Thursday, September 20, 2018

Biodata ringkas Datuk Seri Mustapha Mohamed.





Biodata ringkas Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Datuk Seri Mustapha Mohamed atau Tok Pa menggegarkan seantero Malaysia apabila bertindak keluar Parti UMNO. Tidak pernah diduga dan disangka Tok Pa bertindak sedemikian setelah 40 tahun berjuang bersama UMNO.

Walaubagaimanapun tulisan ini tidak bermatlamat untuk memperkatakan perihal Tok Pa meninggalkan UMNO.

Entry ini hanya sekadar ingin memaparkan biodata ringkas tokoh hebat ini. Maklumat ini saya perolehi daripada beberapa sumber termasuklah di Berita Harian.

Biodata Mustapha Mohamed.

  • Dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 25 September 1950

  • Pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa pada 1963.

  • Menamatkan pengajian di Maktab Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu pada 1969 sebelum menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi di University of Melbourne, Australia pada 1973.

  • Memperoleh Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada 1982 dari Boston University, Amerika Syarikat.
  • Pembabitan dalam UMNO bermula pada 1988 ketika menyandang jawatan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
  • Bekas Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebelum menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Pernah menyandang portfolio Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Kewangan II serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

  • Dipilih sebagai wakil rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Jeli menerusi Pilihan Raya Kesembilan, iaitu pada 1995.

  • Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan pada Mei 1995, sebelum menyandang jawatan Menteri Kewangan II pada September 1998.

  • Selain menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO pada 2000 sebelum diberikan tugas sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta Pengerusi Barisan Nasional Kelantan dari 2000 hingga 2004.


Info Tambahan.
Semua Allah memberkati Tok Pa dan semua pihak perlu menghormati pendirian politiknya.

No comments: