Thursday, March 16, 2017

Arak dan dadah punca model sambilan memandu melawan arus.




Arak dan dadah punca model sambilan memandu melawan arus.

Seantero Malaysia dikejutkan dengan tragedi berdarah yang sudah tidak dijangka. Gara-gara mabuk alkohol dan dadah, seorang remaja perempuan telah memandu secara gila dan meragut nyawa insan yang tidak berdosa.

Remaja berusia 19 tahun yang juga bekerja sebagai model sambilan itu ditahan polis di tempat kejadian berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh semalam.      

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7.50 pagi di Km134, Lebuhraya Utara-Selatan itu, remaja yang memandu kereta jenis Proton Gen-2 secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth telah melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi Rosli, 26.

Mohamad Fandi, juruteknik sebuah kilang di Perai yang ketika itu dalam perjalanan pulang selepas habis bekerja mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.      

Beliau yang baru tiga bulan berkahwin meninggalkan isteri yang sedang mengandung.

Info Tambahan.

Saya terkenang kembali seorang Ahli Parlimen Melayu yang membantah cadangan Kerajaan untuk menaikan cukai arak atas alasan ia membebankan orang-orang bukan Islam. Saya teringat ahli parlimen yang berbangsa Melayu yang juga dari parti yang sama yang begitu lantang mempertahankan pesta arak, Oktoberfest.

Arak adalah sesuatu yang memabukkan dan bila mabuk ia akan mengundang pelbagai keburukan. Ingat kembali kisah orang alim yang memilih arak setelah diberi pilihan samada arak, berzina atau membunuh. Tetapi gara-gara meminum arak, lelaki tersebut telah melakukan penzinaan dan pembunuhan. Ini gara-gara mabuk dan hilang kewarasan akal. Sebab itulah arak dianggap sebagai ibu segala maksiat.

 

7 comments:

munirah mansor said...

Terkini dikatakan amoi tersebut mempunyai kad OKU, ada masalah pembelajaran.

Farah Waheda Wahid said...

tak tau kenapa tapi geram dengan pemandu wanita ni...

Noor Maizan said...

Sakit hati nak follow kes ni. T_T

shameel Iskandar said...

Munirah Mansor.
Itulah yang menghairankan. Namun, kita harap kes ini diadili seadil-adilnya.

shameel Iskandar said...

Farah Waheda.
Saya pun sangat geram. Perbuatannya meragut nyawa insan yang tak berdosa. Secara peribadi saya tak puas hati kalau dia tak dihukum dengan hukuman berat

shameel Iskandar said...

Noor Maizan
Saya rasa kes ini akan berakhir begitu sahaja. Atau paling kurang pun perempuan tu digantung lesen sahaja sebagai hukuman.

farah adila said...

suka ayat last . arak adalh ibu segala maksiat .saya tak pernah dengar pasal cerita orang alim tu .sekarang baru saya tahu .nice sharing :)