Thursday, March 31, 2016

Selamatkan Pantai Senok.


Pantai Senok yang terletak di Tawang, Bachok Kelantan merupakan 'antara lokasi pelancongan yang popular di Kelantan. Ia mula dikenali dan dikagumi. Betapa ramainya yang berkunjung ke pantai ini, hingga ia menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di kawasan sekitar pantai tersebut. Inilah kehebatan media sosial, atau lebih tepat lagi kuasa viral. Facebook dan Instagram sangat berperanan dalam ‘menjual’ dan ‘menjaja’ keindahan Pantai Senok. 


Sebenarnya sebelum ini, iaitu sejak beberapa tahun yang lepas, Pantai Senok telah menjadi lokasi utama untuk sesi fotografi perkahwinan. Jika berkunjung pada hari minggu, terutamanya ketika musim persekolahan, puluhan pasangan pengantin baru akan memenuhi pantai ini untuk sesi fotografi sebgai kenangan sepanjang hayat. 

Namun, pada waktu itu ia belum lagi diviralkan di media sosial, dan hanya menjadi tumpuan para jurufoto dan pasangan pengantin. Selain deretan pokok ru di sepanjang pantai, pengunjung juga dapat menikmati keindahan laut yang membiru. 



Pulau Nami Malaysia, itulah jolokan yang diberi. Sebenarnya jolokan tersebut telah tersebar di laman sosial. Ia dianggap sebagai Pulau Nami Malaysia kerana ramai pengunjung yang memuat naik gambar keindahan deretan pokok ru di Pantai Senok yang tidak ubah seperti di Pulau Nami, Korea Selatan. 



Tapi ,sayang seribu kali sayang. Keindahan yang terhidang di Pantai Senok dinodai oleh sampah sarap. Segelintir engunjung yang bertandang ke sana ketandusan kesedaran sivik dan  seringkali bertindak membuang beg plastik, botol minuman dan segala macam sampah di merata-rata tempat. 

Tong sampah yang disediakan langsung tidak mengamit minat segelintir pengunjung untuk membuang sampah. Ia terbiar dan tidak diperduli, malah membuang sampah merata-ratalah yang menjadi pilihan, malah mungkin ia satu keseronakan. 



Syukur kepada Allah kerana terdapat juga pihak yang mencintai kebersihan dan menghargai keindahan serta memusuhi sampah dan kekotoran. Selain Majlis Daerah Bachok dan orang-orang persendirian, terdapat juga sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Perantau Bachok. 

Pertubuhan ini menyatupadukan seluruh warga Bachok yang berada di perantauan. Mereka telah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memelihara keindahan Pantai Senok. Antaranya alah dengan menambahkan jumlah tong sampah dan dengan mengadakan kempen kesedaran sebagaimana gambar-gambar yang saya paparkan dalam entry ini. 

Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan untuk memelihara keindahan Pantai Senok ini diberkati Allah. Moga-moga ia mampu menyuntik keinsafan dan kesedaran di hati para pengunjung. Harap-harap selepas ini, tiada lagi lambakan sampah yang dibuang rata –riti sekuka hati. 

Kredit Gambar : Perantau Bachok.


Tajuk Lain Yang Berkaitan :  Pantai Senok Pulau Nami Malaysia

Wednesday, March 30, 2016

Antara wang hantaran RM15 ribu dan dosa jariah.


Dosa jariah adalah dosa yang berterusan dan berpanjangan diterima oleh pelakunya. Walaupun sesudah meninggal dunia dan jasad sudah hancur lebur di dalam liang lahad, dosa itu tetap diterima oleh si pelaku. 

Antara puncanya ialah meviralkan sesuatu berita yang berunsur fitnah, tidak tepat dan mengaibkan seseorang. 

Maknanya selagi mana cerita atau berita tersebut tersebar dan berkembang subur, maka selagi itulah dosa tersebut mengalir menuju si pelakunya. 



Sekarang ni ramai yang ghairah meviralkan kisah pengantin perempuan dan wang hantaran.Kita sepatutnya mengambil pengajaran atau iktibar daripada peristiwa tersebut dan bukannya merakam dan menyebarkan video perbalahan. 

Ia mengundang aib dan seterusnya memalukan individu-individu yang terlibat Bayangkanlah,dalam usia semuda itu, 21 tahun seantero dunia telah menyaksikan keaibannya. 

Mungkin hingga tujuh keturunan dia dan keluarganya terpaksa menanggung aib gara-gara perbuatan pemilik tangan-tangan gatal yang ghairah tak bertempat. Ghairah dan bernafsu ingin menyebarkan sesuatu berita demi meraih komen, likes dan share. 

Ingatlah, hari ini keaiban orang terdedah, tapi mungkin esok dan lusa aib kita pula yang terhidang dan terbentang. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan: Pesanan Ustaz Don kepada pengguna WhatsApp

Tuesday, March 29, 2016

Kisah hidup dan perjuangan Tuan Guru Nik Aziz wajar diangkat ke layar perak.


Amat wajar seandainya kisah hidup dan perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz diangkat ke layar perak. Syabas dan tahniah kepada Aziz M. Osman. 



Di Indonesia, beberapa kisah hidup dan perjuangan ulamanya telah sekian lama diangkat ke layar perak. 

Filem Sang Murabbi contohnya adalah tentang kisah hidup dan perjuangan tokoh dakwah terkenal Almarhum KH Rahmat Abdullah, yang kemudiannya turut mengasaskan Partai Keadilan Sejahtera. 

Sang Pencerah pula adalah filem untuk mengenang perjuangan Almarhum KH Ahmad Dahlan, seorang ulama terbilang yang mengasaskan Muhammadiyah. 

Sang Kia pula sebuah filem tentang kisah hidup dan perjuangan pengasas Nahdtatul Ulama, Almarhum KH Hasyim Asyari. 

Malah, di Barat kisah hidup dan perjuangan Malcolm X, seorang pejuang kulit hitam turut diangkat ke layar perak. Filem ini di arahkan oleh Spike Lee dan watak Malcolm X pula dilakonkan oleh Denzel Washington. 

Sekali lagi syabas dan tahniah kepada Aziz M. Osman di atas keinginan dan keberanian serta kesungguhannya ini. Semoga hasrat murninya ini diberkati Allah S.W.T

Wednesday, March 23, 2016

Bajrangi Bhaijaan filem hebat yang mengusik emosi dan menyentuh sanubari


Sebelum melanjutkan bicara, ingin saya tegaskan entry ini bukanlah bermatlamat untuk membuat review terhadap filem Bajrangi Bhaijaan. Ia sekadar entry biasa-biasa untuk menyatakan pandangan saya.Tidak lebih dari itu. Jadi entry ini tidak akan ditulis dalam format review. 

Bajrangi Bhaijaan! 

Mungkin dalam kalangan peminat filem Bollywood di Malaysia, filem ini kurang dikenali berbanding filem Dilwale. 


Di laman sosial, terutamanya facebook, agak ramai kenalan saya yang mengistiharkan kegigihannya ke pawagam untuk menonton filem Dilwale. Bukan sekali dua, malah ada yang berkali-kali menonton filem tersebut tanpa bosan dan jemu. 

Dilwale sememangnya sebuah filem yang dinanti-nantikan oleh peminat Bollywood, termasuklah di Malaysia.Mereka amat merindui gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol . Agak ramai juga yang meramalkan filem Dilwale mampu mengulang kembali sejarah Dilwale Dulhania Le Jayange yang disiarkan pada tahun 1995. 

Umum mengetahui Dilwale Dulhania Le Jayange telah mencipta sejarah tersendiri apabila ia menjadi filem paling lama ditayangkan di pawagam di India. 

Namun, nasib Dilwale tidaklah sebaik nasib Dilwale Dulhania Le Jayange. Selain gagal mengulangi kejayaan filem Dilwale Dulhania Le Jayange, ia juga mendapat kritikan daripada ramai pengkritik filem di India. 

Malah, sesetengah pengkritik filem mengatakan filem Dilwale tidak mempunyai sebarang keistimewaan yang benar-benar dapat memberi kepuasan kepada penonton, dan menyifatkan ia sekadar menyandarkan populariti Shah Rukh Khan dan Kajol sebagai pelaris. 



Lupakan seketika perihal Dilwale, Shah Rukh Khan dan Kajol, sebab entry ini adalah untuk bercerita tentang sebuah filem Hindi yang cukup hebat, iaitu filem Bajrangi Bhaijaan. Filem yang menampilkan Salman Khan dan Harshaali Malhotra serta Kareena Kapoor dan Nawazuddin Siddiqui ini amat menyentuh hati dan mengusik sanubari. Jujur dan ikhlas, mata saya seringkali berkaca tanpa sedar tatkala menonton filem ini. 

Filem ini mengandungi seribu erti dan sejuta makna. Erti keinsanan dan makna kemanusiaan. Erti kasih dan makna sayang. Erti pengorbanan dan makna ketabahan. 

Filem ini memaparkan pengorbanan Pawan(Salman Khan) seorang lelaki India yang beragama Hindu yang membantu Shahida(Harshaali Malhotra) seorang anak kecil yang beragama islam kembali ke pangkuan keluarganya di Pakistan. Disebabkan Shahida tidak dapat bertutur/bisu maka, Pawan yang tidak mengetahui nama asalnya telah memanggilnya sebagai Munni. 

Untuk mengembalikan Shahida/Munni ke pangkuan keluarganya tidak sesenang yang diduga dan tidak juga semudah yang dijangka. Lautan cabaran terpaksa direnangi dan dihadapi oleh Pawan dengan ketabahan. Jujur, ia sungguh mengusik sanubari. 

Selain memaparkan persoalan kasih sayang dan pengorbanan tanpa mengira negara, kasta dan agama. Filem ini juga memaparkan isu-isu yang amat segar dan bugar. Paling ketara ialah tentang konflik antara India dan Pakistan. Umum mengetahui India dan Pakistan mempunyai sejarah yang tersendiri. Sejarah yang panjang dan sarat dengan persengketaan. Pakistan pada suatu ketika dahulu adalah sebahagian daripada India, namun akhirnya memisahkan diri dari India pada tahun 1947. Konsepnya mudah sahaja, Pakistan adalah negara di bawah pentadbiran umat Islam, dan India pula adalah negara yang dikuasai penganut Hindu. 

Perseteruan antara Pakistan dan India seringkali terjadi kerana beberapa faktor, antaranya ialah kerana pertikaian terhadap wilayah Kashmir. India dan Pakistan saling berkonfrontasi untuk me¬rebut kawasan di wilayah Kashmir sehingga menyebabkan mereka terjebak dalam tiga peperangan iaitu pada 1947, 1965, dan 1971. Peperangan pertama berlaku pada 1947 sehingga 1948, diikuti perang kedua dari Ogos hingga September 1965. 

Malah pada tahun 1971, India sekali lagi berperang dengan Pakistan kerana sikap dan pendirian India yang menyokong dan membantu pemisahan Pakistan Timur dari Pakistan Barat yang akhirnya melahirkan negara baru yang kini dikenali sebagai Bangladesh(Pakistan Timur). 

Ketiga-tiga peperangan meragut beribu-ribu nyawa penduduk awam, dan peperangan berakhir selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan penguatkuasaan gencatan senjata. India dan Pakistan juga hampir berperang buat kali keempat pada 2002 apabila kerajaan kedua-dua negara bertindak mengerahkan sejuta tentera lengkap bersenjata ke perbatasan kedua-dua kuasa nuklear itu, berhampiran wilayah Kashmir, namun berjaya dihalang pihak antarabangsa diketuai Amerika Syarikat (AS). 

Selain itu, filem ini juga menjadikan India sebagai lokasi pengambaranya, terutamanya wilayah wilayah Jammu Kashmir. Kashmir terkenal dengan gelaran 'Paradise On The Earth'. Gelaran yang tentu sahaja membawa seribu erti dan sejuta makna. Tentu sahaja erti indah dan makna menawan. 

Secara peribadi, saya pernah berkunjung ke sana beberapa tahun yang lepas. Entry khas tentang Khashmir pernah saya tulis dalam entry yang lepas, klik --> SINI 

Jujur! secara peribadi juga, saya anggap Kashmir adalah wilayah yang paling istimewa di India. Istimewa kerana keindahan alam semulajadinya. Istimewa juga kerana warisan atau tinggalan sejarah dan paling istimewa ialah, kerana 95 peratus warganya adalah beragama islam. Kashmir juga jauh lebih bersih berbanding wilayah-wilayah lain di India. 

Kepada sesiapa yang belum menonton file mini, carilah ruang dan peluang untuk menontonnya. Mungkin tanpa disangka dan tanpa diduga air mata anda akan mengalir dan membasahi pipi.

Sunday, March 6, 2016

HADIS PALSU DAN DAIF POPULAR DALAM MASYARAKAT MELAYU


Sesetengah pihak menolak hadis secara mutlak. Bagi mereka hadis hanyalah rekaan semata-mata. Bagi mereka, hadis itu tiada nilai dan tiada mankna. Fahaman sebegini jelas menyeleweng dan amat berbahaya. 

Sesetengah pihak pula menerima apa sahaja yang didakwa sebagai hadis. Tanpa menyelidik dan tanpa mengkaji,mereka menerima secara membuta tuli. Apa sahaja yang didiakwa sebagai hadis, akan mereka telan dan hadam dengan begitu berselera. Pegangan sebegini juga berbahaya. 

Apa sikap dan pendirian kita? 

Umat islam perlu berpegang dengan pendekatan Wasatiyyah, iaitu kesederhanaan, keseimbangan dan tidak melampau. Kita wajib menolak sekeras-kerasnya fahaman anti-hadis, namun dalam masa yang sama kita perlu cermat dan hati-hati dalam menerima sesuatu yang didakwa sebagai hadis. 

Buku Hadis Palsu dan Daif Popular Dalam Masyarakat Melayu adalah buku mampu milik yang perlu dimiliki oleh setiap individu Muslim. Buku ini adalah sebuah usaha murni untuk menyelongkar dan membongkar hadis-hadis palsu dan daif yang telah berakar umbi dalam kalangan masyarakat Melayu sejak sekian lama. Ia ditulis oleh Dr.Rozaimi Ramle, seorang ilmuan hadis di Malaysia yang kini berkhidmat sebagai seorang Pesnyarah di Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI), dan juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. 

  •  Judul Buku : HADIS-HADIS PALSU YANG POPULAR DALAM MASYARAKAT
  •  Harga :RM19.00 ( + RM7.00 Pos/Penghantaran) 

 Berminat dengan buku ini, Sila WhatApps saya, 019-5776730 

Dapatkan buku-buku yang bermutu dengan harga yang murah, sila klik ---> SINI

Tuesday, March 1, 2016

Iktibar dan pengajaran untuk calon SPM dan STPM.


Gagal sekali bukanlah bererti gagal untuk selamanya. 
Mungkin kita ditakdirkan berkayuh dahulu sebelum melaju. 
Intailah ruang dan carilah peluang. 

Jangan jadi kecundang. 
Aturlah jejak dan susunlah langkah. 
Kerana kita berhak untuk berjaya. 
Kerana kita berhak untuk bahagia. 


Jangan jadi kecundang. 
Jadikanlah kegagalan lepas
Sebagai titi dan tongkat. 

Titi untuk melintas. 
Tongkat untuk berdiri. 
Melintas menuju kejayaan 
Berdiri melakar masa hadapan

Berminat dengan buku-buku akademik dan buku pembangunan jiwa dan minda, langsung sahaja ke--->: SINI