Monday, July 16, 2018

Semak arah kiblat semasa fenomena Istiwa A'zam.

Gambar dari Jabatan Mufti Negeri
Sembilan.



Semak arah kiblat semasa fenomena Istiwa A'zam.

Penentuan arah kiblat yang tepat amat penting menunaikan  terutamanya untuk  terutama dalam pembinaan masjid, surau dan juga untuk urusan pengebumian jenazah seseorang Muslim.

Disebabkan menghadap kiblat adalah salah satu daripada syarat sah solat, maka menjadi kewajipan setiap individu Muslim untuk memastikan arah kiblat di kawasannya tepat dan tidak tersasar. 

Sebenarnya ada kaedah yang amat mudah untuk kita menentukan arah kiblat, iaitu dengan meletakkan objek yang lurus atau paling senang  ialah sebatang kayu yang panjang dan lurus pada waktu petang pada tarikh 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun.

Ini kerana pada waktu petang pada tarikh tersebut berlakunya fenomena Istiwa A'zam.


Apakah yang dimaksudkan sebagai Fenomena Istiwa A’zam 

Fenomena ini merupakan detik atau masa matahari berada tepat di atas Kaabah. 

Di Malaysia ia berlaku sebanyak dua kali setahun, iaitu.

  • 28 Mei setiap tahun tepat pada pukul  5.16 petang 
  • 16 Julai setiap tahun tepat  pada pukul 5.28 petang.


Cara-Cara melakukan semakan arah Kiblat


  • Pacak satu objek atau tiang yang panjang dalam keadaan tegak( 90 darjah) di kawasan lapang yang terdedah kepada matahari.

  • Arah kiblat ditentukan melalui bayang-bayang yang terhasil, iaitu bertentangan dengan arah jatuhnya bayang-bayang.

  • Dalam konteks Malaysia , bayang-bayang akan jatuh di sebelah Timur . Jadi , arah kiblat adalah bertentangan dari bayang-bayang tersebut iaitu sebelah Barat .




INFO TAMBAHAN.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.


Bagaimanapun, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan had berpaling yang dibenarkan tidak melebihi tiga darjah dan ia tidak perlu difatwakan tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru.





Senarai negara paling kerap jadi juara Piala Dunia.





Senarai negara paling kerap jadi juara Piala Dunia.

Sambil menonton perlawanan akhir atau final Piala Dunia 2018 di televisyen, tiba-tiba terdetik untuk menulis entry tentang negara-negara yang paling kerap menjuarai Piala Dunia. Entry ini ditulis pada 16 haribulan Julai 2018 pada pukul 12.44 pagi. 

Pada waktu entry ditulis Perancis sedang mendahului Crotia 4 gol berbalas 2.  Saya yakin Perancis akan muncul sebagai juara Piala Dunia 2018 memandangkan ketika entry ini ditulis masa masih lagi berbaki 2 minit tidak termasuk masa kecederaan.

Piala Dunia adalah perlawanan bola sepak paling berprestij di dunia. Ia diadakan selama empat tahun sekali. Sejak diperkenalkan pada tahun 1930 hinggalah ke hari ini Kita dapati beberapa negara pernah muncul sebagai juara Piala Dunia.


Berikut adalah negara yang paling kerap menjadi juara Piala Dunia.


Brazil


Brazil, 5 kali menjadi juara Piala Dunia.
  • Pertama kali muncul juara pada tahun 1958
  • Kedua pada tahun 1962
  • Ketiga lada tahun 1970
  • Keempat pada tahun 1994
  • Kelima pada tahun 2002



Itali
 Itali : 4 kalì muncul sebagai juara Piala Dunia.

  • Pertama kali pada tahun 1934
  • Kedua pada tahun 1938
  • Ketiga pada tahun 1982
  • Keempat pada tahun 2006



German
German : 4 kali jadi juara Piala Dunia.
  • Kali pertama pada tahun 1954
  • Kedua pada tahun 1974
  • Ketiga pada tahun 1990
  • Keempat pada tahun 2014



Argentina





Argentina: 2 kali jadi juara Piala Dunia
  • Kali pertama pada tahun 1978
  • Kali kedua pada tahun 1986

Uruguay


Uruguay: 2 kali juara Piala Dunia
  • Kali pertama ada tahun 1930(tahun pertama kejohanan Piala Dunia)
  • Kali kedua pada tahun 1950


Perancis

                               
Perancis: 2 kali Piala Dunia.
  • Kali pertama pada tahun 1998
  • Kali kedua pada tahun 2018



Info Tambahan.
Tahniah kepada Perancis kerana menang bergaya muncul juara Piala Dunia 2018 setelah berjaya menewaskan Crotia dengan 4 jaringan gol berbalas 2. 



Thursday, July 12, 2018

Tewaskan England, Crotia mara ke final Piala Dunia 2018.

World Cup 2018


Tewaskan England, Crotia mara ke final Piala Dunia 2018.

Ramai yang tidak menduga dan ramai yang tidak menyangka. Malah ramai juga yang kecewa . Namun itulah realitinya, Crotia berjaya mengalahkan England 2-1 pada separuh akhir Piala Dunia 2018

Gol kemenangan Crotia yang dijaringkan oleh Mario Mandzukic pada minit ke 109 telah menamatkan riwayat England dalam persaingan Piala Dunia 2018, Kepada penyokong England hadapilah kekalahan ini dengan senyuman kerana itulah realiti yang terpaksa diterima sepenuh hati.

Sebenarnya sesiapa yang mengikuti perkembangan anak didik Zlatko Dalic sedari awal lagi pasti sahaja akan menyedari kehebatan dan kemampuan Crotia.




Berikut adalah senarai penjaring gol dalam pertemuan separuh akhir Piala Dunia 2018, antara Crotia dan England awal pagi tadi( waktu Malaysia).

Croatia 2 gol

  • Ivan Perisic minit ke 68
  • Mario Mandzukic minit ke 109


England 1 gol
  • Kieran Trippier pada minit ke 5



Selamat maju jaya buat Crotia dan penyokongnya, namun saya yakin kalian akan menangis kerana gawang gol pasukan Crotia akan ditembusi jaringan dari Perancis nanti pada perlawanan akhir Piala Dunia

Nostalgia Ramadan Mengusik Jiwa.

Surau(Balaisoh ) yang semakin uzur dan tak berfungsi.
Dahulu di Balaisoh inilah tempat
penduduk Kampung solat jemaah dan tarawih
dan kanak-kanak belajar Al-Quran.



Nostalgia Ramadan Mengusik Jiwa.

Biarpun Ramadan tahun ini dah berlalu dan Syawal juga hampir menutup tirainya, namun entry yang tertangguh ini tetap saya gagahi dan siarkan jua.

Ramadan pasti sahaja menyimpan nostalgia tersendiri dalam hidup dan kehidupan kita. Nostalgia yang  tersimpan rapi dalam arkib kenangan, namun sesekali apabila diselak kembali helaian-helaian kenangan itu kita akan kembali merindu tika dan detik itu. Jujur, memori itu terpasak utuh di ingatan dan terpahat kukuh dalam kenangan.

Saya meniti usia kanak-kanak pada pertengahan dan akhir tahun lapan puluhan. Tentu sahaja warna dan corak yang melatari persekitaran pada masa itu amat berbeza dengan zaman sekarang, sekali gus menatijahkan hidup dan kehidupan yang berbeza antara kanak-kanak dua zaman tersebut.

Antara kenangan yang amat manis untuk dikenang ialah mengenai keterujaan untuk mengetahui tarikh permulaan puasa atau satu Ramadan.

Dahulu tarikh permulaan Ramadan dan juga hari raya tidaklah setepat yang tercatat dalam kalendar. Ia boleh berubah berdasarkan anak bulan, sama ada kelihatan atau tidak. Jadi pada malam pengistiharan puasa yang akan disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja amat dinanti-nantikan dengar sabar dan penuh semangat. 

Pada tahun lapan puluhan amat jarang warga Kampung saya yang memiliki telivisyen, jadi radiolah yang menjadi menjadi medium penyebaran maklumat tersebut. Fokus, masing-masing fokus menadah gegendang telinga tatkala Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mula bersuara. Malah, kalau ada yang turut bersuara pasti sahaja segenap mata akan menjeling ke arahnya, silap hari bulan akan disergah dan dimarah.

Disebabkan tarikh permulaan Ramadan tidak setepat yang tercatat dalam kalendar maka kanak-kanak pada waktu amat menaruh harapan agar awal Ramadan tidak jatuh keesokan hari tapi biarlah pada berikutnya, iaitu lusa. Ini kerana ingin makan sepuasnya sebelum berpuasa.

Selain keterujaan menanti detik pengistiharan bulan puasa, saat-saat Indah menunaikan solat tarawih di surau kampung juga menjadi sebahagian kenangan manis dalam hidup saya. Di Kampung saya dan mana-mana tempat di Kelantan surau dikenali sebagai Balaisoh. 

Di balaisoh yang terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan itulah tempat kami belajar Al-Quran dan di balaisahlah solat jemaah termasuklah solat tarawih dan solat sunat hari raya Aidilfitri dan Aidiladha dilaksanakan. Sekitar tahun 1980-an hinggalah akhir tahun 1990-an balaisoh itu amat sebati dengan hidup dan kehidupan kami. 

Selain solat tarawih  di balaisoh  ini jugalah akan diadakan majlis berbuka puasa. Meskipun hanya sekali sahaja diadakan dalam setiap Ramadan, namun kemeriahan amat terasa dan manisnya kenangan itu masih lagi segar di jiwa. 

Ketika Majlis berbuka puasa diadakan setiap keluarga akan membawa hidangan masing-masing. 
Kembali kepada solat tarawih, dahulu selawat antara rakaat kadang-kadang menjadi pengusir mengantuk. Ini kerana ia dilafazkan dengan kuat malah kadang-kadang hingga kedengaran ke balaisoh yang  lain. Kerana tercabar  maka jemaah  balaisoh yang lain juga akan melafazkan selawat dengan lebih kuat. Meriah  sekali apatah lagi pada waktu itu belum kedengaran lagi mana-mana suara yang membid'ahkan selawat antara rakaat solat tarawih.

Selain itu, detik yang paling dinanti-nanti oleh golongan kanak-kanak pada waktu itu ialah jamuan yang diadakan seusai solat  tarawih. Jujur dan ikhlas setelah sekian lama dan ssesudah dewasa barulah saya ketahui jamuan itu dikenali sebagai moreh di negeri-negeri lain. Inilah masa yang dinanti-nantikan oleh kanak-kanak. Paling disukai ialah kuih akok.

Namun sayang seribu kali sayang, balaisoh tempat kami bersolat tarawih dan berbuka puasa, serta solat jemaah dan belajar Al-Quran zaman kanak-kanak hingga hanya tinggal kenangan. Ia tidak lagi berfungsi dan terbiar reput. Setiap kali memandang ke arah balaisoh ini naluri dijentik rasa sendu yang menjalar ke kalbu.


Bulan puasa tahun 1980-an juga diserikan juga dengan acara perang mercun, termasuklah dengan kampung yang berjiran dengan kampung kami. Antara mercun yang popular pada masa itu ialah mercun das dan mercun roket. Serang menyerang dan 'tembak menembak' mewarnai malam-malam Ramadan di kampung kami. 

Kadang-kadang ada juga mercun yang tersasar ke balaisoh hingga gegak gempita jemaah wanita yang kebanyakkannya telah berusia.

Tuesday, July 10, 2018

LIRIK LAGU LAGI SYANTIK - SITI BADRIAH

Gambar dari Instagram Siti Badriah

LIRIK LAGI SYANTIK - SITI BADRIAH

Sejujurnya sebelum ini saya tidak pernah mengenali apatah lagi meminati Siti Badriah. Saya yakin kebanyakkan rakyat Malaysia pun begitu jua. 

Namun sejak lagu lagi syantik nyanyiannya mula tersebar, beliau mula diminati dan dikenali ramai di Malaysia.

Bayangkan betapa hebatnya penangan lagu ini, hinggakan mampu mengundang 30 juta review dalam tempoh dua bulan dimuat naik di You Tube.  

Saya difahamkan sejak dimuat naik pada 22 Mac 2018 di YouTube, video muzik Lagi Syantik itu ditonton lebih dari 2 juta kali dalam 24 jam. Malah hingga 27 Mei 2018, lagu tersebut telah ditonton lebih dari 35 juta kali.


Jadi dalam entry ini saya kongsikan lirik lagu Lagi Syantik untuk hiburan rakan-rakan semua.


Siti Badriah.



LIRIK LAGI SYANTIK - SITI BADRIAH

Emang lagi syantik
Hey sayangku hari ini aku syantik
Syantik bagai bidadari
Bidadari dihatimu

Hey sayangku perlakukanlah diriku
Seperti seorang ratu
Kuingin dimanja kamu
Hey sayangku hari ini aku syantik
Syantik bagai bidadari
Bidadari dihatimu

Hey sayangku perlakukanlah diriku
Seperti seorang ratu
Kuingin dimanja kamu
Emang lagi manja
Lagi pengen dimanja
Pengen berduaan dengan dirimu saja

Emang lagi syantik
Tapi bukan sok syantik
Syantik syantik gini hanya untuk dirimu
Hey sayangku hari ini aku syantik
Syantik bagai bidadari
Bidadari dihatimu

Hey sayangku perlakukanlah diriku
Seperti seorang ratu
Kuingin dimanja kamu

Emang lagi syantik
Emang lagi syantik
Emang lagi manja
Lagi pengen dimanja
Pengen berduaan dengan dirimu saja

Emang lagi syantik
Tapi bukan sok syantik
Syantik syantik gini hanya untuk dirimu

Emang lagi manja
Lagi pengen dimanja
Pengen berduaan dengan dirimu saja

Emang lagi syantik
Tapi bukan sok syantik

Syantik syantik gini hanya untuk dirimu

Friday, July 6, 2018

Senarai penuh Menteri Kabinet Malaysia 2018.




Senarai penuh Menteri Kabinet Malaysia 2018.

Sejak Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya umum ke-14 (PRU-14) dan membentuk kerajaan, ramai yang tertanya-tanya dan ternanti-nanti senarai penuh Menteri Kabinet Malaysia. 

Tentu sahaja seantero rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan amat mengharapkan agar barisan menteri yang akan dibentuk lebih berkualiti berbanding barisan menteri kerajaan sebelum ini.

Teka teki mengenai senarai penuh Menteri tersebut akhirnya terjawab apabila seramai 13 lagi Menteri Kabinet dan 23  timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara pada hari ini. Ia  sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan Menteri Kabinet Persekutuan berjumlah seramai 26 orang.

Di sini saya kongsikan senarai lengkap Menteri-Menteri Kabinet dan portfolio masing-masing untuk manfaat bersama.

Berikut adalah senarai penuh Menteri Kabinet Malaysia 2018.

PERDANA MENTERI
Tun Dr Mahathir bin Mohamad

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail


1. MENTERI DALAM NEGERI.
  •     Tan Sri Muhyiddin bin Yassin.


2. MENTERI PENDIDIKAN.
  •      Dr Maszlee Malik


3. MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR.    
  •      Puan Rina Harun (Titiwangsa)


4. MENTERI WANITA DAN PEMBANGUNAN  
    KELUARGA.
  •      Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail.


5. MENTERI HAL EHWAL EKONOMI
  •      Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali


6. MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN 
    TEMPATAN.
  •      Datuk Zuraida Kamaruddin


7.  MENTERI KEWANGAN.
  •      Lim Guan Eng


8. MENTERI PENGANGKUTAN
  •     Anthony Loke Siew Fook


9. MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 
  •     Gobind Singh Deo


10. MENTERI TENAGA MANUSIA.
  •       Kulasegaran V. Murugeson


11. MENTERI PERTAHANAN.
  •        Mohamad bin Sabu


12. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS
      TANI.
  •       Salahuddin Ayub


13. MENTERI KESIHATAN:
  •       Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad


14. MENTERI BELIA DAN SUKAN
  •        Syed Saddiq Syed Abd Rahman


15.MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN.
  •     Redzuan Yusof 


16.MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI.
  •       Dr A Xavier Jayakumar


17. MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI
      DAN HAL EHWAL PENGGUNA
  •       Datuk Saifuddin Nasution Ismail


18. MENTERI KERJA RAYA
  •       Baru Bian


19.MENTERI LUAR NEGERI
  •       Datuk Saifuddin Abdullah


20. MENTERI INDUSTRI UTAMA
  •        Teresa Kok


21. MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI,  SAINS,
      PERUBAHAN IKLIM DAN ALAM SEKITAR.
  •       Yeo Bee Yin


22. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
      (AGAMA)
  •        Datuk Dr Mujahid Yusof
       
23. MENTERI WILAYAH
  •        Khalid Abdul Samad


24.MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
     (UNDANG-UNDANG)
  •      Datuk Liew Vui Keong


25.MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN
     BUDAYA.
  •      Datuk Mohamad Din Ketapi


26. MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA
       DAN INDUSTRI 
  •        Darell Leiking



Info Tambahan.

Sebagai warga Malaysia kita perlu menumpahkan taat setia kepada pemimpin negara dan berganding bahu memajukan negara. 

Kesetiaan itu hanya boleh berlaku apabila rakyat memandang mereka sebagai pemimpin negara dan bukannya pemimpin parti-parti komponen Pakatan Harapan. Kita perlu sedar negara kita adalah tanggungjawab kita. Pemimpin dan rakyat masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk memajukan negara.

Thursday, July 5, 2018

Lirik Lagu Goyang Dua Jari - Sandrina

Sandrina.




Lirik Lagu Goyang Dua Jari - Sandrina

Lagu Goyang Dua Jari kini menjadi fenomena di Malaysia. Lagu yang dipopularkan oleh penyanyi dari Indonesia, Sandrina benar-benar berjaya menarik minat segenap lapisan masyarakat, dari kanak-kanak hinggalah golongan tua.



Itu Goyang satu jari Ustaz.


Di sini saya kongsikan lirik lagu tersebut untuk tatapan bersama.

Lirik Lagu Goyang Dua Jari - Sandrina

kalau kamu sendiri
kamu jangan sedih
jangan galau jangan pusing
jangan di pikirin

ayo kita happy happy
kita goyang dua jari
kanan kiri kanan kiri
puter puter jari

ayo kita goyang dua jari
biar kita happy
goyang sampai pagi

ayo kita goyang dua jari
biar kita happy
goyang sampai pagi
kalau kamu sendiri
kamu jangan sedih
jangan galau jangan pusing
jangan di pikirin

ayo kita happy happy
kita goyang dua jari
kanan kiri kanan kiri
puter puter jari

ayo kita goyang dua jari
biar kita happy
goyang sampai pagi


ayo kita goyang dua jari
biar kita happy
goyang sampai pagi

Tuesday, July 3, 2018

Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan SPRM.

Datuk Seri Najib Tun Razak.


Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan SPRM.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta kira-kira jam 3 petang tadi.

Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB, dalam satu kenyataan telah mengesahkan penangkapan tersebut  sekitar jam 3 petang.

Pasukan tersebut dianggotai oleh bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.

Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.

Sebelum ini, Mantan Perdana Menteri itu dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu SRC International.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO tampil memberi keterangan pada 22 Mei  dan 24 Mei lalu di Ibu Pejabat SPRM.

Lebih lanjut langsung sahaja ke,---->Berita Harian

INFO TAMBAHAN.

SRC International pada mulanya ditubuhkan sebagai anak syarikat 1MDB dan kemudiannya menjadi anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Seantero rakyat Malaysia yang matang mengharapkan agar Datuk Seri Najib Tun Razak diadili dengan sebaik-baiknya. Jika benar-benar bersalah beliau perlu dihukum sebagai pengajaran dan iktibar kepada setiap warga Malaysia, terutamanya para penguasa. Jika sebaliknya, nama dan imej beliau perlu dibersihkan.

Thursday, May 31, 2018

Jadual waktu berbuka puasa yang paling tepat untuk seluruh Malaysia.




Jadual waktu berbuka puasa yang paling tepat untuk seluruh Malaysia.

Waktu berbuka adalah waktu yang amat dinanti-nantikan oleh setiap individu Muslim yang menunaikan Ibadah puasa. Malah dalam islam, antara amalan yang dituntut ialah menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur.

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa yang paling tepat untuk seluruh Malaysia dan seantero dunia.


V


V


V

V

V

V




Hahaha. Jangan marah. Tak elok marah-marah di bulan yang mulia.

INFO TAMBAHAN.

Tahun lepas(2017) stesen radio THR Gegar telah menyiarkan azan maghrib lebih awal berbanding waktu yang sebenar. Akibatnya, ramailah umat islam di Kelantan yang berbuka puasa awal lima minit. 

Jadi sebagai langkah selamat janganlah terlalu bergantung kepada siaran azan di stesen radio dan telivisyen semata-mata. Tetapi rujuklah takwim dan caknalah dengan jam.


Tentang jadual berbuka dan imsak langsung sahaja ke -- SINI



Wednesday, May 2, 2018

PRU-14, Akhirnya Ustaz Nik Omar jadi calon Pakatan Harapan di Dun Cempaka.


PRU-14, Akhirnya Ustaz Nik Omar jadi calon Pakatan Harapan di Dun Cempaka.

Benar-benar terkejut. Sungguh tidak diduga dan tidak disangka apabila Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz akhirnya muncul sebagai Calon Pakatan Harapan Di Dun Cempaka, iaitu Dun yang diwakili ayahandanya suatu ketika dahulu.

Apa tidaknya, ini kerana sebelum ini, anakanda  kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat itu telah menjelaskan beliau tidak akan bertanding demi menjaga hati ibunya. Malah segala teki hanya terjawab apabila beliu muncul pada hari penamaan calon pada 28 April baru-baru ini.

Meskipun menjadi calon Pakatan Harapan, beliau mendakwa masih lagi menjadi ahli PAS. Sementara itu, PAS akan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada beliau berhubung tindakannya bersama Pakatan Harapan.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata,  berdasarkan perlembagaan sekiranya mana-mana ahli menyertai parti lain, individu berkenaan secara automatik gugur sebagai ahli PAS.



INFO TAMBAHAN.

Sesungguhnya  PRU14 memiliki keunikkan dan keistimewaan tersendiri. Antara keunikkan tersebut ialah penentangan anak-anak bekas tokoh besar PAS terhadap parti islam tersebut. Mereka bertindak menyertai parti serpihan PAS, iaitu parti AMANAH dan menentang parti PAS yang diperjuangkan oleh bapa-bapa mereka hingga ke akhir hayat. Mereka memusuhi Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi yang pernah menjadi sahabat akrab bapa mereka sendiri.

Antara tokoh-tokoh tersebut ialah.

Calon PH : Dr Mujahid bin Yusof Rawa

  • Bapa : Alamarhum Tuan Guru Hj Yusof Rawa (Mursyidul Am Pas Pertama)
  • Tempat bertanding : Parlimen Parit Buntar.


Calon PH : Muhammad Faiz bin Fadzil Noor.

  • Bapa :Almarhum Ustaz Fadzil Noor( Mantan Presiden Pas)
  • Tempat bertanding : Dun Permatang Pasir.


Calon PH : Ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz.

  • Bapa     :Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat(Mursyidul Am Pas yang Kedua)
  • Tempat bertanding : Dun Chempaka.


Adakah kesudahan mereka dalam PRU-14 nanti, sama-samalah kita tunggu detik dan saat itu. Sedikit masa lagi segala teka teki itu akan terjawab.


Friday, April 6, 2018

Parlimen dibubar esok dan PRU-14 kini semakin hampir.



Parlimen dibubar esok dan PRU-14 kini semakin hampir.

Ramai yang menanti-nanti bilakah parlimen penggal ke -13 akan dibubarkan. Ramai yang tertunggu-tunggu bilakah Pilihan Raya Umum ke - 14 (PRU-14) akan berlangsung. 

Alhamdulillah kini teka teki tersebut mula terjawab. Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen berkuatkuasa esok, 7 April 2014 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mohamad V di Istana Negara pagi ini.  Ini bermakna PRU14 perlu diadakan dalam tempoh selewat-lewatnya 60 hari bermula tarikh pembubaran parlimen. 

Setelah pembubaran Parlimen, pasti sahaja seantero rakyat Malaysia kini diburu resah menunggu detik berlangsungnya PRU-14, dan dihambat gelisah menanti keputusan PRU-14 . Parti manakah yang bakal menjadi juara, dan sekali gus menguasai Putrajaya dan parti mana pula kekal sebagai pembangkang. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

PRU-14 Bapa Segala Pilihan Raya.

Berdasarkan analis-analisis yang dibuat oleh pelbagai pihak, PRU-14 yang bakal berlangsung nanti diramalkan paling sengit. 

Tidak menghairankanlah apabila Perdana Menteri mengistiharkan PRU-14  sebagai Bapa Segala Pilihan Raya. Selain terpaksa berhadapan dengan parti pembangkang sedia ada yang telah melumpuhkan kekuatan BN sejak PRU-12, Datuk Seri Najib juga terpaksa berhadapan dengan tokoh-tokoh handalan yang pernah bersamanya selama ini dalam UMNO. Tun Mahathir, Datuk Seri Muhyidin Yassin, dan Shafie Afdal antaranya tentu sahaja mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak mampu dinafikan.

Mampukah Barisan Nasional( BN) mempertahankan Putrajaya dan mampukah  Pakatan Harapan (PH) merampas mercu kuasa. Bagaimana pula nasib dan kedudukan PAS setelah bercerai dengan DAP dan PKR.  Adakah rakyat akan kembali ke pangkuan Tun Mahathir yang pernah memimpin dan membawa Malaysia puncak jaya, atau mereka lebih selesa bersama Datuk Seri Najib.

Semua itu menjadi tanda tanya dan ia bakal terjawab sedikit masa lagi.




INFO TAMBAHAN.

Berdasarkan keputusan PRU-13, sokongan rakyat terhadap Pakatan Pembangkang, iaitu Pakatan Rakyat(PR) ternyata meningkat, manakala sokongan rakyat terhadap BN ketara merosot.

Malah, dari segi undi popular ternyata PR mengatasi BN. Ini menunjukkan majoriti rakyat Malaysia telah berpihak kepada Pakatan Pembangkang ketika PRU-13. Rakyat terutamanya di kawasan bandar-bandar besar ternyata menyokong PR, malah hampir semua ibu negeri di Malaysia dimenangi oleh PR

Adakah semua ini akan berulang dalam PRU-14. Adakah perpisahan dengan PAS bakal meranapkan kekuatan Pakatan Pembangkang yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan. Adakah parti serpihan PAS, iaitu Parti Amanah Negara(AMANAH) mampu mengambil alih kedudukan PAS dalam Pakatan Pembangkang.

Kita tunggu dan lihat sahaja detik dan tika itu berlaku.




Monday, February 26, 2018

Perginya pelakon handalan Bollywood Aktres Sridevi.

Sridevi

Perginya pelakon handalan Bollywood Aktres Sridevi.

Seantero peminat Bollywood tentu sahaja terkejut dengan pemergian Sridevi. Apatah lagi pada penghujung tahun lepas dunia perfileman Bollywood kehilangan bintang lagenda Shashi Kapoor.


Filem Nagina lakonan
 Sridevi dan Rishi Kapoor.


Sridevi meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung.

Sebagaimana disiarkan dalam  Berita Harian , Sridevi menghembuskan nafas terakhir ketika menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Dubai.

Pemergian mengejut aktres berusia pertengahan 50an itu turut diratapi oleh semua peminat dan barisan pelakon Bollywood yang lain.  


Mr. India. Sridevi dan Anil Kapoor.


Info Tambahan.

Dalam kalangan peminat filem Hindi tahun 1980-an dan 1990-an Sridevi sememangnya antara artis Bollywood yang cukup dikenali dan diminati.Secara peribadi banyak juga filem lakonan beliau yang pernah saya tonton.  
Antara yang paling saya minati ialah filem Nagina yang ditayangkan pada tahun 1986. Filem tersebut mengisahkan wanita yang boleh menjelma menjadi ular.

Jika generasi hari ini mengenali watak ular jadian menerusi drama bersiri Nagin yang dibawa oleh  Mouni Roy. Namun generasi 1980-an pula mengenali watak ular jadian lakonan Sridevi. Dalam filem tersebut beliau digandingkan bersama pelakon handalan Hindustan, Rishi Kapoor.

Sekian Nagina, filem lakonan Sridevi yang masih melekat di ingatan saya ialah filem Mr India yang ditayangkan pada tahun 1987. Dalam filem tersebut beliau digandingkan bersama Anil Kapoor.


Meskipun Sridevi telah tiada namun filem-filem lakonannya akan sentiasa hidup dalam ingatan para peminat filem Hindustan, terutamanya golongan yang membesar dalam tahun 1980-an dan 1990-an.

Thursday, January 18, 2018

Rakyat Hakim Negara, Solidariti untuk Datuk Farid Kamil.



Farid Kamil

Rakyat Hakim Negara, Solidariti untuk Datuk Farid Kamil.

Cerita Datuk Farid Kamil ditangkap polis hangat diperkatakan di media sosial. Malah ia menjadi berita terhangat setakat ini hingga mengalahkan kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim memaafkan segala dosa-dosa Tun Mahathir terhadapnya selama ini.

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari ditahan polis kerana menampar seorang anggota polis trafik dan menendang orang awam.

Setelah diadakan ujian saringan air kencing, didapati pelakon terbabit positif ganja.




Saya tidak berminat untuk mengulas panjang lebar isu ini. Kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa, dan paling penting Datuk Farid Kamil perlu diadili dengan sebaik-baiknya.

Bagi saya ada perkara lain yang perlu diberi perhatian di sebalik peristiwa penahanan Farid Kamil. Iaitu perihal taksub yang membabi buta dan membuta tuli.  Inilah penyakit yang melanda segelintir orang-orang kita hari ini. Mentaliti mereka bukan lagi tahap jamban tapi lebih teruk dari tahi yang jijik dan busuk.

Sungguh tidak disangka artis-artis Malaysia mempunyai pentaksub tahap kronik.

Taksub yang melampau batas hingga tidak layak dikategorikan sebagai peminat atau penyokong, tapi sudah sampai ke tahap penyembah dan pemuja.

Lihat sahaja komentar yang dilontarkan oleh peminat atau lebih pentaksub Farid Kamil di media sosial terutamanya di facebook, blog, dan portal-portal berita. Tentu sahaja kalian akan terkejut kerana mereka seakan-akan memandang artis kesayangan mereka sebagai insan suci yang menghampiri taraf maksum.

Bagaikan mimpi dan sungguh tak disangka apabila terdapat segelintir pentaksub Farid Kamil yang menyalahkan pihak polis dan mendakwa itu semua konspirasi pihak polis untuk mengebumikan populariti Farid Kamil.

Malah tidak kurang juga yang menghalalkan tindakan Farid Kamil mengambil ganja atas alasan Farid Kamil artis terkenal. Beliau pelakon berbakat dan pengarah berkebolehan, jadi pengambilan ganja perlu untuk membolehkannya terus berkarya.

Paling banggang dan tolol serta bahlul ialah terdapat segelintir 'penyembah' Farid Kamil yang mempertahankan tindakan Farid Kamil menendang anggota polis. Alasannya kalau polis boleh memukul tahanan mengapa pula Farid Kamil tak boleh memukul polis.

Kepada peminat yang taksub sebegini rupa pesan saya satu sahaja bekajarlah menjadi manusia yang waras. Jangan jadi manusia yang mandul akal dan terliwat minda.

Info Tambahan.

Abaikan tajuk entry ini yang langsung tiada kaitan dengan kandungan entry.