Sunday, April 16, 2017

Tahniah buat Neelofa dan takziah buat Adam Rosly.

Gambar dari Instagram Neelofa.


Tahniah buat Neelofa dan takziah buat Adam Rosly.

Neelofa! Sebut sahaja nama beliau, pasti sahaja ramai yang mengenalinya.

Neelofa atau nama sebenarnya  Noor Neelofa Mohd. Noor tidak hanya dikenali sebagai pelakon yang cantik dan pengacara yang jelita, tetapi beliau juga adalah usahawan yang berjaya. Dalam usia 28 tahun beliau sudah mampu maraih kekayaan hasil titik peluhnya sendiri


Maklumat tentang kekayaan Adam Rosly.



Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas, Neelofa telah mengharumkan nama agama, bangsa dan negara apabila beliau tersenarai dalam kalangan 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

Selain Neelofa, individu lain yang turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah Kavin Bharti Mittal dari India, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hike Messenger, Josiah Humphrey & Mark McDonald (Australia, Pengasas Bersama Appster), Suboi (Vietnam, artis Hip Hop), Liu Wen ( China, Supermodel Antarabangsa), Chenyao Zhou (China, Rakan Kongsi di Longling Capital), Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, Pengasas eFishery), Yuki Shimahara (Jepun, Pengasas LPixel Inc), Daroath Phav (Kemboja, Pengarah WaterSHED), Hyungcheol Lim & Goeun Choe (Korea Selatan, Pengasas Bersama Gameberry).

Takziah buat Adam Rosly.

Siapa Adam Rosly?

Sebagaimana Neelofa, Adam Rosly juga adalah anak muda yang sebaya dengan Neloofa, iaitu sama-sama berusia 28 tahun.

Sebagaimana Neelofa , Adam Rosly juga seorang yang kaya raya, walaupun tak sekaya Neelofa.




Bezanya Neelofa ternama dan terbilang. Namanya mewangi dan harum di persada dunia hiburan dan keusahawanan.

Adam Rosly pula seorang hanyalah seorang anak muda yang  berkecimpung dalam politik, atau lebih tepat lagi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau merupakan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Selangor.

Sejak tahun lepas lagi, nama Adam Rosly menjadi perbualan hangat, terutamanya di media sosial. Ini kerana beliau telah memiliki kekayaan yang luar biasa walaupun baru sahaja berkecimpung dalam politik. Antara kekayaan luar biasanya ialah memiliki sebuah banglo berharga RM 7 juta, dan memiliki beberapa buah kereta mewah.  Kekayaan dan kemewahan tersebut mengundang rasa ragu dalam kalangan masyarakat, dan akibatnya dia ditahan reman selama 5 hari bermula 13.April.2017. Penahanan tersebut bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001

Berdasarkan penelitian di beberapa blog, saya dapati Adam Rosly asalnya berminat untuk berkecimpung dalam politik bersama parti PAS, namun disebabkan kesukaran untuk mengumpul kekayaan bersama parti tersebut, beliau telah menyertai PKR setelah dipelawa oleh Ahli Parlimen Ampang,  Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya melantik Adam menjadi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Bermula dari sinilah Adam Rosly mengumpul kekayaannya secara batil.

Menurut tulisan atau pembongkaran di beberapa buah blog, Adam Rosly didakwa pernah menyeleweng sumbangan seorang tokoh korporat bergelar 'Tan Sri' untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan ratusan ribu ringgit tersebut lesap entah ke mana.

Setakat manakah kebenaran laporan di beberapa blog ini tidaklah dapat saya pastikan.

Selain itu bekas Ketua AMK peringkat pusat, Badrul Hisham Shaharin juga turut membidas kekayaan luar biasa Adam Rosly
.
"Mana datang duit Ketua AMK (Angkatan Muda Keadilan) Ampang ini?". Itu persoalan yang ditimbulkan oleh Badrul Hisham yang juga lebih dikenali sebagai Chegu Bars.

INFO TAMBAHAN.

Saya tertarik dengan tulisan Ustaz Salman Ali di laman Facebooknya . Saya paparkan sahaja ia di sini.

PKR bin UMNO

"Setelah didedahkan kekayaan pemimpin muda mereka(maksudnya Adam Rosly), belum kedengaran pun suara mahukan siasatan dalaman, tetapi tidak lebih dari persoalan macam mana Jamal boleh naik helikopter. 

menjadi orang kaya bukan 1 kesalahan, anak muda yang kaya juga bukannya dosa, tetapi pemimpin parti politik mengamalkan gaya hidup mewah menimbulkan tanda tanya dari parti mana sekalipun. 

Memalukan kalau hanya berani sergah bil berbelanja DS Rosmah dan jam tangan DS Zahid tapi pemimpin sendiri didiamkan....

Adam Rosly, tidaklah menjadi kesalahan untuk menjadi kaya dan hidup mewah, cuma bila melibatkan diri dalam politik, perkara yang perlu dijauhi ialah kemewahan dan kekayaan. Tolong jangan sesekali menayang kekayaan kepada umum.

Jadilah politikus yang berjiwa suci seperti Mahatma Gandhi atau Jose 'Pepe' Mujica. Mereka tidak mengumpul harta dan kekayaan melimpah ruah. Mereka jauh lebih 'beriman' dan 'soleh' berbanding politikus Muslim seperti kamu Adam Rosly.




No comments: