Thursday, January 18, 2018

Rakyat Hakim Negara, Solidariti untuk Datuk Farid Kamil.



Farid Kamil

Rakyat Hakim Negara, Solidariti untuk Datuk Farid Kamil.

Cerita Datuk Farid Kamil ditangkap polis hangat diperkatakan di media sosial. Malah ia menjadi berita terhangat setakat ini hingga mengalahkan kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim memaafkan segala dosa-dosa Tun Mahathir terhadapnya selama ini.

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari ditahan polis kerana menampar seorang anggota polis trafik dan menendang orang awam.

Setelah diadakan ujian saringan air kencing, didapati pelakon terbabit positif ganja.




Saya tidak berminat untuk mengulas panjang lebar isu ini. Kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa, dan paling penting Datuk Farid Kamil perlu diadili dengan sebaik-baiknya.

Bagi saya ada perkara lain yang perlu diberi perhatian di sebalik peristiwa penahanan Farid Kamil. Iaitu perihal taksub yang membabi buta dan membuta tuli.  Inilah penyakit yang melanda segelintir orang-orang kita hari ini. Mentaliti mereka bukan lagi tahap jamban tapi lebih teruk dari tahi yang jijik dan busuk.

Sungguh tidak disangka artis-artis Malaysia mempunyai pentaksub tahap kronik.

Taksub yang melampau batas hingga tidak layak dikategorikan sebagai peminat atau penyokong, tapi sudah sampai ke tahap penyembah dan pemuja.

Lihat sahaja komentar yang dilontarkan oleh peminat atau lebih pentaksub Farid Kamil di media sosial terutamanya di facebook, blog, dan portal-portal berita. Tentu sahaja kalian akan terkejut kerana mereka seakan-akan memandang artis kesayangan mereka sebagai insan suci yang menghampiri taraf maksum.

Bagaikan mimpi dan sungguh tak disangka apabila terdapat segelintir pentaksub Farid Kamil yang menyalahkan pihak polis dan mendakwa itu semua konspirasi pihak polis untuk mengebumikan populariti Farid Kamil.

Malah tidak kurang juga yang menghalalkan tindakan Farid Kamil mengambil ganja atas alasan Farid Kamil artis terkenal. Beliau pelakon berbakat dan pengarah berkebolehan, jadi pengambilan ganja perlu untuk membolehkannya terus berkarya.

Paling banggang dan tolol serta bahlul ialah terdapat segelintir 'penyembah' Farid Kamil yang mempertahankan tindakan Farid Kamil menendang anggota polis. Alasannya kalau polis boleh memukul tahanan mengapa pula Farid Kamil tak boleh memukul polis.

Kepada peminat yang taksub sebegini rupa pesan saya satu sahaja bekajarlah menjadi manusia yang waras. Jangan jadi manusia yang mandul akal dan terliwat minda.

Info Tambahan.

Abaikan tajuk entry ini yang langsung tiada kaitan dengan kandungan entry.





No comments: