Wednesday, July 25, 2018

SST atau GST, mana satu yang lebih menguntungkan pengguna.



SST atau GST, mana satu yang lebih menguntungkan pengguna.

SST adalah SALES SERVICE TAX (Cukai Jualan dan Perkhidmatan). SST adalah cukai satu aras yang mana cukai ini hanya dikenakan kepada pengilang sahaja dan tidak boleh dituntut.Cukai ini  dianggap sebagai kos kepada perniagaan.

GST adalah GOOD SERVICE TAX (Cukai Barang dan Perkhidmatan) pula dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat, bermula dengan pengeluar sehingga pengguna akhir.

Jadi mana satu yang menguntungkan Pengguna?

Ramai rakyat Malaysia terutamanya penyokong Pakatan Harapan yang mendakwa SST lebih mesra rakyat dan menguntungkan pengguna.

Benarkah begitu?






Saya tertarik dengan tulisan Shamser Singh Thind di laman facebooknya mengenai SST dan GST. Katanya,

" Jangan percaya perbandingan GST v SST yang kamu nampak kat Facebook. Hakikatnya harga barang sudah naik zaman GST tak turun selepas GST kosong dan akan naik lagi selepas SST dilaksanakan.

P.S. Teringat pantun yang aku gubah masa aku belajar di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dulu.

Kena bubu di hulu
Kena Tengkalak di hilir
Sungguh malang nasibku
Kena rogol bergilir-gilir.


No comments: