Sunday, February 28, 2016

hukum jual beli kucing


Para ulama khilaf dalam masalah ini. 

Pertama: 

Pendapat bahawa kucing ini haram dijualbeli secara mutlak berdasarkan hadis daripada Abu Zubair RA: 

Maksudnya: 

Aku (Abu Zubair) bertanya kepada Jabir (seorang sahabat Nabi SAW) berkenaan jual beli anjing dan al-Sinnur (kucing). Dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang perkara itu. Riwayat Muslim (1569) 

Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdullah - R.Anhuma -juga bahawa dia berkata: 

Maksudnya:

Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing. Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279) 

Kedua: 

Pendapat jumhur termasuk Mazhab syafie membenarkan jual beli kucing jika kucing itu memiliki manfaat seperti menangkap tikus maka hukumnya ialah halal untuk dijual beli. 

Begitu juga jika ia merupakan haiwan liar, maka tidak dibenarkan. Ada juga yang mengatakan bahawa kucing ini diharamkan jual beli kerana pada awal Islam ia dianggap najis, kemudian setelah tsabit daripada Rasulullah SAW bahawa kucing itu suci maka dibenarkan jual beli kucing. 

Tarjih:

Kami lebih cenderung kepada hukum makruh perniagaan kucing berdasarkan larangan dalam nas. Wallahua╩┐lam 


Tajuk Lain Yang Berkaitan:Hukum Buang Kucing

Friday, February 26, 2016

Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Munawwarah, Kelebihan dan Sejarah


Madinah Munawwarah merupakan tempat hijrah Rasulullah SAW. Selain itu, turut menjadi tempat bertapaknya iman pada akhir zaman, markas pimpinan, madrasah pendidikan dan bimbingan serta tarbiah Islamiah. Tempat ini penuh dengan kesan-kesan sejarah yang tidak ternilai dan mempunyai keistimewaan yang tinggi disisi Allah SWT. Oleh itu, terhasillah risalah ini bagi kaum muslimin untuk mendalami sejarah asal-usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam di Madinah. Buku ini juga merungkai hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan bandar istimewa ini. 

Makkah pula adalah kota suci yang memiliki berbagai- bagai kelebihan. Sebuah negeri yang bersejarah, tempat bermulanya dakwah Nabi Ibrahim, yang didoakannya keberkatan dan keselamatan bagi yang mengerjakan ibadah di dalamnya. Buku ini membincangkan tentang Tanah Haram Makkah dan sempadan, kelebihan dan beberapa hukum yang berhubung dengan Tanah Haram. Buku ini juga menceritakan tentang kaabah dan sejarahnya, Hajarulaswad dan Makam Ibrahim, Masjidilharam dan sejarah pembinaannya, tempat-tempat haji dan perkara yang berkaitan dengannya. 

Kedua-dua buku ini amat bernilai dan sangat bermanfaat untuk meningkatkan kefaham kita mengenai dua buah Kota Suci ini. Baik kefahaman dari sudut ibadat mahupun kefahaman dari aspek sejarah. Apatah lagi, penulisnya adalah seorang ulama dan pendakwah yang tidak asing lagi di negara kita, iaitu Dr. Abd Basit Abd. Rahman 

Judul Buku :
  •  Madinah Munawwarah, Kelebihan dan Sejarah(RM30.00) 
  • Makkah Al-Mukarramah, Kelebihan dan Sejarah(RM30.00) 
  • (FREE POSTAGE) 

Berminat dengan buku ini, Sila WhatApps saya 019-5776730

Tuesday, February 23, 2016

Pantai Senok Pulau Nami Malaysia



Pantai Senok yang terletak di Tawang, Bachok Kelantan tiba-tiba menjadi begitu popular. Ia mula dikenali dan dikagumi. Betapa ramainya yang berkunjung ke pantai ini, hingga ia menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di kawasan sekitar pantai tersebut. Inilah kehebatan media sosial atau lebih tepat lagi kuasa viral. 

Sebenarnya sebelum ini, iaitu sejak beberapa tahun yang lepas, Pantai Senok telah menjadi lokasi utama untuk sesi fotografi perkahwinan. Jika berkunjung pada hari minggu, terutamanya ketika musim persekolahan, puluhan pasangan pengantin baru akan memenuhi pantai ini untuk sesi fotografi sebgai kenangan sepanjang hayat. 

Namun, pada waktu itu ia belum lagi diviralkan di media sosial, dan hanya menjadi tumpuan para jurufoto dan pasangan pengantin. Selain deretan pokok ru di sepanjang pantai, pengunjung juga dapat menikmati keindahan laut yang membiru. 


Pulau Nami Malaysia, itulah tajuk yang disiarkan di dalam akhbar Harian Metro bertarikh 15.Febuari.2014. Sebenarnya jolokan tersebut telah tersebar di laman sosial, ia dianggap sebagai Pulau Nami Malaysia kerana ramai pengunjung yang memuat naik gambar keindahan deretan pokok ru di Pantai Senok yang tidak ubah seperti di Pulau Nami, Korea Selatan. 

Secara peribadi saya pernah berkunjung ke Pulau Nami di Korea Selatan pada penghujung tahun 2013. Kunjungan pada musim sejuk, di mana pulau yang terkenal dengan drama Winter Sonata itu diselimuti salji. 

Berdasarkan pengalaman ke Pulau Nami,secara peribadi berani saya katakan Pantai Senok memang layak untuk dianggap sebagai Pulau Nami Malaysia. Cuma bezanya, di sana ada empat musim di mana para pelancong dapat menikmati suasana pada musim sejuk, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Tetapi di Pantai Senok pula pengunjung hanya dapat menikmati panorama dan pemandangan pada musim yang sama sahaja.

Sebenarnya pokok-pokok ru di Pantai Senok ini ditanam oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan agensi kerajaan dalam usaha untuk mengalakkan penjagaan alam sekitar sejak lebih lima tahun dahulu. 

Kini pokok-pokok ru tersebut mula membesar menjadi semakin matang, sekali gus mengindahkan kawasan Pantai Senok hingga menjadi sebahagian tarikan pelancong di Kelantan. 




Namun, di sebalik keindahan Pantai Senok tersebut, terselit juga episod duka. Benar Pantai Senok semakin dikenali dan jumlah pengunjung semakin bertambah. Namun, malangnya jumlah sampah sarap juga semakin meningkat. Sikap pengunjung yang tidak mementingkan kebersihan Pantai ini amatlah dikesali. 

Menurut Setiausaha Majlis Daerah Bachok(MDB), Mohd Zaidi Mat Jusoh,pihaknya telah menyediakan tong sampah di kawasan Pantai Senok selain menyediakan jadual kutipan sampah secara berkala. 

Tidak hanya pihak MDB, malah pertubuhan kebajikan Perantau Bachok juga turut membekalkan tong-tong sampah untuk kemudaha pengunjung di pantai ini. Namun, masalah sampah tetap belum bernoktah. 

Moga-moga pada masa akan datang, para pengunjung akan lebih memahami erti bersih dan makna kotor. 

Berminat dengan Busana Muslimah dan pakaian yang patuh syariah, jom dapatkan di ----> SINI

Thursday, February 18, 2016

Gol cantik Faiz Subri meraih perhatian antarabangsa.


Media antarabangsa dan netizen kagum dengan sepakan percuma yang dilakukan pemain Pulau Pinang Mohd Faiz Subri dalam perlawanan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya semalam. Sepakan percuma dilakukan pada minit ke-62 dan bola terus melencong dari kiri ke kanan sebelum merembat masuk ke gawang Pahang. Sepakan yang dianggap ajaib itu terus mendapat pujian ramai, termasuk dari Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut memuji pemain bola sepak Pulau Pinang tersebut.


Paling membanggakan, media sukan antarabangsa juga turut membuat liputan susulan jaringan ajaib Faiz. Antara yang membuat liputan adalah Sports Illustrated, The Independent, Sydney Morning Herald, dan Mirror. Semoga masa depannya dalam arena bola sepak mejanjikan kecemerlangan dan kegemilangan. 

Syabas buat Faiz Subri. Walaupun saya penyokong pasukan Kelantan, namun saya amat berbangga dengannya.

Debat antara Dr. Asri dan Ustaz Zamihan perlu diteruskan


Akhirnya debat antara Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin dibatalkan. Sejujurnya saya sudah menjangkakan semua ini. Ini kerana sebelum ini ada sudah terdapat suara-suara bantahan terhadap debat tersebut. Antaranya bantahan dari Mufti tertentu agar debat tidak diteruskan, alasannya perkara khilafiah seperti isu qunut subuh tidak perlu diperbahaskan. 

Amat menghairankan bagaimana seseorang mufti boleh bercakap tanpa merujuk kepada tajuk perbahasan. Tajuk perbahasan ialah Ekstremisme Agama di Malaysia satu perbinangan. Jadi ia berkisarkan isu keganasan, dan bukannya isu doa qunut ataupun tahlil. 

Lagi melucukan apabila terdapat bantahan dari pihak atasan, kononnya deba ini mampu mengancam keamanan. Namun, paling anehnya, mengapa pula DR. Zakir Naik sering diundang untuk berhujah ilmiah dengan tokoh-tokoh agama lain secara terbuka. Mengapa ini tidak dianggap sebagai ancaman. 

Sebenarnya debat tersebut amat diperlukan untuk menjernihkan kecelaruraan. Ia sangat perlu diteruskan untuk merungkai kekeliruan. Ini bukan soal siapa salah atau siapa menang. Lagipun di media sosial, peminat kedua-dua tokoh agama ini sering serang menyerang. Dan, semua ini akan berterusan dan berkekalan, jika kedua-dua tokoh ini tidak dipertemukan untuk berdebat atau berbincang. 

Secara peribadi, saya teringin sangat melihat Ustaz Zamihan berdebat dan berhujah. Sebelum ini saya hanya menyaksikan ceramah beliau di youtube. Dr. Asri pula sejak dahulu lagi sememangnya dikenali sebagai pendebat yang hebat. Beliau pernah berdebat dengan Astora Jabat sebanyak dua kali, pernah juga berforum bersama wakil parti PAS dan UMNO, pernah juga berdiskusi bersama agamawan hebat Dr. Aziz Hanafi dan lain-lain lagi. 

Rasanya amat ramai yang amat berharap agar debat ini dapat diteruskan. Jika tidak untuk pada tarikh yang ditetapkan sekalipun, usahakanlah agar ia boleh diadakan pada hari-hari yang lain. Tidak kisahlah atas nama debat, perbincangan, forum atau diskusi ilmiah atau apa sahaja. Yang penting pertemukanlah kedua-dua tokoh ini bagi merungkaikan kekeliruan dan meleraikan kecelaruan.

Monday, February 15, 2016

Mengenang pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Pantas sungguh larian waktu. Sudah setahun pemergian Murabbi Ummah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Masih teringat-ingat sangat menziarahi Almarhum di HUSM beberapa hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Masih terbayang-bayang di ruang mata detik dan waktu menunaikan solat jenazahnya dengan penuh kehibaan. 

Almarhum adalah seorang ulama, beliau juga seorang politikus.Jujur dan ikhlas, saya adalah antara ribuan peminatnya. Benar, beliau tidak pernah sunyi dari kesilapan dan kesalahan. Tidak hanya beliau malah ulama muktabar sehebat mana sekalipun tetap tidak sunyi daripada kesilapan. Namun, pemikirannya dan jasanya janganlah sesekali dinafikan. Apatah lagi, ramai pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi dari dalam dan luar negara yang menjadikan cetusan pemikirannya sebagai tesis peringkat Master dan Phd. 

Buku berjudul Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan hasil karya saudara Mohd Aizat Mohd Salleh al-Hafiz. Beliau merupakan seorang lulusan Pengajian Islam Universiti Malaya dalam jurusan Fiqh dan Usul. 

Sejujurnya saya telah membaca buku ini beberapa tahun yang lalu, iaitu sebelum pemergian Tuan Guru Nik Aziz. Secara peribadi saya menyukai dan meminati tulisan beliau. Buku ini sedikit sebanyak cuba menyelongkar gugusan pemikiran Tuan Guru Nik Aziz. Pemikiran yang amat bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara. 

Buku Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah sebuah buku mampu milik yang menyajikan beberapa gagasan pemikiran Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. 

  • Judul Buku :PEMIKIRAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
  • Harga :RM14.00 ( RM5.00 POSTAG) 

Berminat dengan buku ini, Sila WhatApps saya 019-5776730

Lain-lain buku menarik, langsung sahaja ke ---->BOOKCAFE

Sunday, February 14, 2016

Wanita terlampau, mampu berzina dengan 919 lelaki dalam sehari.


Lisa Sparks dari Amerika Syarikat mungkin penzina terhebat di dunia ini kerana beliau mampu melakukan hubungan seks paling banyak dengan lelaki yang berbeza dalam tempoh sehari. 




Dengan bangga beliau mandakwa mampu melakukan hubungan seks dengan 919 orang lelaki dalam tempoh waktu kurang daripada 12 jam atau secara puratanya beliau memerlukan 45 saat untuk berzina dengan seseorang lelaki. 

Wanita ini juga pernah memenangi World Biggest Gangbang Championship Third Annual pada tahun 2004. Iaitu satu kejohanan berpestij antarabangsa melibatkan cabarab actress pornografi melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki. 

INFO TAMBAHAN:

Sudah tiada bezanya antara manusia sebegini dengan binatang. Moga gejala gila sebegini tidak merebak ke bumi tercinta Malaysia. 

Eratkan ukhwah, jom follow Instagram saya,--> Iskandar

Thursday, February 4, 2016

10 GUNUNG TERTINGGI DI MALAYSIA.

Gambar semasa menawan Puncak Kinabalu pada tahun 2004

Pernahkah anda mendaki gunung? 

Secara peribadi saya pernah mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2004. Walaubagaimanapun entry ini bukanlah untuk memaparkan kembali nostalgia tersebut. Di sini saya ingin bercerita tentang sepuluh buah gunung yang tertinggi di Malaysia. Entry ini adalah berdasarkan(dengan sedikit pegubahsuaian) sebuah rencana yang ditulis di akhbar Metro Ahad bertarikh 6. Apri.2014. 

1. Gunung Kinabalu, Sabah.

  • Memiliki Ketinggian : 4,095 meter(m) dari paras laut) 
  • Ia merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan Kepulauan Borneo, 
  • Gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu dan kelima tertinggi di Asia Tenggara. Gunung tertinggi di Asia Tenggara ialah gunung Hkakabo Razi di Myanmar(5881m), Puncak Jaya(4884m), Puncak Trikora(4730m) dan Puncak Mandala(4700m) di Indonesia.  
  • Walaubagaimanapun dari segi geografi, Gunung Kinabalu dianggap tertinggi di Asia Tenggara berikutan Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya di plat tektonik benua India, manakala Puncak Jaya, Puncak Jaya dan Puncak Mandala terletak di benua Oceania.
  • Pendaki pertama yang mendaki Gunung Kinabalu ialah Hugh Low dan Spenser St John pada tahun 1858. 
  • Mempunyai dua laluan mendaki, iaitu laluan Tompohon dan Mesilau. 
  • Pendaki juga boleh mencabar kemampuan diri dengan mengikuti laluan Via Ferrata(laluan besi terpanjang di dunia) 

2. Gunung Trusmadi, Sabah.

  • Gunung ini mempunyai ketinggian 2,462m dari paras laut. 
  • Ia terletak di daerah Tambunan dan juga Keningau. 
  • Trusmadi dikatakan memberikan gaya pendakian yang jauh lebih sukar dan mencabar berbanding Gunung Kinabalu disebabkan bentuk muka bumi dan hutannya. 
  • Pendakian biasanya mengambil masa selama tujuh hingga lapan jam. 

3. Gunung Tambuyukon, Sabah.

  • Gunung ini memiliki ketinggian 2,759m dari paras laut. 
  • Ia terbentuk di atas Banjaran Crocer dan terletak di penjuru tiga daerah iaitu Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu. 
  • Di sini juga terletaknya hutan simpan Taman Negara Kinabalu 
  • Namun ia jarang didaki kerana laluannya yang lebih sukar dan tidak memiliki pemandangan menarik di puncaknya. 

4. Gunung Murud, Sarawak.

  • Gunung ini memiliki ketinggian 2438m dari paras laut 
  • Ia terletak di Miri dan merupakan gunung tertinggi di Sarawak
  • Puncak gunung ini dianggap suci oleh kumpulan penduduk Kelabit di tanah tinggi Bario. 
  • Pendakian yang biasanya dari Pekan Lawas akan mengambil masa tiga hari untuk sampai ke puncaknya 

5. Gunung Mulu, Sarawak. 

  • Ketinggiannya ialah 2,376m dari paras laut. 
  • Ia diwartakan di bawah Taman Negara Mulu, Sarawak 
  • Gunung ini juga terletak bersebelahan dengan Gunung Api dan Gunung Banarat. 
  • Diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu warisan dunia. 

6. Gunung Tahan, Pahang.

  • Ketingginnya ialah 2,187m dari paras laut
  • Ia merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia 
  • Terletak di Taman Negara Pahang. 

7. Gunung Korbu, Perak 

  • Merupakan puncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa. 
  • Masa pedakian biasanya empat hari. 

8. Gunung Yong Belar, Perak. 

  • Ketinggiannya ialah 2,181m dari paras laut 
  • Gunung ini merupakan antara tujuh puncak tertinggi di Semenanjung yang turut digelar G7.
  •  Terdapat tiga pusat kem sebelum tiba ke puncak, Kem Kasut, Kem Gurkha dan kem Tudung Periuk. 

9. Gunung Gayong, Perak.

  • Ketinggiannya ialah 2,173m dari paras laut. 
  • Pendaki biasanya akan mendaki Gunung Korbu terlebih dahulu sebelum menyambung pendakian ke puncak gunung ini. 
  • Dari puncak Gunung Korbu, ia hanya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk tiba ke puncak Gayong 

10. Gunug Chamah, Kelantan. 

  • Ia merupakan gunung terpencil di hutan Belum Kelantan. 
  • Ketinggiannya ialah 2,171m dari paras laut. 
  • Pendaki perlu menempuh enam puncak bukit sebelum ke puncak Gunung Chamah. 
  • Pendakian biasanya akan mengambil masa selama dua hari 

Tajuk lain yang berkaitan:

Wednesday, February 3, 2016

TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI.


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu lebih berminat untuk membeli kereta terpakai. Antara faktor tersebut ialah kerana harga kereta terpakai yang jauh lebih murah berbanding kereta yang baru. 

Namun, pembeli perlu berhati-hati kerana mereka mungkin menjadi mangsa penipuan penjual kereta.Oleh itu mereka perlu mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan agar tidak menjadi mangsa kerakusan sesetengah penjual kereta. 

Di sini saya paparkan sedikit panduan atau tips untuk membeli kereta terpakai. Tips atau panduan tersebut diterbitkan oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur(PKPKL) dan disiarkan di akhbar Berita Harian betarikh 20. Jun.2013. Tips tersebut saya petik (dengan sedikit pengubahsuaian) untuk dikongsikan di sini. Moga ia dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. 

Tips tersebut ialah: 

1. Bawa mekanik sendiri.

Sememangnya penjual akan sentiasa mendakwa kereta mereka berada dalam keadaan yang baik. Namun, cuba usahakan untuk membawa mekanik yang boleh dipercayai untuk memeriksa keadaan kereta tersebut secara teknikal. Alangkah bagusnya jikalau mekanik tersebut terdiri daripada sanak saudara atau sahabat handai kita. 

2. Kemalangan.

Jangan beli kereta yang pernah mengalami kemalangan yang teruk. Biasanya kenderaan yang penah rosak teruk akan djual dengan harga yang agak murah. 

3. Tahun pembuatan.

Anda dinasihatkan agar tidak membeli kenderaan yang sudah terlalu lama dan berusia melebihi 10 hingga 15 tahun. Tetapi jikalau anda meminati jenis kenderaan berkenaan , pastikan ia berada dalam keadaan yang baik. 


4. Pandu uji.

Pastikan anda memandu uji kenderaan terpakai yang ingin dibeli. Ini bagi memastikan fungsinya ketika bergerak di atas jalan raya. 

5. Dokumen 

Bawa kereta berkenaan ke cawangan Puspakom yang berdekatan untuk memastikan kenderaan berkenaan bukanlah kereta potong selain padanan nombor casis dan nombor enjin tidak bercanggah. 



INFO TAMBAHAN: 

Selain itu, untuk menjadi pembeli dan pengguna yang bijak dan tidak menyesal ketika membeli kereta terpakai, info ini perlulah dibaca dan difahami, lihat --> SINI.