Monday, January 7, 2019

Sultan Muhammad V letak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Muhammad V 

Sultan Muhammad V letak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Akhirnya desas desus dan khabar angin yang berlegar di media sosial kini terjawab. Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-15 berkuat kuasa semalam, ahad 6. januari. 2019. 





Perkara tersebut dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz melalui satu kenyataan semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, berkata peletakan jawatan baginda itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.


Sultan Muhammad dilaporkan sudah bersedia berangkat pulang ke Kelantan untuk bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dan rakyat negeri tersebut bagi menjaga dan membangunkannya demi kesejahteraan rakyat


Info Tambahan. 

Tindakan Sultan Muhammad ke V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong benar-benar mengejutkan seantero rakyat Malaysia. Saya selaku rakyat Kelantan rasa amat sedih dengan apa yang berlaku ini, namun saya akur dengan tindakan Baginda.

Namun tindakan Baginda itu mengundang  tanda tanya. Apa faktor yang menyebabkan Baginda bertindak sedemikian.

Di media sosial terutamanya di laman facebook, ramai yang mendakwa Baginda terpaksa meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong kerana isteri Baginda tidak berbangsa Melayu.


Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini tidaklah dapat disahkan lagi. 

No comments: