Thursday, August 10, 2017

Tips menjawab soalan kubur



Tips menjawab soalan kubur.

Soalan-soalan kubur bukan hanya soalan bocor, tapi ia teramat mudah dan tersangat senang. Malah jauh lebih senang berbanding soalan-soalan PT3.

Tapi sayang soalan-soalan itu tidak dijawab menggunakan pen atau pensil, tapi dijawab dengan menggunakan amal salih.




Talqin.
Terserah kepada anda tentang hukumnya dan terserah kepada anda sama ada ingin meneruskan atau menghentikannya. Cuma yang pasti, ia tetap tidak bermanfaat kepada si mati andainya si mati itu tidak akrab dengan Allah dan tidak mesra dengan agama.

Tahllil
Termasuklah menyedekahkan pahala bacaan ayat suci Al-quran termasuklah surah Al-Fatihah kepada si mati. Terserah kepada anda untuk menilainya sama ada sia-sia atau bermanfaat.

Terserah juga kepada anda untuk menerima atau menolak amalan ini. Cuma, yang pasti, usahlah kita terlalu mengharapkan pahala yang disedekahkan setelah tiada, tapi cubalah mengumpul pahala ketika hayat masih bersisa dan usia masih berbaki.

Menunggu kubur.
Adakah ia bermanfaat kepada si mati? Carilah jawapannya secara bijaksana. Namun terserahlah kepada anda untuk bersetuju atau tidak dengan amalan tersebut. Cuma yang pasti, ia tidak memberi sebarang makna andainya si mati sentiasa menjauhkan dari-Nya.


Info Tambahan.

Anda berhak mempertikaikan kewibawaan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai seorang politikus, tapi anda wajar memanfaatkan ilmunya sebagai seorang agamawan.

No comments: