Monday, July 16, 2018

Semak arah kiblat semasa fenomena Istiwa A'zam.

Gambar dari Jabatan Mufti Negeri
Sembilan.



Semak arah kiblat semasa fenomena Istiwa A'zam.

Penentuan arah kiblat yang tepat amat penting menunaikan  terutamanya untuk  terutama dalam pembinaan masjid, surau dan juga untuk urusan pengebumian jenazah seseorang Muslim.

Disebabkan menghadap kiblat adalah salah satu daripada syarat sah solat, maka menjadi kewajipan setiap individu Muslim untuk memastikan arah kiblat di kawasannya tepat dan tidak tersasar. 

Sebenarnya ada kaedah yang amat mudah untuk kita menentukan arah kiblat, iaitu dengan meletakkan objek yang lurus atau paling senang  ialah sebatang kayu yang panjang dan lurus pada waktu petang pada tarikh 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun.

Ini kerana pada waktu petang pada tarikh tersebut berlakunya fenomena Istiwa A'zam.


Apakah yang dimaksudkan sebagai Fenomena Istiwa A’zam 

Fenomena ini merupakan detik atau masa matahari berada tepat di atas Kaabah. 

Di Malaysia ia berlaku sebanyak dua kali setahun, iaitu.

  • 28 Mei setiap tahun tepat pada pukul  5.16 petang 
  • 16 Julai setiap tahun tepat  pada pukul 5.28 petang.


Cara-Cara melakukan semakan arah Kiblat


  • Pacak satu objek atau tiang yang panjang dalam keadaan tegak( 90 darjah) di kawasan lapang yang terdedah kepada matahari.

  • Arah kiblat ditentukan melalui bayang-bayang yang terhasil, iaitu bertentangan dengan arah jatuhnya bayang-bayang.

  • Dalam konteks Malaysia , bayang-bayang akan jatuh di sebelah Timur . Jadi , arah kiblat adalah bertentangan dari bayang-bayang tersebut iaitu sebelah Barat .




INFO TAMBAHAN.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.


Bagaimanapun, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan had berpaling yang dibenarkan tidak melebihi tiga darjah dan ia tidak perlu difatwakan tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru.





No comments: