Monday, August 7, 2017

Hikmah tersembunyi di sebalik ibadah haji.



Hikmah tersembunyi di sebalik ibadah haji.

Ibadah haji adalah salah satu daripada rukun-rukun islam. Lebih repat lagi ia adalah rukun-rukun kelima.

Pengertian Haji

Menurut bahasa, haji bererti menyengaja, bermaksud atau mengunjungi. Manakala menurut syarak pula, haji adalah mengunjungi atau menziarahi Baitullah, dengan niat beribadah kepada Allah SWT pada waktu yang telah ditentukan dan melaksanakan ibadah-ibadah tertentu.

Disebabkan ibadah Haji merupakan sebahagian daripada Rukun Islam, jadi eloklah kita ketahui syarat-syaratnya. Apabila syarat-syarat ini penuhi, maka wajiblah individu tersebut melaksanakan ibadah haji.

Syarat Haji Haji
a. Beragama Islam
b. Baligh
c. Sihat
d. Merdeka
e. Berkemampuan

Untuk entry kali saya tertarik untuk berkongsi personal hikmah-hikmah yang tersembunyi di dalam Ibadah Haji yang disiarkan di dalam Utusan Online Mari kita ikuti penjelasan tersebut, mudah-mudahan ia mampu mengetuk pintu sedar di sanubari kita.
Hikmah di sebalik Ibadah Haji.

TAHUKAH anda dalam kita mengerjakan ibadah haji banyak perkara yang tersirat dalam apa yang tersurat. Umpamanya, hikmah di sebalik rukun haji dikaitkan dengan soal putaran planet. 

Apa kaitannya pla­net dengan tawaf? Ayuh, kita lihat satu persatu dalam konteks dan pengertian berbeza kaitan hikmah dalam hal ihram, tawaf, saie, melontar jamrah dan wukuf.

Kita mulakan dengan ihram. Benar, ia adalah pakaian serba putih tanpa jahitan. Dalam buku The Power of Co­lour, warna putih itu melambangkan sebuah falsafah kesucian, kebersihan, clean, clear, bright. Maknanya dalam kaitan bahasa atau istilah agama, kesucian itu dikaitkan dengan keikhlasan adalah perbuatan ‘beri banyak dan anda dapat lebih banyak’.

Pemahaman yang lain adalah, sifat kita iaitu jangan diharap balasan apabila memberi sesuatu kerana Allah SWT akan memberikan balasan yang lebih daripada apa yang kita berikan ketika kita tidak pernah meminta sebarang balasan daripada perbuatan tersebut.

Paling tidak, ihram  berwarna putih itu, melambangkan kesederhanaan.

Mari kita lihat pula soal tawaf. Jemaah haji akan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Simbol kepada kejadian alam, sebagaimana bumi berputar pada paksinya, planet-planet yang berputar pada bintang ataupun elektron yang berputar pada jisim atom.

Saie pula adalah satu refleksi gambaran sebuah pe­ngorbanan dan perjuangan. Cuba bayangkan bagaimana seorang ibu (Siti Hajar) dengan bayi yang masih kecil harus berjuang dengan kepayahan antara Safa dan Marwah. Bukan sekali, tetapi diulangi perjalanan itu sebanyak tujuh kali bagi mencari penyelesai­an.

Kalau kita selaku jemaah haji khusus­nya merenung peristiwa itu, pasti ada ke­nyataan yang menyatakan bagaimana mungkin peristiwa ibu dan anak itu berlaku sedemikian. Logik akal akan menyatakan, dua kali pusingan sudah memadai dan kenapa perlu tujuh kali berulang alik.

Maka itu kita harus faham bahawa itulah yang dise­but sebagai semangat perjuangan dan kemahuan untuk berkorban yang ditunjukkan oleh Siti Hajar. Jika hikmah ini diambil sebagai pesanan moral kepada jemaah haji Malaysia, maka kita akan merasa malu dengan Siti Hajar apabila bersifat suka mengeluh dalam melakukan ibadat terutama pada musim haji ini.

Yang pasti tiada kehidupan tanpa perjuangan.
Melontar jamrah, pada hakikatnya adalah melontar batu yang simbolnya adalah syaitan. Maknanya, secara sedar atau tidak, kita sebenarnya ada satu pertarungan abadi iaitu antara diri kita dengan syaitan.

Kita sedar, syaitan adalah musuh dalam kehidupan dan persoalannya adakah kita mampu melontar syaitan itu apabila kembali ke tanah air kelak? Syaitan yang penulis maksudkan adalah hal batiniah yang mungkin berkaitan harta, pangkat dan lain-lain yang boleh memalingkan pandangan kita daripada mengingati Allah SWT.

Soal wukuf pula, ia menjadi simbol keadaan di padang mahsyar, di mana manusia akan dihisab dan dihitung amalan masing-masing. Jadi dalam satu pembentukan jiwa manusia, wukuf ini adalah transaksi sebuah kehidupan, yang mana sebelum wukuf, rata-rata manusia berada dalam keadaan melakukan pelbagai perbuatan buruk kepada perbuatan yang lebih baik. Maka inilah yang disebut sebagai haji mabrur.



Info Tambahan.
Ibadah haji ada rahsia tersirat di sebalik amalan-amalan yang telah ditetapkan. Malangnya ramai yang gagal memahami hikmah tersebut lantaran gagal menerokai falsafah di sebalik Ibadah tersebut.

Kepada para saudara seakidah yang bak menunaikan ibadah Haji, semoga kalian beroleh Haji yang mabrur.  Kepada saudara seakidah yang sedang menunggu giliran untuk menunaikan ibadah Haji, semoga penantian kalian akan berakhir dalam tempoh terdedah dan kepada para Muslimin seantero dunia, moga kalian diberikan ruang dan peluang untuk menunaikan ibadah Haji.

1 comment:

hainom OKje said...

Moga satu hari nanti Allah panggil jugak menjadi tetamunya insyaallah