Tuesday, April 11, 2017

Ketahui punca bayi menangis.





Ketahui punca bayi menangis.

Setiap ibu bapa pasti sahaja diburu resah dan dihambat gelisah andainya anak kecilnya atau bayi menangis berlebihan. Tentu sahaja tidak keruan ibu bapa apabila diasak masalah sebegini, apatah lagi pada waktu lewat malam dan awal pagi, tentu sahaja rehat dan lena si ibu dan apa akan diragut tangisan tersebut.

Apa sebab dan puncanya bayi menangis.?

Hari ini saya ingin berkongsi info mengenai punca atau faktor seseorang bayi menangis. Info tersebut saya petik dari akhbar Berita Harian bertarikh 14.Mac.2017.

Berikut adalah faktor-faktor
Sebenarnya ada beberapa sebab yang menyebabkan seseorang bayi itu menangis. Jadi setiap ibu bapa perlu ambil tahu dan ambil peduli.

Lapar.
Disebabkan bayi mempunyai perut yang kecil, maka mereka menyusu atau makan dalam kuantiti yang kecil. Walaupun begitu, kadar metabolisme bayi sangat tinggi menyebabkan proses pencernaan berlaku dengan pantas.

Bayi yang hanya menyusu lebih mudah terjaga pada malam hari berbanding yang turut diberi makanan asas yang lain.

Posisi tidur yang tidak selesa.
Berbeza dengan orang dewasa, bayi baru lahir tidak mampu menggerakkan tubuh mereka sendiri untuk mengalihkan posisi badan.

Ini menyebabkan mereka tidak selesa dan terjaga ketika tidur dan menangis apabila posisi berbaring mereka tidak selesa.

Sakit perut.
Bayi juga sering mengalami sakit perut kerana perut masuk angin, atau makanan tidak dicerna dengan baik.

Perubahan suhu.
Kulit bayi sangat sensitif dengan suhu persekitaran. Jika bayi berasa bahang atau kesejukan, automatik mereka akan terbangun dan menangis.

Tumbuh gigi.
Tumbuh gigi sering kali menyebabkan gusi bayi terasa ngilu dan gatal.

Kitaran waktu tidur.
Bayi baru lahir hingga usia satu tahun memerlukan 14 jam hingga 15 jam waktu tidur, iaitu 8 jam pada waktu malam, dan selebihnya pada waktu siang.

Justeru, di antara waktu itu, bayi 'memberitahu' ibunya dia terjaga dengan cara menangis.

Info Tambahan.
Semoga entry ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca, terutamanya para ibu bapa. Semoga sedikit sebanyak entry ini mampu menyelongkar rahsia di sebalik tangisan bayinya.

No comments: