Wednesday, May 2, 2018

PRU-14, Akhirnya Ustaz Nik Omar jadi calon Pakatan Harapan di Dun Cempaka.


PRU-14, Akhirnya Ustaz Nik Omar jadi calon Pakatan Harapan di Dun Cempaka.

Benar-benar terkejut. Sungguh tidak diduga dan tidak disangka apabila Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz akhirnya muncul sebagai Calon Pakatan Harapan Di Dun Cempaka, iaitu Dun yang diwakili ayahandanya suatu ketika dahulu.

Apa tidaknya, ini kerana sebelum ini, anakanda  kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat itu telah menjelaskan beliau tidak akan bertanding demi menjaga hati ibunya. Malah segala teki hanya terjawab apabila beliu muncul pada hari penamaan calon pada 28 April baru-baru ini.

Meskipun menjadi calon Pakatan Harapan, beliau mendakwa masih lagi menjadi ahli PAS. Sementara itu, PAS akan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada beliau berhubung tindakannya bersama Pakatan Harapan.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata,  berdasarkan perlembagaan sekiranya mana-mana ahli menyertai parti lain, individu berkenaan secara automatik gugur sebagai ahli PAS.



INFO TAMBAHAN.

Sesungguhnya  PRU14 memiliki keunikkan dan keistimewaan tersendiri. Antara keunikkan tersebut ialah penentangan anak-anak bekas tokoh besar PAS terhadap parti islam tersebut. Mereka bertindak menyertai parti serpihan PAS, iaitu parti AMANAH dan menentang parti PAS yang diperjuangkan oleh bapa-bapa mereka hingga ke akhir hayat. Mereka memusuhi Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi yang pernah menjadi sahabat akrab bapa mereka sendiri.

Antara tokoh-tokoh tersebut ialah.

Calon PH : Dr Mujahid bin Yusof Rawa

  • Bapa : Alamarhum Tuan Guru Hj Yusof Rawa (Mursyidul Am Pas Pertama)
  • Tempat bertanding : Parlimen Parit Buntar.


Calon PH : Muhammad Faiz bin Fadzil Noor.

  • Bapa :Almarhum Ustaz Fadzil Noor( Mantan Presiden Pas)
  • Tempat bertanding : Dun Permatang Pasir.


Calon PH : Ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz.

  • Bapa     :Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat(Mursyidul Am Pas yang Kedua)
  • Tempat bertanding : Dun Chempaka.


Adakah kesudahan mereka dalam PRU-14 nanti, sama-samalah kita tunggu detik dan saat itu. Sedikit masa lagi segala teka teki itu akan terjawab.


No comments: