Saturday, October 27, 2018

Alhamdulillah, Sinead O'Connor memeluk islam.




Alhamdulillah, Sinead O'Connor memeluk islam.

Tindakan Sinead O'Connor memeluk islam menggegarkan dunia hiburan seantero dunia. Ramai yang membicarakannya terutamanya di media sosial.






Pengislaman tersebut dikongsi oleh beliau menerusi akaun Twitter miliknya.  Menerusi laman Twitter tersebut, O'Connor turut memuat naik foto dia mengenakan hijab.

Malah, dia turut berkongsi video dirinya yang sedang melaungkan azan.




Sinead O'Connor adalah penyanyi kelahiran Ireland yang pernah mencipta nama pada tahun 1980-an dan 1990-an. Saya yang mendaki usia remaja pada awal 1990-an turut meminatinya suatu ketika dahulu.
Sinead O'Connor yang terkenal dengan lagu Nothing Compares 2 U  akhirnya disapa hidayah dan beliau telah mengubah namanya menjadi Shuhada Davitt.

Sebelum ini Sinead O'Connor terpalit dengan beberapa kontroversi, antaranya ialah insiden beliau pernah mengoyak gambar Pope John Paul II pada tahun 1992 membuat persembahan di rancangan Saturday Night Live sebagai protes terhadap kejadian pencabulan seksual ke atas kanak² dalam gereja katolik, sesuatu yang beliau kata "sengaja didiamkan utk menjaga air muka para syaitan sebenar yang berkeliaran di dunia". 

Protes beliau ini begitu menggemparkan sehingga rangkaian NBC yang menyiarkan rancangan itu menerima lebih 4000 panggilan telefon yang mengutuk aksi Sinead tersebut.


Info Tambahan.

Sesungguhnya tiada yang mustahil dengan izin  Allah. Sesungguhnya tiada  yang tidak mungkin dengan kehendak Allah. Sesungguhnya juga hidayah itu milik Allah. Moga Allah merahmati Sinead O'Connor. Moga beliau menjadi seorang penganut islam yang baik.


No comments: