Wednesday, April 5, 2017

Antara RUU 164 dan RUU 355


Gambar dari Berita Harian,5.4.2017


Kerajaan telah melakukan kerja gila apabila bertindak tidak membentangkan RUU 355 sebagai langkah mendaulatkan Islam, tetapi dalam masa yang sama telah bersetuju untuk membentangkan pembaharuan akta 164 yang  jelas bertentangan dengan fatwa muzakarah kebangsaan 

Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) ,ramai yang merujuknya sebagai RUU 164 mula menjadi polemik apabila Kerajaan bersetuju dengan pindaan tersebut, dan semalam Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria meminta kerajaan menarik kembali pindaan terhadap daripada dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurut Mufti Perak, cadangan pindaan Akta 164 itu dilihat bertentangan dengan Islam dan hukum syarak seperti yang diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 pada Jun 2009.

“Pada muzakarah itu memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa yang memeluk Islam, status agama anak-anak di bawah umur secara langsung adalah Islam dan ia diterima dalam negara.

Selain Mufti Perak, Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang juga mempunyai pandangan yang sama. Beliau mencadangkan agar isu pindaan ini dikaji secara mendalam, menerusi pembentukan satu Jawatankuasa Khas yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan sama ada dari kalangan penganut Islam dan juga agama-agama lain, mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pengamal undang-undang syariah dan sivil, dan  pihak dari badan bukan kerajaan (NGO) 





Apa yang bakal berlaku andainya RUU 164 berjaya dipinda.

RUU 164 berkaitan dengan agama anak di bawah umur 18 tahun apabila salah seorang ibu atau bapanya mereka memeluk Islam. Akta ini menetapkan agama anak-anak tersebut  perlu kekal menganut agama asal pasangan tersebut ketika perkahwinan itu dilakukan.

Menerusi pindaan akta itu yang terkandung dalam Seksyen 88A (seksyen baharu), penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan perlu mendapat persetujuan ibu bapa anak terbabit.

Menurut Majlis Ulama Isma,  RUU 164 jelas bertentangan dengan islam. Menurut NGO Islam tersebut, Jumhur ulama silam, termasuklah dalam kalangan Mazhab Syafie, Hanbali serta Hanafi sendiri telah menetapkan secara jelas akan isu ini bahawa anak tersebut akan mengikut agama ibu atau bapa mereka apabila salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam. Ianya adalah satu pandangan hasil menifestasi aqidah yang benar bahawa kedudukan Islam itu adalah yang tertinggi berbanding  agama lain. 

Apa yang bakal berlaku andainya RUU 355 berjaya dipinda.

Esok RUU 355 akan dibentangkan di Dewan Rakyat oleh YB Marang yang juga Presiden PAS.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kadar hukuman dalam Akta 355 pindaan 1984 (semakan 1988) yang terpakai sekarang.

Andainya ia berjaya dipinda ia akan mengubah kadar hukuman yang dikenakan terhadap pesalah- pesalah daripada penjara 3 tahun kepada penjara 30 tahun, daripada 5 ribu ringgit denda kepada 100 ribu ringgit denda, daripada 6 kali sebatan kepada 100 kali sebatan menurut tatacara sebatan Syariah.

Boleh dikatakan seantero umat islam menyokong RUU 355, namun peluang dan ruang untuk kejayaan pindaannya amatlah tipis. Ini kerana kerajaan telah memutuskan untuk tidak akan bentang RUU 355 selaras dengan dasar dan amalan bahawa BN buat keputusan berdasarkan konsensus. Jadi, RUU 355 akan kekal menjadi rang undang-undang persendirian. Maka peluang untuk melihat kejayaannya amatlah tipis. 

Berbeza sekali dengan RUU 164, di mana kerajaan bersetuju untuk memindanya.


4 comments:

Shikin Razali said...

Macam-macam hal sekarang.. =)

munirah mansor said...

akhir zaman...

shameel Iskandar said...

Shikin Razali
Sekarang ni islam diasak dari segenap penjuru

shameel Iskandar said...

munirah mansor.
Semoga kita terselamat dari tipu daya musuh yang semakin mencabar di akhir zaman