Sunday, March 5, 2017

Warkah cinta untuk Siti Kasim.

SITI KASIM.

Mencorak bintang
Menjadi kerongsang
Ku tak berdaya
Kerna nyata
Ku tak sehebat dia
Bermain kata

Memintal buih
Menjadi ranjang
Ku tak berdaya
Kerna aku tahu imaginasiku
Ada batasnya.

Kekasih...
Jangan pula engkau
Menolak warkah cintaku
Yang tak bermaya


Itu adalah sebahagian daripada lirik lagu Warkah untuk kekasih yang dipopularkan oleh Kumpulan Ways awal tahun 1990-an.

Apa kaitan lagu ini dengan Siti Kasim.

Ada tak sesiapa yang sudi mengutus warkah cinta untuk Siti Kasim?

Tentu ramai yang tak sanggup. Bukan sahaja kerana ia tak secantik Uqasha Senrose dan tak sejelita Mira Filzah. Tapi dia adalah seorang wanita yang keras hati dan sangat degil. Keras hati dan degil yang menyebabkan dia teguh dengan prinsip dan pendiriannya yang batil. Tambahan pula dia seorang yang celik undang-undang walaupun buta dan pekak dalam isu agama.

Opss, jangan salah faham. Surat cinta di sini bukannya bermaksud nak mengorat Siti Kasim, tapi untuk mengembalikannya ke pangkal jalan.

Siapakah insan yang paling layak untuk melayangkan warkah cinta kepada Siti Kasim?

Tentu sahaja insan-insan yang memiliki pengetahuan agama dan undang-undang serta bijak bersilat kata untuk memuntahkan fakta dan mematikan hujah yang layak melayangkan warkah cinta untuk Siti Kasim.

Perlu diingat Siti Kasim ini memiliki hati sekeras batu, jadi amat mustahil untuk dicairkan antartika kedegilannya itu dengan bahasa yang berbunga dan menggoda.


Siti Kasim

Hingga sekarang saya masih lagi terkejut apabila Siti Kasim mendakwa Tuan Guru Haji Hadi cuba memaksakan umat islam menerima pendapat tertentu sahaja dalam islam serta menidakkan pendapat dan pandangan yang berbeza. Dalam isu pemakaian tudung oleh wanita contohnya, Siti Kasim mendakwa arahan memakai tudung hanya pandangan sesetengah ulama dan ada ulama kata rambut bukannya aurat. Siti Kasim mendakwa Haji Hadi bersikap berat sebelah apabila hanya menerima pakai pandangan yang menaggap rambut adalah aurat wanita.

Namun, detik dan waktu yang melonjakkan namanya ialah ketika dia menunjukkan jari tengah ketika membantah RUU yang diusul PAS ketika forum Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi yang diadakan di Shah Alam.

Namanya juga harum mewangi dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan, terutamanya ahli dan penyokong Parti Amanah Negara apabila beliau menjalin hubungan istimewa dengan parti tersebut. Tahalluf Siyasi antara Siti Kasim dan AMANAH benar-benar menarik untuk dikaji kerana mereka bersatu dan berpadu untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS. Habis orang asli di Gua Musang dihasut dan dipergunakan.

Selain itu, ketika ratusan ribu umat islam berhimpun di Himpunan RUU 355 untuk menyatakan sokongan terhadap Mahkamah Syariah, Siti Kasim dan orang-orangnya termasuklah politikus lapuk yang kini menyertai DAP, iaitu Zaid Ibrahim turut menganjurkan perhimpunan membantah Himpunan RUU. Mereka membantah Himpunan RUU dengan alasan untuk mengelakkan Malaysia daripada diislamkan.

Tidak cukup dengan episod-episod lepas, Siti Kasim terus mengharumkan namanya apabila dia dan sekumpulan aktivis yang diketuai oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy telah memfailkan tuntutan mahkamah agar Dr. Zakir Naik ditangkap dan diusir dari Malaysia.

Walaupun berjuta kali kita mencemuh dan mengutuk, Siti Kasim tetap Siti Kasim. Kita amat berharap agar ada mana-mana individu atau pihak yang sudi membantunya mengemudi bahtera kehidupan agar dia tidak berterusan tersesat di belantara keliru dan berkekalan hanyut di samudera celaru.

9 comments:

PeRdU cINta said...

Sedih dan kasihan.Moga ada ruang dan peluang untuk menikmati hidayah Allah..hati itu milik DIA..sekeras mana pyn mampu Allah lembutkan..mampu Allah cairkan..insyaAllah.

Noor Azlan said...

Apabila Malaikat Maut datang, maka tiada seorang pun mampu menahan tugasnya... sekian... semoga Allah SWT sentiasa memelihara iman kita... amin...

Shikin Razali said...

Semoga dia diberi hidayah oleh Allah dan kita doakan saja kesejahteraan beliau...

Intan Saffyna said...

hi, saya datang follow awak :)
salam kenal :)

Ana Suhana said...

Doa yang terbaik untuk dia. Semoga ada hidayah utknya.

Psst.. Ana suka sgt lagu Ways tu tau :)

shameel Iskandar said...

Perdu Cinta.
Harap begitulah. Semoga Allah anugerahkan dia hidayah sebelum ajal menjemputnya

shameel Iskandar said...

Noor Azlan.
Semoga Allah melindungi kita dari anasir sesat yang menghakis akidah

shameel Iskandar said...

Shikin Razali.
Harap begitulah. Namun tindakan undang-undang juga perlu diambil terhadap manusia sebegini

shameel Iskandar said...

Ana Suhana.
Semoga Allah memberikannya hidayah. Saya juga minat lagu Warkah untuk kekasih ways tu