Wednesday, February 8, 2017

Selva Kumar dan perogol-perogol tersohor

Keratan akhbar mengenai Selva Kumar


Selva Kumar Subbiah, namanya kini menjadi sebutan. Disebut bukan kerana jasa dan sumbangan tetapi kerana digeruni dan ditakuti.

Dia adalah perogol bersiri yang baru pulang ke Malaysia, setelah selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada  atas 30 pertuduhan jenayah seksual terhadap wanita.

Paling digeruni dan dibimbangi apabila media dan pihak berkuasa Kanada menyifatkannya penjenayah paling berbahaya, dan memberi amaran beliau masih belum berubah dan ada kemungkinan akan mengulangi jenayahnya.
Disebabkan itu Kerajaan Negeri Sabah telah mengharamkannya daripada memasuki negeri Sabah.


Berita tentang Mukesh Singh.

Tentang Selva Kumar, kita tunggu dan lihat perkembangannya. Mungkin dia sudah insaf atau mungkin juga dia akan kembali menjadi perogol bersiri.

Sekarang mari kita kenali perogol bersiri yang lain pula.

Di India, terdapat perogol bersiri terkenal iaitu Mukesh Singh. Dia perogol yang hebat dan sifar simpati. Dia bukan sahaja tidak diburu rasa bersalah dan tidak dijentik penyesalan, malah dengan penuh bangga dia mewajarkan tindakan para perogol, dan baginya yang bersalah bukanlah perogol tetapi manga rogol. Mungkin baginya, rogol merogol adalah salah satu aktiviti di masa lapang atau setaraf dengan sukan dan permainan.

Sebagai perogol tegar yang amat menyanyangi profesion rogol merogol, Mukesh turut membantah dan mempertikaikan hukuman mati yang dikenakan terhadap perogol.

Dia turut mendakwa, andainya hukuman mati tidak diperkenalkan, perogol akan merogol secara budiman, tapi oleh kerana perlaksanaan hukuman tersebut, perogol terpaksa bertindak ganas dan kejam.

"Sebelum ada hukuman mati, perogol akan tinggalkan mangsa selepas merogol. Sekarang (ada hukuman mati) perogol akan merogol dan membunuh mangsa rogol mereka," Begitulah dakwanya.

Keratan akhbar tentang Albert Muraki

Di Afrika Selatan pula seorang perogol bersiri, Albert Muraki dijatuhi hukuman penjara selama 1,535 tahun, itulah hukuman yang diterima oleh seorang perogol bersiri di Johanesberg, Afrika Selatan. 

Dia dijatuhi hukuman tersebut kerana kesalahannya merogol 29 orang wanita. Semua mangsa tersebut dirogol olehnya dalam tempoh enam tahun. 


Keratan akhbar mengenai Richard Thomas

Di London, terdapat pula seorang perogol yang malang.  Richard Thomas dianggap sebagai perogol paling malang kerana tersalah sasaran. Malang hingga pitam, kerana tidak pernah menyangka wanita yang menjadi mangsa kerakusan nafsunya itu merupakan seorang penghidap HIV.

Begitulah sedikit info tentang perogol yang ingin saya kongsikan. Kita doakan sahaja agar kes rogol akan berkurangan meskipun tidak dapat dinoktahkan. Dengan ini kita akan dapat dapat bernafas dengan tenang dan senang.

4 comments:

Fieona FieRidz said...

ade betul nya juga perogol india tu kata, bila wanita yang start tak jaga diri sendiri, macam mana pulak orang lain yang entah sapa-sapa nak jaga kita. dah sendiri pakai pakaian menarik perhatian perogol, habislah diri sendiri tu. tapi pape pun, moga kita semua kaum wanita dijauhkan dari orang-orang begini. aminn.

Noor Azlan said...

Menakutkan...

Shaidatul Aireen said...

takut dah sekarang hm. memang fikir 2 3 kali lah kalau nak keluar rumah

BTS said...

Huishh..ramainya..wakil msia pun ada...huhu