Monday, December 18, 2017

Aishah juara Gegar Vaganza 2017

Gegar Vaganza Musim Keempat.
Gambar dari Astro Gempak


Aishah juara Gegar Vaganza 2017.

Teka teki akhirnya terjawab. Debaran juga telah mulai reda. Alhamdulillah, penyanyi kesayangan ramai Aishah akhirnya menjuarai Gegar Vaganza Musim Keempat.

Aishah atau nama sebenarnya  Wan Aishah Wan Ariffin berjaya menewaskan lima peserta yang lain.

Berikut adalah keputusan Gegar Vaganza ke- 4.

Juara : Aishah.
Tempat kedua Liza Hanim 
Tempat ketiga pula Lan Solo
Tempat Keempat Firman Siagian
Tempat kelima Hazami
Tempat keenam Tia Jinbara.

Aishah membawakan lagu All by Myself di segmen solo serta menyanyikan lagu Supergirls bersama Liza Hanim di segmen battle.

Info Tambahan.

Semoga bintang Aishah kembali bersinar.  Semoga kegemilangan yang dicipta sejak bersama The Fan Club kembali berulang. 

Saturday, December 16, 2017

Alhamdulillah, akhirnya IMAMS dibatalkan.

Laman Facebook Mas Ermieyati Samsudin



Alhamdulillah, akhirnya IMAMS dibatalkan.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan hari ini mengambil keputusan membatalkan perlaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) setelah sehari ia dilancarkan.

KEMENTERIAN Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) membatalkan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) hari ini selepas mengambil kira bantahan pelbagai pihak.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pembatalan itu dibuat sehari selepas ia dilancarkan berikutan pelbagai masalah antaranya pemegang saham syarikat IMAMS yang bukan beragama Islam serta menimbang semula kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada jemaah umrah.

Sumber : Harian Metro

Info Tambahan.

Pembatalan perlaksanaan IMAMS memang wajar dan patut. Harap-harap ia benar-benar dibatalkan dan bukannya ditangguhkan perlaksanaan.

Harap-harap pembatalannya kerana mengambil kira rintihan rakyat dan bukannya bersifat mengambil hati menjelang Pilihanraya Umum ke-14( PRU14) yang bakal menjelma.

Hasrat murni Kerajaan untuk membanteras penipuan pakej umrah sememangnya murni dan terpuji, tapi IMAMS bukanlah kaedahnya, malah IMAMS menambahkan lagi beban golongan yang ingin menunaikan umrah.

Bayangkan, andainya IMAMS dilaksanakan setiap umat  islam yang ingin menunaikan umrah akan  dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM5.10 selain bayaran tambahan sebanyak RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 untuk insurans.

Kalau IMAMS dilaksanakan juga ia akan jadi medan untuk pihak berkepentingan mencipta keuntungan. Lagi teruk pihak yang mencipta laba itu terdiri daripada golongan bukan Islam.

Sunday, December 10, 2017

Jadual dan tarikh pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2018.

Jadual pembayaran gaji
kakitangan Awam 2018

Jadual dan tarikh pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2018.

Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya, dan tahun baharu 2018 bakal menjelma. Tahun baharu pasti sahaja ada cerita baharu.

Kepada kakitangan awam, antara perkara yang ingin diketahui sempena tahun baharu ialah tarikh pembayaran gaji dan takwim persekolahan.

Entry ini khusus mengenai jadual dan tarikh pembayaran gaji kakitangan awam 2018. Mudah-mudahan ia akan membolehkan para kakitangan awam membuat perancangan awal. 

Sebagaimana tahun 2017, tarikh pembayaran gaji pada tahun hadapan juga didapati kurang mesra pengguna. Ini kerana terdapat bulan- bulan tertentu yang mempunyai jarak pembayaran gaji yang agak jauh atau lama. 

Contohnya, untuk bulan febuari dan Jun di mana gaji akan dibayar pada 8 febuari dan 7 Jun 2017.

Jadi para penjawat awam perlulah merancang perbelanjaan dengan bijak agar dapat bernafas dengan tenang dan senang. Kalau tidak terpaksalah bernafas dalam lumpur. Bak kata bijak pandai,:

 “sesiapa yang gagal untuk merancang, sebenarnya sedang merancang untuk gagal.” 


Kepada para penjawat awam mudah-mudahan gaji yang diperolehi ini diberkati oleh Allah S.W.T dan dibelanjakan ke jalan yang diredhai-Nya.

Tuesday, December 5, 2017

Perginya Lagenda Bollywood Shashi Kapoor



Perginya Lagenda Bollywood Shashi Kapoor.

Saya ingat lagi pada zaman kanak-kanak dahulu, iaitu  sekitar tahun 1980-an filem-filem lakonan Shashi Kapoor seringkali muncul di kaca televisyen.

Sememangnya pada era 70a-n dan 80-an,  Shahsi Kapoor amat popular.


Sebagaimana abang-abangnya, iaitu Raj Kapoor dan Shami Kapoor, namanya juga sentiasa meniti di bibir peminat filem Hindustan pada ketika itu.



Shahsi Kapoor mula menjejakkan kaki ke dunia layar perak india sewaktu usianya masih muda, sehingga kini, namanya telah membintangi 150 filem Bollywood.

Selain tiga beradik tersebut, terdapat juga beberapa orang pelakon  Hindustan yang popular pada masa itu ialah anak saudaranya, Rishi Kapoor yang mencipta fenomena menerusi filem Bobby, Dharmendra, Heema Malini, Zeenat Aman, Sharmila Tagore ( ibu kepada Saif Ali Khan), Rajesh Khanna, Amitabh Bachan dan lain-lain lagi.


Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan. Lagenda Bollywood itu tersebut telah pergi buat selama-lamanya. Shashi Kapoor telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana masalah buah pinggang.

Menurut laporan The Times of India, Shahsi telah menghidapi komplikasi dan menderita penyakit buah pinggang selama beberapa tahun yang lalu.

Saturday, December 2, 2017

Keputusan undian Piala Dunia Russia 2018


Pasti sahaja ramai peminat bola sepak menanti-nanti keputusan ini dengan penuh debar. Malah ada juga yang kecewa kerana pasukan kesayangan telah tersingkir awal-awal lagi. Antaranya Belanda dan Itali yang terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan.


Berikut adalah senarai kumpulan negara-negara yang akan bertanding di Piala Dunia Rusia 2018.

KUMPULAN A
Rusia
Arab Saudi
Mesir
Uruguay

KUMPULAN B
Portugal
Sepanyol
Maghribi
Iran

KUMPULAN C
Perancis
Australia
Peru
Denmark

KUMPULAN D
Argentina
Iceland
Croatia
Nigeria

KUMPULAN E
Brazil
Switzerland
Costa Rica
Serbia

KUMPULAN F
Jerman
Mexico
Sweden
Korea Selatan

KUMPULAN G
Belgium
Panama
Tunisia
England

KUMPULAN H
Poland
Senegal
Colombia
Jepun


Info Tambahan.
Mampukah German mempertahankan kejuaraannya pada tahun 2014. Memang sangat sukar tapi ia bukanlah mustahil. Sebagai peminat dan penyokong German saya amat mengharapkan German mampu mempertahankan kejuaraannya.