Sunday, November 12, 2017

Gegar Vaganza, Aishah bakal saman individu yang memfitnahnya.



Gegar Vaganza, Aishah bakal saman individu yang memfitnahnya.

Nama Aishah kembali popular setelah beliau muncul sebagai peserta Gegar Vaganza Musim ke empat.

Kemunculannya tidak hanya mengubat rindu peminat-peminatnya setianya sejak era 1980-an dan 1990-an lagi, namun turut berjaya melahirkan rasa kagum dalam kalangan generasi muda yang lahir setelah beliau menyepi dari dunia seni.

Buktinya akauan Instagram beliau yang sebelum ini hanya ratusan orang sahaja pengikut, tetapi semakin bertambah semenjak beliau menyertai  Gegar Vaganza.

Bagaimanapun kemunculan kembali Aishah dunia hiburan tidak dapat diterima oleh semua pihak dengan senang dan tenang. Ada sahaja golongan yang tidak menyenanginya. 

Jika setakat kritik dan tegur ia adalah lumrah, malah ia adalah guru terbaik untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Tapi malangnya, bukan kritikan dan teguran tapi sebaliknya cemuhan dan hinaan yang beliau terima. 

Mudah-mudahan kutukan dan penghinaan daripada golongan tidak bertamadun itu tidak melemahkan Aishah.

Sebagaimana yang dilaporkan di dalam Sinar Harian , Aishah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memfitnahnya.
“Buat apa nak bising-bising, kumpul bukti dan saman, senang. Kita kena tahu batasan kita dan perlu setiap orang menjaga batasan diri,” begitulah pendirian Aishah sebagaimana disiarkan dalam Sinar Harian.



Info Tambahan.

Selamat maju jaya kepada Aishah. Tindakan Aishah membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap cemuhan amat terpuji, namun ketegasannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan yang memfitnahnya amatlah wajar. Mungkin hanya undang-undang yang boleh mendidik manusia yang tidak berakhlak itu.

No comments: