. Jika terlalu terdesak dan tiada pengecas bateri lattop, elakkan dari membuka aplikasi yang menggunakan banyak RAM seperti Microsoff Word. Paling mudah, gunakan notepad. Ia sudah memadai.
  •  4. Jika tidak menggunakan lattop jangan gunakan mod stanby, tapi perlu shutdown atau hibernate kerana ia lebih menjimatkan bateri.
  •  5. Paling penting, harus buat defragment sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan laptop berjalan lancar. 
  • 6. Akhir sekali elakkan dari meletak lattop di atas permukaan yang mudah menyerap haba seperti di atas tilam atau bantal kerana ia boleh mengakibatkan laptop semakin panas dan merosakkan bateri pada masa yang sama.

Semoga panduan ini yang diberikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Moga dengan ini jangka hayat bateri laptop kita akan bertahan lama.

Tuesday, January 12, 2016

Fakta sebenar tentang zombie yang perlu anda ketahui



Fakta sebenar tentang zombie yang perlu anda ketahui. 

Awal pagi tadi, saya terbaca sebuah kisah yang menarik di laman facebook. Kisah yang memaksa saya melontarkan jauh-jauh segala pandangan dan anggapan lama yang saya terima dan percaya sejak zaman berzaman. Ia mengenai kisah atau lebih tepat lagi sejarah Zombie. 
Terima kasih kepada Ustaz Muhammad Naim kerana memurnikan kembali sejarah Zombie. 

Sahabat semua boleh sahaja langsung ke facebook Ustaz Muhammad Naim,untuk membaca kisah ini. Untuk manfaat bersama saya paparkan sahaja kisah atau pemurnian sejarah zombie di sini. 

Apa yang terlintas dalam pikiran Anda jika disebutkan “Zombie”? 

Jika yang muncul adalah sosok mayat hidup yang berlumuran darah dan mengejar manusia untuk digigit dan dijadikan mayat hidup berikutnya, berarti ghazwul fikri yang dilancarkan Barat telah berhasil 100%. Barat melahirkan istilah “zombie” untuk menggambarkan mayat hidup yang tidak memiliki pikiran dan bernafsu memangsa manusia normal. 

Melalui serangkaian cara mulai dari novel, film hingga game, zombie digambarkan sebagai makhluk jahat yang harus dilawan. Ia mayat hidup yang tidak memiliki kebaikan sama sekali. Namun, benarkah Zombie dalam dunia nyata seperti itu? 

Pada abad ke-XVI, tepatnya sekitar tahun 1550 Masehi, Islam mulai masuk ke Brazil. Saat itu, orang-orang Portugis memasukkan budak-budak Afrika ke Brazil sebagai tenaga pekerja di kebun tebu. Mayoritas budak-budak Afrika ini beragama Islam sehingga sejak saat itu ada banyak muslim di Brazil. 

Tahun demi tahun, jumlah muslim di Brazil semakin banyak. Selain para pendatang, penduduk asli juga mulai ada yang masuk Islam, menjadi mualaf. Posisi kaum muslimin pun semakin kuat, bukan hanya para pekerja tebu. 

Ketika posisi Islam di Brazil menguat, Pasukan Salibis menghabisi mereka. Pasukan Salibis berusaha menghancurkan Islam hingga ke akar-akarnya. Dan mereka menganggap program mereka berhasil. Islam telah dilumatkan.

Di saat seperti itu, pada tahun 1643, tiba-tiba muncul seorang pahlawan Islam. Dengan gagah berani ia mendeklarasikan berdirinya Negara Islam di Brazil setelah sebelumnya bergerak mendakwahkan Islam ke berbagai penjuru Brazil dan mengajak para tokoh dan pimpinan di wilayah itu untuk masuk Islam.  Nama pahlawan itu adalah Zombie.

Salibis yang mengira Islam di Brazil telah mati tersentak. Rupanya Islam belum mati. Zombie telah menghidupkan Islam kembali di bumi Brazil. Dan karenanya, pasukan Salibis pun segera menjadikan Zombie sebagai target. Dan rupanya, Zombie tidak hanya dimusuhi di waktu itu. Namanya pun dihancurkan di abad modern ini. 

Sunday, January 10, 2016

Tiga fakta tentang alergi yang perlu ibu bapa tahu.


Fakta 1: Tiada Penyembuh untuk Alergi 

Alergi mungkin boleh dikawal dengan ubat-ubatan, tetapi ia tidak berkesan secara jangka panjang. Apabila bekalan ubat-ubatan terputus, gejala alergi berkemungkinan akan muncul semula. 

Fakta 2: Alergi, Masalah Kesihatan yang Menjejaskan Kehidupan 

Sesetengah alergi pada luarannya kelihatan biasa-biasa dan tidak serius. Namun, sekiranya dibiarkan tanpa dirawat, ia boleh menyebabkan si kecil yang serba boleh dan lincah menjadi pemalu dan gemar menyendiri. Adakalanya, rasa malu menjadi titik permulaan kepada kemurungan, rendah keyakinan diri, dan tidak gemar bergaul. 

Fakta 3: Alergi Boleh Membawa Maut 

Penting untuk diketahui semua bahawa alergi boleh membawa maut bergantung pada di mana letaknya gejala itu pada spektrum alergi. 

Gejala alergi pada spektrum kurang serius adalah seperti mata gatal dan berair, bersin, lelah, kegatalan,dan radang pada kulit dan ekzema. 

Pada spektrum serius (anafilaksis), gejalanya seperti bengkak pada tekak dan mulut, sukar untuk menelan dan bercakap, sukar untuk bernafas akibat lelah ataupun bengkak pada tekak, bengkak kemerah-merahan di seluruh badan, rasa panas pada kulit seluruh badan, dan lemah secara tiba-tiba (tekanan darah semakin rendah). 

Apa yang Boleh Kita Lakukan?

Risiko alergi boleh dikurangkan atau dicegah sekiranya kita dapat mengenalpasti alergi ketika awal usia si kecil. 

Buku Resipi Alergi 

Buku Resipi Alergi ini adalah buku pertama seumpamanya di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai resipi menarik khas untuk penghidap alergi menikmati hidangan sedap dan enak, yang tidak dapat dinikmati kerana alergi. 

Bahan-bahan yang digunakan dalam resipi yang dipaparkan dalam buku ini bebas daripada penyebab biasa alergi seperti gluten, telur, dan bahan tenusu. 

Bayangkan berapa ramai yang tidak dapat menikmati makanan kegemaran kerana alergi.

Dengan merujuk buku resipi alergi ini, semua hidangan enak itu boleh disediakan menggunakan bahan-bahan alternatif yang menawarkan rasa dan texture yang sama. 

Minat untuk memiliki buku resipi ini? 

Buku resipi ini berharga RM35.00 sekiranya anda membeli di tempat lain. Tetapi, saya boleh beri harga istimewa sekiranya anda membeli dengan saya. 

Minat?

Hubungi saya sekarang di whatsapp/SMS, 019-5776730

Wednesday, January 6, 2016

HUKUM BUANG KUCING



Adakah anda seorang pencinta atau peminat kucing. Atau setidak-tidaknya membela kucing. Jika ya, tentu sahaja anda pernah berhadapan dengan situasi lambakan anak-anak kucing di rumah anda, kecuali jikalau anda hanya membela kucing-kucing jantan sahaja. Bolehkah buang kucing? 



Sebenarnya tidaklah menjadi kesalahan untuk membuang kucing-kucing tersebut, tetapi ada cara dan kaedahnya. 

Saya tertarik dengan pandangan Ustaz Kazim Ellias, sebagaimana dipaparkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 3. Januari. 2016. 

Menurut Ustaz Kazim Ellias, pemilik kucing tersebut bolehlah menyerahkan kepada pihak-pihak tertentu yang membuat perkhidmatan menjaga kucing yang terbiar. 

Selain itu, jikalau tiada pihak-pihak atau organisasi tersebut, maka bolehlah hantar kucing-kucing tersebut ke mana-mana pasar yang diyakini terdapat banyak makanan untuk kucing tersebut. 

Namun secara peribadi, eloklah bertanyakan dahulu rakan-rakan dan sanak saudara. Manalah tau jikalau mereka berminat untuk membela kucing-kucing tersebut. Manfaatkanlah media sosial seperti facebook, instagram, WhatsApp, telegram untuk mencari pihak, saudara mara atau rakan- rakan yang berminat terhadap kucing-kucing yang ingin kita buang. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan : Fakta Menarik Tentang Kucing