Thursday, November 30, 2017

Mengapa Amiruddin Hamzah memilih PPBM dan bukannya AMANAH.



Mengapa Amiruddin Hamzah memilih PPBM  dan bukannya AMANAH.

Tindakan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah meninggalkan PAS bukanlah satu kejutan. Sesiapa  sahaja yang mengikuti perkembangan politik di Kedah, pasti sahaja dapat menghidu tindakan beliau meninggalkan PAS.

Umum mengetahui Amiruddin adalah antara wakil rakyat PAS dalam kategori 'harumanis' selaim Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfiz Omar dan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.

Cuma tindakannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),agak memeranjatkan banyak pihak. 

Ini kerana ramai yang menjangkakan beliau akan menyertai Parti Amanah Negara(Amanah). 

Aneh dan mengejutkan apabila beliau tidak memilih parti serpihan PAS tersebut, sebaliknya memilih parti serpihan UMNO sebagai wajah perjuangan.



Mengapa Ir Amiruddin Hamzah menyertai PPBM dan bukannya AMANAH?.

Terlalu mudah untuk merungkai persoalan ini. Tidak perlu kita tunggu ulasan dan penjelasan berjela-jela daripada pengalisis politik, tapi sudah terlampau cukup dan memadai andainya kita memahami erti politik dan makna politikus.

Sebagai seorang politikus tentu sahaja Amiruddin ingin menyelamatkan hayat politiknya. Andainya bersama PAS, kemungkinan besar beliau tidak akan dicalonkan lagi dalam Pilihanraya Umum yang akan datang, dan hayat politiknya akan berkubur. Jadi beliau perlu memilih sebuah parti lain untuk memanjangkan hayat politiknya.

Walaupun AMANAH atau PAN merupakan parti serpihan PAS dan dianggotai oleh bekas ahli-ahli PAS dan dipimpin oleh bekas pemimpin-pemimpin PAS, namun parti tersebut tidak mampu mengundang nafsu Amiruddin. Ini kerana beliau menyedari AMANAH kurang mendapat sambutan di Kedah dan jauh sekali untuk mengambil alih tempat PAS.

Jadi sebagai seorang politikus yang matang dan bijaksana beliau telah memilih PPBM walaupun parti tersebut adalah parti serpihan UMNO yang dimusuhinya selama ini. Ini kerana beliau menyedari PPBM adalah bakal menjadi parti pembangkang terkuat di Kedah.
Beliau juga sedar pengaruh Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz Mahathir masih kuat dan utuh di negeri jelapang padi itu. 

Percayalah andainya beliau berada di Pulau Pinang, tentu sahaja beliau akan memilih DAP, dan andainya beliau berada di Selangor beliau akan memilih PKR.

Tindakan Amiruddin Hamzah ini bukanlah aneh atau pelik sebenarnya. Sebelum ini tindakan sebegini pernah dilakukan oleh Datuk Kamaruddin Jaafar. 

Walaupun Kamaruddin adalah sahabat baik Dato Seri Anwar Ibrahim dan bersama-sama Anwar dalam Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan kemudiannya dalam UMNO. Bersama UMNO Kamaruddin pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya ialah Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua  Pemuda UMNO Kelantan.

Namun apabila Anwar ditendang dari UMNO dan isterinya menubuhkan Parti Keadilan Nasional(keADILan) Kamarudin tidak pula menyertai parti tersebut. Sebaliknya beliau menyertai PAS. Ini kerana beliau menyedari PAS adalah parti terkuat di Kelantan.

Kepada Datuk Ir Amiruddin Hamzah selamat maju jaya saya ucapkan. Biarlah pengundi yang menentukan samaada hayat politik anda masih bersisa atau bernoktah. Begitu juga dengan Kamarudin Jaafar. Bersedialah kamu untuk bertarung dengan PAS di Parlimen Tumpat yang kamu wakili selama ini.

Monday, November 20, 2017

Anak Husam Musa ditahan polis bersama 200 biji pil kuda.



Anak Husam Musa ditahan polis bersama 200 biji pil kuda.

Hari ini viral di media sosial kisah anak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor  , yang juga merangkap Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Husam Musa yang ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda seberat kira-kira 20 gram kelmarin.

Ahmad Syafi, 29, ditangkap di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kampung Jelutong, Kota Bharu, Kelantan selepas bergelut secara agresif dengan anggota polis.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, anak Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk perintah tahanan reman selama empat hari bermula semalam.

Sumber : Kosmo

Sementara itu, Datuk Husam Musa memaklumkan beliau hanya mengetahui penahanan anaknya, Ahmad Syafi atas tuduhan memiliki pil kuda menerusi imej laporan sebuah portal yang dihantar kepadanya.

ADUN Salor itu juga memberitahu beliau tidak dimaklumkan secara rasmi oleh polis mengenai penahanan itu dan tentang anaknya akan dibawa ke Mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi.

Info Tambahan.

Berita ini menjadi hangat dan bertiup kencang kerana ia melibatkan anak seorang tokoh politik yang terkenal. Siapa yang tidak mengenali YB Husam Musa. Beliau adalah antara pemimpin Parti Amanah Negara(PAN) yang paling tersohor. Malah popularitinya mengalahkan Presiden parti itu, Mat Sabu dan beberapa pemimpin parti serpihan PAS tersebut.

Malah, YB Husam Musa juga dikatakan bakal dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan andainya Pakatan Harapan dapat menumbangkan PAS dalam Pilihanraya Umum Keempat belas nanti.

Kesimpulannya kisah atau cerita ini tidak akan diperkatakan andainya ia hanya melibatkan orang biasa atau tidak ternama. Tapi bila melibatkan orang politik maka ia menjadi hangat dan sensasi.

Berkaitan hal ini kita sepatutnya melihat isu ini dengan tenang dan matang. Lebih utama dari kisah penangkapan anak Husam Musa, ia memaparkan realiti hari ini yang perlu difahami dan disedari oleh seluruh masyarakat. Iaitu betapa kroniknya masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda pada hari ini.


Dari perkampungan nelayan dan kawasan  pedalaman  serta tanah rancangan felda hinggalah ke bandar-bandar besar kita dapat menyaksikan anak-anak muda Melayu yang ditewaskan oleh dadah durjana.

Sunday, November 19, 2017

Lirik lagu Tak Tun Tuang ( Upiak Isil)

UPIAK ISIL


Lirik lagu Tak Tun Tuang ( Upiak Isil).

Aku belum mandi
Tak tuntuang tak tuntuang
Tapi masih cantik juga
Tak tuntuang tak tuntuang
Apalagi kalau sudah mandi tak tuntuang
Pasti cantik sekali

Kalau orang lain melihat aku tak tuntuang
Badak aku taba bana
Tak tuntuang tak tuntuang
Tapi kalau langsuang di idu tak tuntuang
Astaghfirullah baunya

Kalau cowok ganteng yang lewat
Aku acuah je nyeh
Kalau apak gaek yang lewat
Aku aniang je nyeh

Yang penting indak
Manggaduah urang tak tuntuang
Walau acok galak surang
Tak tuntuang tak tuntuang

Walau sangko urang
Awak dalang tak tuntuang
Tapi hati isil sanang… iiiyesss

chorus:

Aku belum mandi
Tak tuntuang tak tuntuang
Tapi masih cantik juga
Tak tuntuang tak tuntuang
Apalagi kalau sudah mandi tak tuntuang
Pasti cantik sekali

Kalau orang lain melihat aku tak tuntuang
Badak aku taba bana
Tak tuntuang tak tuntuang
Tapi kalau langsuang di idu tak tuntuang
Astaghfirullah baunya

Kalau cowok ganteng yang lewat
Aku acuah je nyeh
Kalau apak gaek yang lewat
Aku aniang je nyeh

Yang penting indak
Manggaduah urang tak tuntuang
Walau acok galak surang
Tak tuntuang tak tuntuang

Walau sangko urang
Awak dalang tak tuntuang
Tapi hati isil sanang… iiiyesss

Lagu Tak Tun Tuang benar-benar menjadi fenomena. Ia tidak hanya popular di Indonesia malah sangat terkenal di Malaysia. Malah dikatakan turut menular ke Thailand dan Korea Selatan.

Lagu Tak Tun Tuang dipopularkan oleh penyanyi dari Indonesia, iaitu Upiak  Isil.  Ia merupakan sebuah lagu Minangkabau. Etnik Minangkabau  kebanyakkannya menghuni provinci Sumatera Barat, Indonesia.

Tidak cukup dengan versi asal nyanyian Upik Usial, terdapat juga versi parodi yang menyumbang atau memeriahkan lagi fenomena Tak Tun Tuang.

Di Malaysia, seorang anak muda yang bernama Andi Bernadee menjadi sebutan di media sosial apabila dia menyanyikan semula lagu Tak Tun Tuang secara parodi. Malah lagu tersebut juga turut dinyanyikan secara parodi oleh Wany Hasrita.

Info Tambahan.
Imbas kembali betapa popularnya Gangnam Style yang dinyanyikan oleh Psy dan
PPAP (Pen-Pineapple-Apple-Pen) yang dipopularkan oleh Pikotaro. Mengapa lagu sebegini termasuklah Tan Tun Tuang menjadi begitu popular dan melekat di hati peminat. Adakah kerana masyarakat sekarang tidak lagi berminat dengan lagu-lagu yang sarat dan padat dengan persoalan-persoalan yang berat. Atau dengan kata lain mereka ingin hiburan yang santai untuk dinikmati.

Sunday, November 12, 2017

Gegar Vaganza, Aishah bakal saman individu yang memfitnahnya.



Gegar Vaganza, Aishah bakal saman individu yang memfitnahnya.

Nama Aishah kembali popular setelah beliau muncul sebagai peserta Gegar Vaganza Musim ke empat.

Kemunculannya tidak hanya mengubat rindu peminat-peminatnya setianya sejak era 1980-an dan 1990-an lagi, namun turut berjaya melahirkan rasa kagum dalam kalangan generasi muda yang lahir setelah beliau menyepi dari dunia seni.

Buktinya akauan Instagram beliau yang sebelum ini hanya ratusan orang sahaja pengikut, tetapi semakin bertambah semenjak beliau menyertai  Gegar Vaganza.

Bagaimanapun kemunculan kembali Aishah dunia hiburan tidak dapat diterima oleh semua pihak dengan senang dan tenang. Ada sahaja golongan yang tidak menyenanginya. 

Jika setakat kritik dan tegur ia adalah lumrah, malah ia adalah guru terbaik untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Tapi malangnya, bukan kritikan dan teguran tapi sebaliknya cemuhan dan hinaan yang beliau terima. 

Mudah-mudahan kutukan dan penghinaan daripada golongan tidak bertamadun itu tidak melemahkan Aishah.

Sebagaimana yang dilaporkan di dalam Sinar Harian , Aishah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memfitnahnya.
“Buat apa nak bising-bising, kumpul bukti dan saman, senang. Kita kena tahu batasan kita dan perlu setiap orang menjaga batasan diri,” begitulah pendirian Aishah sebagaimana disiarkan dalam Sinar Harian.



Info Tambahan.

Selamat maju jaya kepada Aishah. Tindakan Aishah membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap cemuhan amat terpuji, namun ketegasannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan yang memfitnahnya amatlah wajar. Mungkin hanya undang-undang yang boleh mendidik manusia yang tidak berakhlak itu.

Wednesday, November 8, 2017

Gegar Vaganza Musim Keempat ( GV4) pengubat rindu peminat Aishah.



Gegar Vaganza Musim Keempat ( GV4) pengubat rindu peminat Aishah.

Entry ini ditulis bertemankan lagu sensation yang pernah dipopularkan oleh Aishah & The Fan Club.


Suatu ketika dahulu, atau lebih tepat lagi pada tahun 1990-an Aishah cukup popular. Namanya cukup dikenali. Lagu-lagunya menjadi siulan orang ramai. 

Antara lagu popularnya ialah Janji Manismu, Cinta Beralih Arah, Camar Yang Pulang, Kemaafan Dendam Yang Terindah. Uniknya populariti Aishah tidak bermula di Malaysia, malah sebelum kembali ke Tanah Air beliau pernah mencipta nama di New Zealand ketika bersama Kumpulan The Fan Club.





Kumpulan Fan Club merupakan kumpulan penyanyi dari New Zealand yang juga dianggotai oleh Aishah. 

Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa.  

Aishah adalah artis Malaysia Pertama yang mencipta di Australia, New Zealand & Amerika Syarikat (Aishah & The Fan Club) lebih menbanggakan lagu beliau bersama Kumpulan The Fan Club, Dont Make Me Feel Alone pernah menduduki tangga kedua dalam Carta Billboard USA 1990.

Namun karier seni Aishah mulai pudar apabila beliau bertindak mengundurkan diri dari arena hiburan dan berkecimpung dalam dunia politik. Malah ketika Pilihanraya Umum ke 13, beliau turut bertanding sebagai calon PAS menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dari Barisan Nasional di Parlimen Rembau.

Beliau kemudiannya menyertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) gara-gara tidak bersetuju dengan kepimpinan PAS. 

Namun apa yang pasti, politik telah menghanyutkan Aishah hingga dia terlupa dia adalah anak seni yang pernah mencipta nama.
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, Aishah kembali membuat kejutan apabila terpilih menyertai rancangan realiti popular Gegar Vaganza musim keempat (GV4). Ia benar-benar mengubat kerinduan para peminat Aishah termasuklah saya.


Lebih mengujakan peserta Gegar Vaganza musim keempat ini turut mempunyai wakil dari negara Indonesia (Firman) dan Singapura(Ferhad). Apapun saya tetap menyokong Aishah dan Hazami. Kedua-duanya adalah artis yang saya minati.