Saturday, December 8, 2018

Bantah Icerd, Taib Wahab dikecam netizen gara-gara menyamakan rakyat Kelantan dengan kera.



Bantah Icerd, Taib Wahab dikecam netizen gara-gara menyamakan rakyat Kelantan dengan kera .

Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Itu Peribahasa Melayu dan itu jua pesan nenek moyang zaman berzaman. Ia perlu kita hadam dan cerna. Pastikan ia terpasak kukuh dan terpahat utuh dalam hati agar ia menjadi pedoman dalam melayari kehidupan.

Hari ini dunia maju dan moden. Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat telah merubah dunia. Hari ini melalui media sosial segala tulisan dan ucapan kita mudah tersebar ke seantero dunia. Andainya perkataan, tulisan mahupun ucapan yang keji maka bersedialah untuk dikutuk dan dimaki oleh ribuan malah jutaan manusia.

Begitulah yang berlaku kepada Taib Wahab.

Siapakah Taib Wahab?


Beliau bukanlah manusia yang terkenal. Tiada siapa yang mengenalinya kecuali ahli keluarga dan rakan-rakannya. Beliau adalah Pengerusi Persatuan Pelancongan Selangor. 




Namun semalam beliau tiba-tiba menjadi popular sekelip mata kerana menyamakan warga Kelantan dengan monyet dan kera. Tindakannya memonyetkan warga Kelantan telah mengundang kemarahan netizen terutamanya warga Kelantan. 

Meskipun beliau hanya bergurau dan ingin menyindir para peserta yang terlibat dalam perhimpunan membantah Icerd, namun perbuatannya amat biadap kerana telah memonyetkan seluruh warga Kelantan. Sepatutnya beliau hanya menyindir peserta himpunan tersebut sahaja tanpa melibatkan sentimen negeri.

Akibatnya beliau diserang bertubi-tubi di dalam Facebooknya. Akibat gagal bertahan dan lemah pertahanan mental akhirnya beliau bertindak menutup akaun facebooknya.

Sepanjang pemerhatian saya semalam segala perbuatan mungkarnya termasuklah aksi-aksi kurang sopannya dengan beberapa orang perempuan telah diselongkar dan dipaparkan di facebook. 

Walaubagaimanapun saya tidak akan paparkan aksi-aksi tidak senonah tersebut dalam entry ini. Saya tidak ingin mengaibkannya, dan cukuplah dengan segala kecaman dan kutukan yang diterimanya sejak semalam. Mudah-mudahan Allah menganugerahkannya hidayah sebelum matanya tertutup rapat.

No comments: