Sunday, July 30, 2017

Mari Menonton Dengan Matang



Sesiapa yang pernah menonton filem Malcolm X pasti sahaja menyedari terdapat  satu babak Malcolm X membaca surah Al-Fatihah di dalam   sebuah masjid sesudah bersolat. Filem tersebut diararahkan oleh Spike Lee dan watak Malcolm X  dilakonkan oleh Denzel Washington.

Denzel Washington bukanlah seorang Muslim tapi dalam filem tersebut beliau memainkan peranan sebagai Malcolm X, iaitu seorang pejuang kulit hitam yang beragama islam.

Bacaannya tentu sahaja tidak setepat bacaan umat islam, baik dari segi makhraj mahupun tajwid. Tapi, semua itu tidak menjadi isu, ini kerana mesej yang terkandung di dalam filem itu yang perlu dihadam dan dicerna.

Di negara kita, beberapa bulan lepas, gara-gara terlalu ''over'' apabila bercakap dialek Utara dalam program Raya Sakan Mak Cun, Erma Fatima dikecam hebat oleh Netizen terutamanya netizen dari Utara.

Ada yang mendakwa loghat utara yang ditutur pelakon Mak Cun terlalu dibuat-buat dan ada juga yang mendakwa percakapan pelakon-pelakon dalam program itu seperti menghina loghat utara.

Ia dikatakan berpunca daripada kegagalan Erma Fatima dan para pelakon untuk memahami selok belok loghat Kedah/Utara.

Saya tak nak ulas panjang isu ini takut nanti ia melarat dan menimbulkan perseteruan yang sia-sia.

Saya orang Kelantan, dan seingat saya sudah banyak filem dan drama yang menggunakan dialek atau loghat Kelantan. Antaranya ialah filem Jogho.

Memang diakui dalam filem dan drama-drama tersebut, ramai pelakonnya yang gagal menggunakan loghat Kelantan dengan baik. Ini kerana mereka bukanlah anak Kelantan, jadi kegagalan tersebut adalah lumrah dan perlu dipandang sepi tanpa dipedulikan. Apa yang penting mesej yang terkandung dalam filem dan drama tersebut yang perlu dihayati dan difahami.

Percayalah keupayaan untuk menyelongkar mesej yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah filem dan drama termasuklah teater akan menjadikan kita penonton yang matang dan sejahtera.


Wednesday, July 26, 2017

Siti Kasim terima ancaman rogol.


Siti Kasim terima ancaman rogol.

Terkejut dan benar terkejut apabila terbaca kisah Siti Kasim menerima ancaman rogol.

Hasil tinjauan yang saya lakukan di media sosial mendapati 99% pengguna Facebook percaya lelaki tersebut seorang yang tidak waras atau tidak siuman. Manakala 1% lagi percaya lelaki tersebut seorang yang gila seks tahap kronik.



Dalam kajian lain yang dilakukan oleh golongan pakar media sosial merumuskan 99% natizen lelaki tiada langsung perasaan terhadap siti Kasim.  

Mereka percaya individu yang ingin merogol Siti Kasim itu adalah individu yang diupah oleh Siti Kasim supaya merogol dirinya sendiri.

Berdasarkan hasil kajian ini saya amat menyakini individu yang ingin merogol Siti Kasim itu kemungkinan orang yang tidak siuman dan kemungkinan juga dia diupah oleh Siti Kasim.





Gila, sungguh gila dan sangat gila.
Apa tidaknya sebab sejelita Mira Filzah dan secantik Uqasha Senrose pun tak pernah lagi terima ancaman atau ugutan rogol, tapi tiba-tiba Siti Kasim pula ada yang nak rogol.

Friday, July 21, 2017

Isu daging babi bercampur kambing, Maqis nafi 74 kontena lolos.



Maqis nafi dakwaan 74 kontena lolos.

Heboh dan tular di media sosial terutamanya di WhatsApps kononnya 74 kontena daging babi bercampur kambing telah terlepas dan hanya 4 kontena daging tersebut sahaja yang berjaya ditahan.

Tidak cukup dengan itu disebarkan juga pesanan agar memboikot daging-daging import kerana kemungkinan ia bercampur dengan daging babi.




Berita palsu yang tukar
 di media sosial


Alhamdulillah, hari ini Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menafikan berita tersebut, sekali gus menamatkan keresahan orang ramai yang menjadi mangsa virus viral.

Menurut Ketua Pengarah Maqis, Datuk Mokhtaruddin Husain, “Hanya empat buah kontena sahaja yang telah dirampas di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini dan hanya satu daripadanya yang bercampur di antara daging babi dan kambing."

Menurutnya lagi, tiga yang lain pula terlibat dalam kesalahan memalsukan dokumen pengisytiharan kemasukan kerana mengimport daging daripada Sepanyol dan Brazil kerana seharusnya semua daging adalah di import daripada Australia.

Beliau juga berpesan kepada pengguna agar tidak perlu was-was dengan daging import yang dibeli kerana pihaknya telah memastikan setiap kemasukan daging tersebut adalah selamat.

Info Tambahan.

Kepada orang atau individu yang memulakan khabar angin ini, dan kepada mana-mana pengguna media sosial yang ghairah berkongsi khabar angin ini hingga menjadi tular di media sosial, saya mohon renunglah pesanan ini.

Al-Hafiz al-Munziri (656H) mengatakan, "
Orang yang menyalin sesuatu yang tidak bermanfaat dan membawa kepada dosa akan menanggung dosa perbuatan tersebut, dosa orang yang membacanya, dosa orang yang menyalinnya kembali atau dosa orang yang mengamalkannya selepas daripada itu selama mana tulisan tersebut kekal dan selama ia diamalkan."


Thursday, July 6, 2017

Anjing, Antara keluasan Fiqh dan Fiqh Malizi/Fiqh Malaysia.



Anjing: Antara keluasan Fiqh dan Fiqh Malizi/Fiqh Malaysia.

Cerita tentang anjing berulang lagi. Ia hangat diperkatakan di media sosial, terutamanya di facebook. Ramai yang ingin berbicara tentangnya. Ada yang berbicara dengan ilmu dengan bersenjatakan hujah dan dalil.

Namun tidak kurang juga yang berbicara persis orang mandul akal dan terliwat minda. Mereka bersilat kata dan bertikam lidah dengan berbekalkan semangat dan sentimen. Malah, ada yang menghukum murtad kepada individu Muslim yang memegang/memelihara anjing.





Bila bercerita tentang anjing, pasti sahaja terdapat individu/pihak tertentu yang melihat anjing dari aspek keluasan fiqh.

Dibentangkan pelbagai pendapat para ulama dan sarjana Islam. Di hidangkan pandangan pelbagai Mazhab.

Akhirnya mereka menyeru agar umat islam di Malaysia jangan kalut dan takut. Mereka meminta umat islam di Malaysia berfikiran terbuka dan berlapang dada. Mereka mengajak umat islam di Malaysia untuk memperluaskan horizon pemikiran seluas timur ke barat dan seluas utara ke selatan.

Dalam masa yang sama terdapat juga individu/pihak yang menjadikan 'uruf dan adat sebagai benteng dan kubu pertahanan untuk memelihara masyarakat daripada kecelaruan dan kekeliruan.

 'Uruf dan Adat juga dijadikan vaksin untuk menghalang merebaknya virus perpecahan dan perseteruan. Saya tertarik dengan istilah Fiqh Malizi/Fiqh Malaysia yang dipopularkan oleh Dr. Siddiq Fadzil.

Fiqh Malizi/Fiqh Malaysia ialah fiqh yang sesuai dengan keperibadian Malaysia, dan sesuai dengan tabiat dan watak Malaysia.

Dalam pendekatan ini segala ketetapan dalam urusan agama dan fatwa perlu mengambilkira realiti adat dan budaya lokal selagi tidak bercanggah dengan agama. Dalam konteks Malaysia, majoriti umat islam sudah sebati dengan Mazhab Syafie sejak zaman berzaman. Jadi Mazhab Syafie perlu menjadi kayu ukur dalam perjalanan kehidupan beragama.

Secara peribadi, saya berpihak kepada pandangan yang menjadikan Fiqh Malizi/Fiqh Malaysia('Uruf dan Adat) sebagai benteng untuk melindungi kecelaruan atau vaksin untuk menghalang virus perpecahan dalam masyarakat. Umat islam di Malaysia sejak zaman berzaman sudah sebati dengan Mazhab Syafie dan tidak menjadikan anjing sebagai binatang belaan.

Inilah realiti adat dan budaya lokal dalam kalangan masyarakat Melayu atau umat islam di Malaysia.