Tuesday, September 19, 2017

Apabila Tan Sri Muhammad Muhd. Taib kembali ke pangkuan UMNO.



Apabila Tan Sri Muhammad Muhd.Taib kembali ke pangkuan UMNO.

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib(Mad Taip) hari ini kembali ke pangkuan UMNO setelah lima tahun meninggalkan parti tersebut untuk bersama parti pembangkang.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.
Muhammad berkata, keputusan itu dibuat selepas merasakan perjuangan pembangkang adalah sia-sia.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Mat Taib itu keluar Umno untuk menyertai PAS pada April 2013, dan kemudian menyertai PKR dua tahun kemudian.

Lebih lanjut, langsung sahaja ke, MalaysiaKini


Info Tambahan.


Hormati keputusan dan tindakan Mat Taib. Itu pilihannya dan itu kehendaknya. Usah dicaci dan jangan dicaci.

Saya hairan apabila seorang rakan yang merupakan penyokong tegar Pakatan Harapan mengungkit kembali segala kesalahan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib setelah beliau menyertai semula UMNO. Segala skandal dan penyelewengan yang telah lama berkubur tiba-tiba dihidupkan kembali.

Mungkin sahabat saya ni lupa sesungguhnya Mat Taib telah bersih segala 'dosanya' setelah menyertai pembangkang sejak 2013. Segala kesalahan dan penyelewengan yang pernah Mat Taib lakukan telahpun diampunkan sejak beliau menyertai pembangkang. Segala rekod buruknya telah terpadam apabila beliau bersama pembangkang.

Ingin saya berpesan kepada sahabat saya tersebut, andainya selepas ini Mat Taib membongkar dan mendedahkan segala kelemahan dan kepincangan dalam Pakatan Harapan, maka anda wajib percaya tanpa bantah.  Cuba ingat kembali ketika Mat Taib memburukkan PAS ketika beliau meninggalkan PAS dan menyertai PKR. Bukankah kamu dan yang sealiran denganmu  berkata pendedahan Mat Taib adalah jujur kerana beliau pernah bersama PAS. Sekarang Mat Taib akan dedahkan kepincangan PKR dan Pakatan Harapa, jadi kita wajib anggap pendedahan tersebut sebagai betul, jujur dan ikhlas sebab Mat Taib pernah bersama PKR dan Pakatan Harapan.


Sebenarnya saya tidak berminat untuk menulis perihal politik, tapi kadang-kadang sangat menyampah dengan macai-macai dari mana-mana parti  politik.

2 comments:

Anonymous said...

Mohd Taib dah "insaf"......ha ha ha ha

mamapp said...

Mama x suka politik tapi x bermakna Kita xboleh ambil tau langsung tentang apa yg berlaku