Wednesday, February 15, 2017

Valet Doa kerja gila Penunggang Agama.

Valet Doa

Kata sahabat saya, benda yang paling laris untuk dijual pada hari ini ialah agama. Kata-kata tersebut memang ada benarnya.

Apa tidaknya lihat sahajalah apa yang berlaku di negara kita, pelbagai produk dan perkhidmatan yang menjadikan agama sebagai pelaris. Antaranya ialah air minuman dan minyak wangi yang disertai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran,  air dari sarang anai-anai yang  memakan daripada beberapa surah dari kitab suci Al-Quran. Ayam yang disentiasa diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran dan macam-macam lagi

Pakej Valet Doa.


Golongan yang memperdagangkan agama ini adalah golongan penunggang agama. Mereka sangat keji dan amat hina.

 Penunggang Agama yang terbaru di Malaysia ialah Hasrin Harin. Beliau memperkenalkan yang dikenali sebagai Valet Doa.

Perkhidmatan ini khas kepada sesiapa yang berhajat ingin berdoa di hadapan Kaabah dan lain-lain tempat suci di Makkah, tetapi tidak mampu untuk ke sana, maka bolehlah bagi duit kepadanya. Nanti dia akan membacakan doa-doa tersebut di hadapan Kaabah.

Valet Doa kelolaan Hasrin Hasrin menyediakan perkhidmatan dengan tawaran harga antara RM250 sehingga RM5,000 kepada orang ramai melalui pakej tertentu seperti VVIP serta pakej King Salman.


Lagi gila, si celaka tersebut memberi jaminan doa tersebut akan dimakbulkan dalam tempoh terdekat. Melampau memang melampau, malah sudah sampai tahap merosakkan akidah.

Hasrin Harin memang penunggang agama yang paling jahat apabila dia melacurkan hadis Nabi tentang kelebihan berdoa di Makkah untuk menghalalkan tindakannya.

Alhamdulillah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengingatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan khidmat Valet Doa itu.

Ketua Pengarah JAKIM,  Tan Sri Othman Mustapha berkata, doa adalah permohonan seorang hamba kepada Allah SWT.

Kata beliau lagi, “Sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian Islam. Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia,"

Beliau berkata, pihaknya menyarankan umat Islam memberikan maklumat kepada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu demi menjaga kemaslahatan dan kesucian Islam.

Semalam, ramai pengguna di laman sosial melahirkan rasa kesal selepas menyaksikan kewujudan akaun Facebook menggunakan nama 'Valet Doa' diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah.

Mufti Wilayah Persekutuan juga turut mengecam perbuatan Hasrin Harin yang memperdagangkan agama.

Mufti wilayah Persekutuan menjelaskan memang terdapat beberapa tempat yang mulia dan mustajab doa, tapi semuanya perlu didoakan dengan penuh keikhlasan daripada seseorang tanpa sebarang bentuk perniagaan doa. Ini kerana, Allah sahaja yang bersifat penerima doa yang yang memakbulkannya.


8 comments:

anajingga said...

Nauzubillah,doa pun dah dijual beli..yang membayar tu pun jahil sangat rasanya. Jangan pulak satu hari esok solat pun boleh diupah.

Noor Azlan said...

Doa orang teraniaya, makbul, takyah pergi Makkah... hehe

shameel Iskandar said...

Anajingga.
Penunggang Agama no ambik kesempatan di atas kejahilan masyarakat

shameel Iskandar said...

Noor Azlan.
Benar sekali. Nak berdoa tak semestinya ke Mekah, apatah lagi DOA org yang dizalimi

Anonymous said...

Apa hukum berdoa? ada apa falsafah berdoa? Berdoa ialah hubungan antara hamba dengan Allah SWT. Doa adalah senjata seorang mukmin. Doa ialah bagaimana kita meluahkan isi hati, perbualan antara hamba-dengan Tuhan.

Falsafah berdoa itu sebenarnya yang Allah SWT tentukan untuk mustajab atau tidak. Tempat dan lokasi hanya menambah kekuatan doa tersebut. Allah SWT nk lihat pengabdian seorang hamba dalam berdoa.

Ini tiba-tiba si makhluk perosak agama Hasrin ini cuba sesatkan umat Islam dengan tawaran ala-paderi gereja? Dia berani mengubah perintah Allah dlm berdoa dijadikan laba untuk cari untung dunia.

Berbeza dengan upah Haji/ Badal Haji. Haji adalah RUKUN Islam dan ia merupakan ibadah WAJIB bagi yang cukup syarat. Haji hanya sah dengan dilakukan di Tanah Haram dengan syarat2 wajib Haji di lokasi di sana dan masa yang ditetapkan. Badal Haji ialah usaha seseorang waris mahu melengkapkan Rukun Islam ayah/ibunya dengan harapan Allah SWT terima ia sebagai pahala ibadah dan melengkapkan taklifan rukun Islam pd si mati.

Tapi Doa? doa ini apa? apa hukum berdoa? Dalil berdoa? Allah perintah suruh berdoa di Multazam baru makhbul kah? dan tidakkan ini satu BIDAAH DHOLALAH kerana memesongkan ibadah untuk tujuan berniaga dan tiada dalil Hadith yg meriwayatkan ambik upah berdoa di Mekah.

Sepatutnya Majlid Agama perlu tegas dna menangkap Hasrin ini dan menutup akaun facebooknya. Ini perkara Aqidah dan boleh memudharatkan Islam. Islam jadi bahan dagangan, bahan berniaga untuk buat untung dunia.


Nauzubillah dr terikut dgn org2 sesat akhir zaman yg bertopengkan wajah Agama Allah!

Shikin Razali said...

Nauzubillah, banyak betul orang memperdagangkan agama demi kepentingan diri tanpa memikirkan natijahnya kelak..

shameel Iskandar said...

Anonymous February 16, 2017.
Benar sekali pandangan anda. Saya sangat bersetuju.

shameel Iskandar said...

Shikin Razali.
Inilah yang berlaku hari ini. Ramai yang sanggup memperdagangkan malah melacurkan agama demi keuntungan pribadi yang bersifat materialistik