Wednesday, May 25, 2016

Cara qada puasa andainya terlupa bilangan hari yang ditinggalkan.


Sebelum Ramadhan memulakan episodnya, eloklah kita saling ingat mengingatkan dan pesan berpesan. Untuk entry ini sebenanrya saya memetik jawapan yang dikemukakan oleh Ustaz Haslin Baharin atau dikenali juga sebagai Ustaz Bollywood dalam ruangan An-Nur Akhbar Metro Ahad bertarikh 15 November 2015. Saya paparkan di sini untuk panduan dan rujukan bersama.

Puasa Ramadhan yang ditinggalkan wajib diganti atau diqada. Manakala bagi golongan yang uzur dan tiada harapan untuk sembuh, hanya perlu membayar fidyah. Apa yang penting puasa yang ditinggalkan perlulah diganti dengan segera agar tiada pertambahan bayaran fidyah.

Bagi yang meningantikannya tanpa sebab yang syarie hendaklah bertaubat kepada Allah S.W.T kerana meremehkan dan melambat-lambatkan urusan mengantikan puasa, disamping mengantikan fidyah setiap hari yang ditinggalkan. 

Bilangan hari yang ditinggalkan hendaklah dibilang secara pasti dengan mengambil bilangan yang yakin. Contohnya jika ragu-ragu antara 10 atau 11 hari yang tertinggal, maka hendaklah mengantikan puasa sebanyak 11 hari. 

Info Tambahan: 

Siapakah yang perlu bayar fidyah, langsung sahaja ke --> Majlis Agama Islam Negeri Johor

Kisah-kisah tidak sahih di meja penceramah




Diet! Ramai yang salah faham tentang diet. Ramai juga yang memahami dan melaksanakannya dalam ruang lingkup dan terhad dan terbatas. Sebenarnya diet tidak hanya ketika menjamah makanan, tetapi ia juga perlu diamalkan ketika menjamah ilmu, baik kuliah mahupun ceramah dan pembacaan. 

Amat tidak wajar andainya kita terus menelan segala info yang kita perolehi secara senang dan tenang tanpa selidik dan kaji. Buku ini amat penting dan sangat bermakna untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh para pencinta kebenaran. Jadikan ia sebagai panduan untuk berdiet dalam proses penerima ilmu. 

Bagaimana ingin membelinya. 

1. Boleh sahaja WhatsApps nombor di atas (019-5776730) 

2. Boleh juga membuat pembelian sendiri dengan mengunjungi link ini, ---->: KLIK SINI 

Kemudian bolehlah membuat pencarian berdasarkan nama penulis, iaitu dengan mencari nama Dzul khairi Mohd Noor.  

Sila  lihat gambar di bawah. 








Atau boleh juga membuat pencarian berdasarkan Supplier/Publisher, iaitu dengan mencari syarikat Kemilau Publika Sdn Bhd

Lihat gambar di bawah.











Namun, jika anda tidak ingin bersusah payah, boleh sahaja WhatsApps saya dan biar saya uruskan pembelian untuk anda.

Tuesday, May 24, 2016

Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang diiktiraf sebagai tapak tamadun tertua di Asia Tenggara.


Seantero rakyat Malaysia terutamanya warga Kedah berhak berbangga apabila Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang telah diiktiraf dan diistiharkan secara rasmi sebagai tapak tamadun terawal dan tertua di Asia Tenggara. Untuk pengetahuan, Kompleks tersebut merupakan sebahagian daripada Tamadun Kedah Tua. 

Sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo bertarikh 24.Mei.2016, acara bersejarah itu diabadikan melalui penyerahan plak pengistiharan oleh pakar arkelogi daripada Universiti Oxford, Profesor Stephen Oppenheimer kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Mokhtar Saidin. 


Jom dapatkan buku ilmiah dalam pelbagai lapangan termaksuklah sejarah, agama, politik 
dan sebagainya di--->: SINI

 
Muka Hadapan Kosmo 25 Mei 2016

Pengiktirafan tersebut juga diperakui oleh lima pakar arkeologi yang mewakili lima tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rom dengan menandatangi plak tersebut. Kajian para pakar mengesahkan Tapak Arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang berusia lebih 2000 tahun, dan ia jauh lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Candi Borobudur di Indonesia. Angkor Wat dibina pada kurun ke-12, berusia 900 tahun manakala Candi Borobudur pula dibina pada kurun ke-9, berusia 1200 tahun. Menurut Profesor Datuk Dr. Mokhtar Saidin, pengistiharan tersebut akan membantu melancarkan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO) ke arah menjadikan Kompleks Sejarah Sungai Batu sebagai Tapak Warisan Dunia. 

Info Tambahan:

Fakta sejarah perlu diubah apabila bukti dapat ditegakkan. Pengistiharan ini tentu sahaja akan merubah fakta sejarah yang dipegang selama ini. Sebelum ini Kerajaan Funan yang kini terletak di Vietnam dianggap sebagai dianggap sebagai Kerajaan Tertua di Asia Tenggara. Malah Kementerian Pendidikan Malaysia juga menerima pakai fakta tersebut sebagai mana yang dicatat di dalam buku teks sejarah tingkatan satu. 

Namun, hasil penyelidikan para pakar hari ini mendapati Kerajaan Kedah Tua adalah kerajaan tertua dan terawal di Asia Tenggara. Kedah Tua yang tersohor dengan Hikayat Merong Mahawangsa turut terkenal dengan Candi Lembah Bujang dan Gunung Jerai. 

Jikalau Gunung Jerai berfungsi sebagai panduan para pedagang, candi pula berfungsi sebagai rumah ibadat penganut agama Hindu dan Budha. Ada perbezaan antara candi milik penganut agama Hindu dengan Budha sebagaimana . Menurut Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Zuliskandar Ramli sebagaimana yang dilaporkan menerusi akhbar Berita Harian bertarikh 24.Mei.2016, untuk membezakannya ialah antaranya dengan melihat kedudukan pintu utama. Candi Hindu biasanya terletak di bahagian timur, dan candi Budha pula selalunya mempunyai stupa dan pintunya terletak di bahagian utara. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan :

Friday, May 20, 2016

10 MERCU TANDA DUNIA.


Kagum dan teruja, perasaan sebegitu tentu sahaja menerjah ke dalah hati sebaik sahaja terpandang merdu tanda terhebat di dunia ini. Ia memang memiliki keunikkan tersendiri , terutamanya senibina yang hebat. Secara peribadi saya pernah berkunjung ke Taj Mahal dan Angkor Wat yang juga tersenraia sebagai merdu tanda dunia, jujur dan ikhlas saya begitu kagum dan teruja dengan kehebatan senibinanya. 

Namun, sebagai seorang Muslim, tentu sahaja ia tidak pernah dan tidak akan menyamai kekaguman dan keterujaan saat pertama kali memandang Kaabah ketika menunaikan umrah beberapa tahun yang lepas. 

Untuk entry ini, saya paparkan 10 mercu tanda menarik dan menakjubkan yang terdapat dunia yang saya petik dari akhbar Sinar Harian bertarikh 8 September 2016 dengan sedikit ubah suai. 


Berminat dengan buku-buku yang ilmiah dan berkualiti. 
Dapatkan dengan harga yang murah, langsung sahaja ke --> SINI
 

10 MERCU TANDA DUNIA. 

1. Angkor Wat.

  • Lokasi: Siem Reap, Kemboja 
  • Ia dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12 dan pembinaannya memakan masa selama 30 tahun. 



2. Machu Picchu. Lokasi : Machu Piccu, Peru. 

  • Ia berada di atas Lembah Urubamba di Peru, sekitar 70 km ke barat laut Cusco. 
  • Machu Picchu merupakan symbol kerajaan Inka yang paling terkenal. Ia dibangunkan sekitar tahun 1450, tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika bangsa Sepanyol berjaya menakluki Kerajaan Inka.

3. Taj Mahal.
  • Lokasi : Agra, India. 
  • Terletak di tebing sungai jumna, taj mahal merupakan makam yang dibina oleh maharaja shah jahan sebagai monumen peringatan untuk mumtaz mahal. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap pada tahun 1648.

4. Masjid Besar Sheikh Zayed.

  • Lokasi : Abu Dhabi, UAE. 
  • Telah dibuka secara crasmi pada bulan Ramadan 2007. Ia juga dipanggil masjid aging oleh penduduk tempatan. Is juga tersenarai antara masjid tercantik dan kelima terbesar di dunia. 

5. Basilica Of The Sagrada Familia. 

  •  Lokasi : Barcelona, Sepanyol.
  • Senibinanya unik ini mula cdibina pada tahun 1884 dan pembinaannya masih berterusan hingga kechari ini. Ia menjadi tarikan pelancong ke Barcelona. 


6. Alcatraz.

  • Lokasi : San Francisco, California. 
  • Pulau Alcatraz terletak di teluk San Francisco. Pulau ini seringkali dirujuk sebagai "The Rock" pernah menjadi rumah API, kubu tentera dan penjara. Kini  ia dibuka kepada orang awam


.

7. Jambatan Golden Gate.

  •  Lokasi: San Francisco. 
  • Ia menjadi jambatan gantung terpanjang dicdunia Semasa ia siap dibina pada tahun 1937. Ia menjadi simbol kebanggaan di San Francisco dan California.



8. Menara Eiffel. 

  • Lokasi : Paris, perancis. 
  • Dibina diatas champ de Mars bersebelahan Sungai Seine dan dinamakan sempena nama perancangnya, Gustave Eiffel. 
  •  Menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia, iaitu lebih 200 juta orang sejak ia dibuka pada 1889. 



9. Muzium Hagia Sophia.

  • Lokasi: Istanbul, Turki. 
  • Bangunan ini dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik dicdunia.
  • Pada mulanya , hagia Sophia dibina sebagai sebuah katedral bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi kemudian diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1453. 
  • Kerajaan republik turki telah menjadikannya sebagai muzium cbermula tahun 1935. 

10. Chicen Itza. 

  • Lokasi : Yucatan, Mexico. 
  • Ia merupakan sebuah bandar yang dibina oleh tamadun Maya pada era pra Colombia.
  •  Ia diistiharkan sebagai ctapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1988.

Thursday, May 12, 2016

Kenali saintis wanita islam yang hebat dan berpengaruh.


Saya pernah terbaca pandangan sekelompok golongan ortodoks yang mengharamkan anak-anak gadis bersekolah dengan alasan kelak nanti mereka akan pandai membaca dan menulis lalu mereka akan menulis surat cinta kepada lelaki dan akhirnya menjerumus ke lembah penzinaan. 

Dahulu peranan wanita islam kepada masyarakat dan negara agak terhad dan terbatas. Tempat mereka hanyalah di rumah dan tugas mereka hanyalah memasak dan melayan suami dan menjaga anak-anak sahaja. Malah ruang dan peluang untuk mereka memperolehi pendidikan yang sempurna juga diragut oleh sistem kepercayaan pada masa itu. 

Zaman itu telah berlalu dan hari ini ramai wanita yang berjaya memperolehi pendidikan yang sempurna. Malah jika ditinjau di mana-mana Institusi pengajian tempatan, ternyata bilangan mahasisiwi jauh lebih ramai berbanding jumlah mahasiswa. Begitu juga dalam pelbagai bidang kerjaya. Hari ini sudah ramai kaum wanita yang berjaya menjawat jawatan tinggi dan professional. 

Saintis Wanita Islam, mungkin ramai antara kita yang terlepas pandang atau tidak ambil peduli mengenai sumbangan mereka. Tahukah anda, pada tahun 2014, Muslim-Science.com telah menyenaraikan 20 Saintis Wanita Islam Paling Berpengaruh dalam bidang sains dunia islam. Mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing. 

Paling membanggakan ialah apabila dua wanita Malaysia turut tersenarai dalam kalangan 20 saintis tersebut. 

Inginkan buku-buku hebat dengan 
harga yang murah, jom klik -->SINI 


Berikut adalah saintis- saintis wanita islam yang cemerlang dan terbilang serta berpengaruh yang disenaraikan oleh Muslim-Science.com, sebagaimana yang dipaparkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 19.Mac.2014. 


1. Prof Datin Paduka Dr Khatijah Yusoff ( Malaysia)

Beliau merupakan Dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Univiversiti Putra Malaysia (UPM). Beliau telah membabitkan diri dalam kerja penyelidikan sejak hampir tiga dekad sebagai saintis. 

Beliau telah banyak melakukan kajian dan antara yang memberi kesan ialah genetic mikrob hinggalah biologi molekul berkaitan virus penyakit Newcastle(NDV) dan paramiksovirus lain menjurus kepada vaksin anti-kanser. 


2. Prof Dr Adeeba Kamarulzaman (Malaysia)

Beliau merupakan seorang saintis di Jabatan Perubatan, Universiti Malaya. Beliau mendalami kepakaran dunia perubatan khususnya bidang penyakit berjangkit seperti HIV/Aids.

Dr Adeeba dikatakan mula mendalami kepakaran dalam bidang penyakit berjangkit khususnya HIV ketika bertugas di Fairfield Infectious Diseases Hospital, Melbourne, Australia pada tahun 1996. 


3.  Prof. Dr Ilham Al Qaradawi. (Qatar) 

Pakar fizik ini adalah puteri sulung Ulama terkenal ,Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi. Ilham, meraih ‘first class’ di Universiti Qatar. Dengan kelayakannya yang tinggi, pemerintah Qatar menaja hingga dia menggapai ijazah kedoktoran dalam bidang Fizik, pengkhususan Nuklear di Universiti London. 




4. Dr Hina Chaudhary (Amerika Syarikat)

Beliau merupakan seorang pakar jantung dan pernah mendapat jolokan The Cardiac Magician. Terkini beliau menjalankan kajian ke atas haiwan mengenai bagaimana gen,cyclin A2 membantu sel otot jantung. Pengarah Kardiovaskular Perubatan Penjanaan Semula di Sekolah Perubatan Icahn di Mount, New York ini menjalankan kajian itu sejak dua dekad lalu menerusi idea yang diperolehi daripada rakan penyelidikan sendiri. 

5. Dr Maryam Matar. ( Emiriah Arab Bersatu)

Perjuangannya ialah terhadap gangguan genetik yang berleluasa di Emiriah Arab Bersatu(UAE). 

Pengasas Persatuan Penyakit Genatik UAE ini, dalam reaksinya tersenarai antara 20 saintis berpengaruh berkata, ia tidak mungkin dapat dicapai tanpa kerja berpasukan, selain kepercayaan dan sokongan daripada pemimpin negara itu. 

6. Dr Rabia Hussain (Pakistan) 

Beliau merupakan pemegang kedoktoran dalam Bakteriologi dan Imunologi dari Universiti of Western Ontario dan Patologi Royal Collage, United Kingdom. Beliau banyak melakukan penyeliidkan dalam struktur genetik dan alahan. Tumpuan kajian beliau menjurus kepada peraturan dan pemahaman asas imun iaitu perhubungan antara penyakit berjangkit. Beliau juga banyak memenangi anugerah dalam lapangan kerjaya. 

Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 60-an di Pakistan sebelum berkhidmat di Kanada dan bekerja di Amerika Syarikat. Pada tahun 1985, beliau kembali berkhidmat di Karachi, Pakistan dengan menyertai Universiti Aga khan dan menubuhkan State of Art Immunology Research. Di sini tumpuannya beralih kepada penyakit kusta dan batuk kering. 

7. Dr Rim Turkmani (Britain)

Beliau yang juga pakar Astrofizik dan bekerja dengan kumpulan Astrofizik di Kolej Impreal, London ini menjalankan projek penyelidikan dalam bidang fizik nyalaan suria. Beliau banyak kali diundang sebagai tetamu untuk bercakap mengenai kepakarannya dalam persidangan antarabangsa. 

Terdahulu beliau adalah Fellow Penyelidik Royal Society dan Fellow Asasi Sains Teknologi dan Tamadun (FSTC). Selain memperolehi ijazah dan kedoktoran dalam bidang Theoretical Astrofizik dari Universiti Damsyik. 

8. Ghada Amer. (Mesir) 

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Yayasan Sains dan Teknologi Arab(ASTF) dan bergelar Profesor berkaitan kejuruteraan Elektrik di High Institute Of Technology, Benha University. Beliau adalah penerima pelbagai anugerah kecemerlangan dalam bidang sains. Beliau telah melakukan pelbagai penyelidikan termasuklah mengenai sistem perlindungan, sistem kuasa, kejuruteraan voltan tinggi, kesan penghantaran voltan tinggi dan jurutera bio perubatan. 

Selain daripada lapan orang saintis wanita islam ini, terdapat tiga belas orang lagi saintis wanita islam lain yang turut tersenarai sebagai saintis wanita yang berpengaruh. Apapun kita perlu berbangga dengan kejayaan yang mereka raih dan semoga mereka semua terus menyumbang bakti kepada dunia.

Wednesday, May 11, 2016

Nahas udara yang melibatkan orang kenamaan di Malaysia.


Mati itu pasti. Bilakah masanya Di manakah lokasinya serta Bagaimanakah caranya Itu sebuah teka teki yang tidak mampu dijawab. Pada hari khamis yang lepas, iaitu 06.Mei.2015, negara dikejutkan dengan tragedi malang yang meragut nyawa beberapa orang tokoh kenamaan negara. 

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Allahyarham Datin Noriah Kasnon adalah antara enam orang yang berada dalam helikopter jenis AS350 Eurocopter yang terhempas ketika dalam perjalanan ke Kuching dari Betong. Selain Allahyarham, mangsa nahas yang lain ialah suaminya Tuan Asmuni Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr. Sundram Annamalai dan Kapten Rudolf Rex Ragas dan seorang pengawal Peribadi, Ahmad Sobri Harun. Sesungguhnya ematian mereka adalah satu kehilangan kepada negara. 


Namun, peristiwa malang yang berlaku pada hari khamis lepas bukanlah episod pertama dalam sejarah penerbangan negara. Sebelum ini telah berlaku beberapa nahas yang meragut orang atau tokoh kenamaan. Tragedi hitam tersebut perlulah diambil iktibar dan bukan hanya untuk bernostagia. 

Berikut adalah beberapa nahas udara yang melibatkan tokoh kenamaan, terutamanya pemimpin negara. Entry ini adalah bersumberkan rencana atau tulisan dari akhbar Mingguan Malaysia yang bertarikh 08.Mei.2015 dengan sedikit ubah suai tetapi masih tetap mengekalkan maksud. Manakala sesetengah gambar di dalam entry ini pula saya ambil daripada beberapa blog dan laman sesawang. Jutaan maaf saya mohon sebab saya terlupa link-link laman sesawang dan blog tersebut. 



1. 06 Jun 1976( antara tokoh yang terkorban ialah Allahyarham Tun Fuad Stephens) 

Seramai 11 orang terbunuh apabila sebuh pesawat Nomad milik Sabah Air terhempas dua kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. 

Antara yang terkorban adalah Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tuan Fuad Stephens bersama menteri Kabinetnya, Datuk Peter Mojuntin, dan Datuk Salleh Sulong. Pesawat dari Labuan itu dikatakan cuba mendarat sementara beberapa orang saksi mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat sebelum pesawat itu terjatuh. Serpihan pesawat ditemui di kawasan perairan cetek di Sembulan. 

 2. 10 Januari 1982 ( antara tokoh yang terlibat ialah Tun Mohd. Ghazali Shafie) 

Sebuah pesawat jenis Cessna 206 yang membawa Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Mohd. Ghazali Shafie telah terhempas berhampiran kampung Som Som Hilir berhampiran Kampung Janda Baik. Kejadian berlaku ketika Mohd Ghazali serta dua ahli kelab Penerbangan Diraja Selangor dalam penerbangan ke Kuala Lipis. 

Mohd Ghazali yang memandu pesawat tersebut bagaimanapun terselamat setelah terjatuh di atas pokok buluh, manakala pembantu juruterbang dan pengawal peribadi beliau ditemui terbunuh dalam bangkai pesawat. 



  • 18. Disember 1989 

Seramai 16 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbunuh selepas sebuah helikopter jenis Nuri terhempas di muara tebing Sungai Lundu, kira-kira 60 kilometer dari Kuching Sarawak. Antara yang terbunuh adalah dua pegawai berpangkat Jeneral iaitu Mejar Jeneral Datuk Mustaffa dan Brigadier Jeneral Datuk Hasbullah Yussoff. Helikopter tersebut dipercayai terhempas akibat cuaca buruk berserta hujan lebat dan angin kencang.

  • 3 Mac 1997(antara tokoh yang terkorban ialah Tan Sri Yahaya Ahmad) 

Sebuah helikopter Augusta A 109E Power yang membawa Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-HICOM Group ketika itu, Tan Sri Yahaya Ahmad telah terhempas di Pahang pada pukul 11.15 malam 

Isteri beliau, Puan Rohana Othman dan juruterbang helikopter yang dalam perjalanan dari Segambut , Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu turut terbunuh. Helikopter tersebut dikatakan meletup sebelum terhempas di Kampung Atong, Jeransang , Benta sekitar 44 kilometer dari Kuala Lipis. 



  • 13 Julai 2007. 

Sebuah helikopter Nuri dilaporkan hilang selepas 10 minit berlepas bersama enam anggota tentera. Bangkai helikopter tersebut ditemui di dalam lebah hutan tebal kira-kira lima kilometer dari Genting Sempah atau tiga kilometer dari pintu terowong Genting Sempah pada 17 Julai 2007. 

Kesemua anggota tentera di dalam helikopter tersebutdipercayai terbunuh pada hari nahas berlaku berdasarkan keadaan mayat mereka ketika ditemui pasukan mencari dan menyelamat. 

Mereka yang terbunuh adalah juruterbang, Kapten Nor Azlan Termuzi (29 tahun), Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof (27 tahun), Sarjan Khusnizaim Ariffin (34 tahun), Sarjan Mohd Azmie Md Yassin (35 tahun), Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias (28 tahun), dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad (27 tahun) 

  •  4 April 2015 (antara tokoh yang terkorban ialah Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis)

Nahas yang berlaku di Semenyih Selangor ini telah mengorbankan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis. Selain Allahyarham, turut terbunuh ialah Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias dan empat orang yang lain di dalam helikopter jenis AS365N2 Dauphin tersebut. 


Sebagai warga Malaysia, tanpa mengira agama, bangsa dan idealogi politik marilah kita mendoakan agar tragedi hitam ini hanya tinggal sejarah dan tidak berulang lagi. 

Cukuplah dengan nahas-nahas udara yang telah tercatat dalam sejarah negara. Biarlah tragedi yang menimpa Allahyarham Datin Noriah Kasnon pada hari khamis yang lalu menjadi episod terakhir tragedi udara di negara kita.

Monday, May 9, 2016

AEON Mall Kota Bharu dan memori yang usang.

Kredit buat Kembara Minda untuk gambar ini

AEON Mall Kota Bharu yang bernilai RM300 juta merupakan kompleks beli-belah pertama syarikat itu di bahagian Pantai Timur. 

Ia juga merupakan AEON Mall yang keempat terbesar di negara ini dengan keluasan mencecah 1.3 juta kaki persegi (120,774 meter persegi) dan menawarkan sejumlah 178 lot kedai termasuk pasar raya AEON, butik fesyen, pusat sukan serta kedai perabot. 

Selain itu AEON Mall Kota Bharu turut menawarkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada orang ramai dan kita turut membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. 

Syarikat terkemuka, AEON Co. (M) Berhad (AEON Malaysia)memilih untuk membuka cawangan ke-32 tersebut di Kota Bharu kerana yakin dengan potensi pembangunan ekonomi di Kelantan, lebih-lebih lagi penduduknya didapati mempunyai kuasa beli yang hebat. 

AEON Mall berada di lokasi strategik iaitu Lembah Sireh yang kini merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun. Selain itu, kawasan ini mudah dicapai dan kita juga menyediakan sejumlah 2,400 lot tempat letak kereta untuk kemudahan para pelanggan.

Itu adalah petikan kata-kata Pengerusi AEON Malaysia, Datuk Abdullah Mohd. Yusof sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia
 

28 April 2016 AEON Mall Kota Bharu mula beroperasi secara rasmi. Kehadirannya sememangnya dinanti-nantikan oleh kebanyakan warga Kelantan, khansnya penduduk Kota Bharu dan kawasan sekitarnya. Ribuan pengunjung membanjirinya pada tarikh tersebut. Sedikit sebanyak Kewujudan AEON Mall akan membolehkan warga Kelantan membeli belah dengan senang dan tenang. 

Sebagai warga Kelantan, saya turut berbangga dengan pembinaan Hypermarket tersebut. Namun, dalam masa yang sama seringkali merindui memori yang usang yang terbenam di tapak AEON Mall Kota Bharu dan Lembah Sireh.


Dahulu, ketika melalui Jambatan Yahya Petra, mata seringkali menatap keindahan Lembah Sireh. Hijaunya rumput dan suburnya tanah di situ begitu memikat hati. Di situlah segelintir petani berbudi kepada tanah mencari rezeki. Begitu juga ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, mata ini amat mesra dengan pemandangan Lembah Sireh yang menghijau. 

Untuk pengetahuan semua, dahulu stesyen bas ekspress terletak di Jalan Hamzah berhampiran KBMALL, dan satu lagi di Jalan Langgar tidak jauh dari Pasaraya Billion. Hari ini semua itu menjadi memori yang amat usang. Lembah Sireh ditimbus dan dibangunkan selari dengan tuntutan zaman. Bermula dengan Tesco dan beberapa bangunan besar, dan kini berdiri megah pula AEON Mall. 

Jauh di sudut hati saya merindui Lembah Sireh yang dahulu. Saya juga amat merindui wajah Kelantan pada tahun 1990-an. Meskipun Kelantan pada masa itu dianggap serba kekurangan dan negeri yang tercicir dari arus permodenan. Namun saya sedar dan insaf, Kota Bharu dan Kelantan yang sebegitu sudah menjadi memori yang usang. Ia hanyalah kenang-kenangan. Kelantan perlu mara ke hadapan walaupun dengan langkah yang agak perlahan. 

Saya sedar andainya terus berada di takuk lama, Kelantan akan terus dihina dan diperlekehkan. Sejujurnya saya pernah berkunjung ke seluruh negeri di Malaysia, bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah kecuali negeri Johor sahaja. Malah pernah bertahun-tahun menetap di beberapa buah negeri. Dari penelitian dan pemerhatian saya sepanjang berkelana, ternyata kemiskinan dan kedaifan serta kemunduran tetap ada di mana-mana sahaja.

Wednesday, May 4, 2016

ANTARA FESYEN DAN SYARIAT


Islam bukanlah agama yang jumud. Islam tidak pernah memusuhi permodenan dan tidak juga menghalang perubahan. Islam juga bukanlah agama yang anti budaya dan gaya. Sesungguhnya islam itu bersifat Rahmatan Lil 'alamin.

Islam membenarkan semua itu, namun ada had dan batasnya. Atau dengan kata lain, segala kemajuan dan perubahan mestilah tidak tersasar daripada orbit agama. Segala budaya dan gaya mestilah tidak tergelincir daripada landasan syariat. 

Begitu jualah dalam persoalan pakaian, islam tidak pernah melarang dan mengharamkan apa jua fesyen selagi mana fesyen tersebut tunduk dan patuh kepada agama. 



Saya tertarik dengan kata-kata Prof Datuk Seri Dr Zaleha yang juga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar Harian Metro bertarikh 23 September 2014, halaman 20. 

Katanya, biarpun perkembangan wanita berhijab di negara Malaysia ketika ini menunjukkan perkembangan yang positif, namun ramai dalam kalangan wanita Muslimah yang terikut-ikut dengan kepelbagaian fesyen yang bertentangan dengan etika berpakaian yang dibenarkan syariat islam. 

Keghairahan wanita muslimah yang berhijab mengikut trend semasa juga telah memberi ruang dan peluang kepada pihak tertentu. Pihak yang tidak memahami cara berpakaian wanita islam ini telah mengambil kesempatan untuk menghasilkan pelbagai fesyen yang tidak mesra malah bercanggah dengan syariat. 

Antara fesyen yang dimaksudkan ialah fesyen Jilboobs(gabungan Jilbab dan Boobs). Fesyen ini mengenakan tudung kepala, tetapi berpakaian ketat dari paras leher ke bawah. 

Menurut Prof Datuk Seri Dr Zaleha, di Indonesia Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah memfatwakan adalah haram bagi kaum wanita yang mengenakan atau memakai pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat. 

Sebelum menamatkan bicara, saya ingin memohon jutaan maaf andainya ada yang terguris hati dan tercalar perasaan dengan entry saya ini. 

Jujur dan ikhlas, tulisan ini adalah untuk semua dan bukannya dikhaskan untuk Cik Sendat binti Ketat dan Cik Jarang binti Nipis. 


Berminat dengan Busana Muslimah yang mesra syariat, jom ke --> SINI